Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Surat buat Lufti...

Surat buat Lutfi: Mengapa hanya Khir Toyo, tapi tidak berani dedahkan penyelewengan dalam PAS" oleh Azhar Shah (naqqib2001@yahoo.com), dan telah pun diulas dengan jelas-sejelasnya oleh Kamarudin Musa.

Sesungguhnya orang seperti Azhar Shah memang ramai yang boleh bercakap tapi buta dan pekak. Apakah mereka tidak sedar lagi dengan media yang ada masa kini (seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Star, akhbar Tamil dan Cina, RTM1 dan 2, TV3, NTV7) adalah kesemuanya setiap hari menghentam pembangkang? Dan lagi termasuklah agensi kerajaan yang bersedia untuk melanyak pembangkang seperti PDRM, BPR, Peguam Negara, Mahkamah, dan dengan pelbagai akta seperti OSA, ISA, dan dengan berbagai halangan seperti "hendaklah mendapat permit".

Bahkan jika ada kes penyelewengan seperti yang disebutkannya maka sudah tetentu pihak berkuasa yang dikuasai oleh UMNO baru akan dengan seberapa segeranya akan membuat siasatan. Tidak perlulah untuk Lufti membuat pendedahan. Dan kita akan lihat berapa segerakah yang akan di ambil oleh pihak BPR untuk menyiasat lapuran Lufti itu?

Lihatlah berapa malangnya peternak lembu di Bukit Tinggi. Apabila mereka dijemput untuk hadir bermesyuarat dengan YB Sivalingam dengan segeranya mereka datang. Apabila mereka hadir untuk mesyuarat, YB Sivalingam pula mempersoalkan, " Siapa yang jemput kamu hadir ke mesyuarat ? " Alahai kenapalah dia tak tanya "siapa suruh undi saya?"

Anti-toyo






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com