Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PDRM : Mengapa Ketua Polis Cheras Jadi Begini ?

Semalam, 12 Oktober 2001, ketika melalui Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, saya terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang agak teruk di jalan tersebut kerana dikatakan ada perhimpunan orang ramai yang hadir untuk memberi sokongan bagi membantah serangan US ke atas orang awam di Afghanistan.

Dianggarkan ketika itu anka kehadiran orang ramai, kelihatan tidak kira melayu, cina atau pun india, melebihi angka 10,000 orang memandangkan kawasan yang dilimpahi orang ramai itu adalah sepanjang 300 meter di kiri-kanan Jalan Tun Razak itu.

Kenderaan saya terpaksa bergerak teramat perlahan dan berhenti-henti. Ketika kenderaan saya bergerak berhampiran kedutaan US, saya dapat mendengar dengan jelas ucapan-ucapan dari kumpulan orang ramai yang menggunakan loud-hailer, menyatakan kekesalan dan membidas tindakan US mengebom tempat-tempat awam. Tiada satu patah ucapan pun yang mengutuk kerajaan malaysia.

Sejurus kemudian, kedengaran amaran dari pasukan keselamatan yang memperkenalkan diri sebagai Ketua Polis Cheras mengarahkan orang ramai bersurai dan jika tidak pihaknya akan bertindak ke atas orang ramai. Ini benar-benar mengejutkan saya sebagai pengguna jalanraya, kerana kenyataan ketua polis ini seolah-olah menjadi talibarut kepada US. Kedengaran juga beliau mengarahkan kepada anggotan FRU supaya bersedia untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul itu. Cara arahan beliau itu, seolah-olah menganggap FRU sebagai binatang atau anjing sahaja, mentang-mentang beliau sebagai ketua polis yang berpangkat besar dan FRU sebagai "buruh upahan" yang menerima habuan setelah menjalankan tugas.

Mengapa ketua polis cheras itu boleh jadi sedemikian rupa sedangkan kehadiran orang ramai di hadapan kedutaan US hanya untuk menyatakan bantahan mereka tentang serangan bom di Afghanistan sahaja, bukannya untuk membuat rusuhan atau membakar kedutaan tersebut. Apakah ketua polis cheras itu sudah terlalu banyak membuat salah seperti rasuah, melindungi penjahat-penjahat atau seumpamanya sehinggakan begitu takut dengan kehadiran orang ramai yang tidak pun mengusik beliau ? Atau mungkin kerana beliau tidak menunaikan solat jumaat ketika itu, maka iblis/syaitan sedang bermaharajalela dalam diri beliau sehinggakan tidak kenal apa itu sifat ukhwah islamiyah ? PDRM perlu belajar tentang sifat ukhwah islamiyah ini dan mencintai kebenaran.

Saya juga sempat melihat trak FRU yang berisi air menyemburkan air ke arah orang ramai setelah arahan ketua polis cheras itu. Mengapa jadi begini ? Apakah kerana nak jawatan lebih tinggi, kuasa lebih tinggi, maka ketua polis cheras itu bersikap sedemikian rupa. Apakah beliau fikir yang beliau akan hidup dalam kedudukan beliau sekarang ini selama-lamanya ? Adakah beliau tidak ingat yang beliau juga akan menjadi sebahagian dari masyarakat setelah tidak lagi dikehendaki oleh PDRM ? Beliau kena ingat perkara ini.

Setelah melepasi perangkap kesesakan tersebut, saya meneruskan perjalanan saya kembali ke pejabat di Cheras, walaupun agak terlewat. Namun dalam benak saya, tertanya-tanya, mengapa jadi begini si ketua polis cheras itu ? apakah kerana rasuah begitu mudah dan berleluasa di kalangan pimpinan polis, maka pihak US boleh merasuah ketua polis itu untuk menghalang orang ramai dari berhimpun di hadapan kedutaan US ? apakah ada pakatan antara ketua polis cheras itu dengan kakitangan kedutaan US ? Inilah antara persoalan yang bermain di benak saya memandangkan orang ramai tidak pun melakukan sebarang kesalahan seperti mengancam untuk membakar bangunan, merusuh atau sebarang ciri keganasan. Inilah bahananya bila rasuah berleluasa dan ianya mudah untuk dibeli oleh kuasa-kuasa luar.

Sekian. Wassalam.

Pemerhati Jalanraya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com