Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ali Rustam ketua penjilat ludah kehak UMNO/BN

Kira-kira 10 tahun lepas PAS negeri kelantan berjaya membentuk kerajaan negeri yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato’ Nik Aziz. Setelah memegang tampuk kerajaan negeri,Tuan Guru telah membuat pengisytiharan bahawa dalam seminggu kerja, ada dua hari beristirehat.

Tepatnya hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti umum. Tujuan Tok Guru memberikan dua hari cuti dalam seminggu adalah memberi peluang ketua keluarga dapat bersama dengan >anak-anak lebih banyak masa.

Juga boleh menggalakkan pelancongan dalam negeri. Selain itu Tok Guru berpendapat ika bekerja lima hari dalam seminggu akan merangsang pekerja lebih tekun dan komited. Oleh kerana yang membuat pengistiharan itu Tok Guru dari parti PAS, maka pemimpin UMNO dan BN kelam kabut berlumba-lumba memberikan reaksi negatif dengan pengisytiharan itu. Dimulai dengan Ketua Wanita Umno (si nenek becok) memberikan komen bahawa kerajaan negeri akan kerugian serta menyekat peluang perniagaan sebab terlalu banyak cuti.

Pelabur juga dikatakan akan menghindar diri untuk ke Kelantan. Nanti rakyat Kelantan akan rugi. Yusof Noor juga apa kurangnya, memberikan respon negetif terhadap saranan Tok Guru Nik Aziz itu. Terus diikuti Ketua "Pondan" Umno dan lain-lain termasuk pemimpin BN dari MCA,MIC dan Gerakan. Tidak ketinggalan Menteri Besar Melaka, Ali Rustam memberikan respon memperlekeh cadangan Tok Guru Nik Aziz untuk memberikan cuit dua hari seminggu.

Malah Ali Rustam telah melarang kakitangan kerajaan negeri Melaka untuk membuat rombongan lawatan ke Kelantan dan Terengganu. Beliau takut kakitangan kerajaan Melaka terpengaruh dengan pemerintahan di bawah PAS. Namun begitu, tidak berapa lama kemudian, PM mengumumkan di parlimen bahawa cuti hujung minggu termasuk hari Sabtu pada minggu pertama dan ketiga selain cuti hari Ahad. Mohamad Sabu spontan menyampuk bahawa Umno tiru Kelantan.

Maka muka PM dan ahli parlimen Umno serta BN lain merah padam macam muka ditampal rasa malu. Tetapi memang, dulu, kini dan selamanya pemimpin Umno tidak mempunyai rasa malu. Pada 20 Oktober 2001,Ali Rustam telah mencadangkan kepada kerajaan Pusat supaya diisytiharkan cuti hari Sabtu seperti Kelantan dan Terengganu.

Cadangan itu dibuat ketika merasmikan Expo Usahawan Jasin, Melaka. Alasan Ali Rustan adalah untuk memberikan ketua keluarga lebih banyak masa dengan keluarga, dan pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh dan menggalakkan pelancong dalam negeri.

Ehh, Ehh. Nampaknya Ali Rustam ni macam tiru Tok Guru Nik Aziz saja. Dulu tanpa usul periksa membabi buta macam "Ibrahim Babi" (dulu Ibrahim Katak, kini beliau popular dengan bukunya yang bertajuk "Babi") terus menentang cadangan Tok Guru Nik Aziz.

Sesungguhnya sahlah sudah, Ali Rustam boleh dilantik mengetuai pemimpin Umno/BN untuk menjilat balik kata-kata mereka yang sudah diludah berkahak itu.

Umno, dulu, kini dan selamanya suka jilat ludah berkahak.

Al Qaeda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com