Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Menteri Pelancongan Israel ditembak mati

Seorang lelaki yang tidak dikenali telah menyerang hendap Rehavam Zeevi, 75, dengan melepaskan tiga das tembakan dari jarak dekat ketika menteri itu hendak memasuki biliknya di tingkat lapan Hotel Jerusalem Hyatt.

Zeevi ditembak tiga kali pada jarak dekat di kepala dan juga lehernya. Dia ditemui kemudian oleh isterinya dalam keadaan berlumuran darah.

Menteri kanan itu disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi – kurang lebih tiga jam selepas dia diserang.

Timbalan Pengarah Hospital Hadassah di sini, Shmuel Shapira, mengesahkan kematian Zeevi kepada para wartawan yang berkumpul di pekarangan hospital itu.

"Selepas bertungkus lumus untuk menyelamatkannya, para doktor akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak mungkin akan dapat menyelamatkannya,” kata Shapira.

Sebuah cabang gerakan untuk pembebasan Palestin yang dikenali sebagai Popular Front for Liberation of Palestine (PFLP) kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa serangan itu sebagai tindakan membalas dendam di atas kematian pemimpin mereka Mustafa Zibri, yang dibunuh pada 27 Ogos lalu oleh sebuah roket tentera Israel.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com