Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kenyataan Media : Pemuda BA Negeri Sembilan

KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA PEMUDA BA N.SEMBILAN

Kenyataan ini adalah ekoran laporan berita dalam beberapa akhbar tempatan khususnya The Star Jumaat 12 Oktober 2001. Akhbar tersebut dipetik menyatakan (terjemahan dari bahasa Inggeris) " pimpinan PAS dan Keadilan menyatakan bahawa sekumpulan rakyat Malaysia telah pergi ke Kabul bersama rakyat Indonesia untuk membantu tentera Taliban "

Berita tersebut juga menyebut " Hishamuddin Sulaiman, Ketua Dewan Pemuda PAS N.Sembilan dan Jaafar Mohamad, Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional N. Sembilan menyeru semua termasuk bukan Islam untuk menyertai umat Islam mengutuk serangan ke atas Afghanistan dan menyatakan Amerika sebagai 'terrorist country'"

Berita tersebut dikatakan dipetik dalam satu sidang Akhbar Pemuda B.Alternatif Negeri Sembilan. Malangnya apa yang dikesali, media-media tempatan tidak ruang perhatian terhadap kenyataan bertulis rasmi yang diberi tetapi menyalah tafsirkan kenyataan lisan pula. Bersama ini disertakan kenyataan media rasmi Seketeriat Pemuda Barisan Alternatif N.Sembilan pada 11 Oktober tersebut.Iaitu kenyataan yang mengingatkan rakyat supaya jangan terkeliru atau melupakan persoalan sebenar, di Malaysia bukan isu Taliban tetapiialah persoalan rasuah,kronisma,nepotisma dan penyalah gunaan kuasa yang menghimpit rakyat terbanyak. Isu keganasan militan telah diambil kesempatan untuk mengaburi isu sebenar.

Kami menafikan terlibat menghantar atau mengetahui sebarang penghantaran bantuan ketenteraan melibatkan rakyat Malaysia ke Afghanistan. Kami memohon jasa baik media - media tempatan untuk menyiarkan kenyataan rasmi bertulis kami seperti yang dilampirkan dan kenyataan penafian ini.

Sekian dan terima kasih

Badrul Hisham Bin Shaharin
Setiausaha Seketeriat
Pemuda Barisan Alternatif Negeri Sembilan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com