Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Di sebalik yang tersurat dan tersirat

Malaysia seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pemimpin komponen BN sebagai sebuah negara yang aman rupanya bukanlah seindah seperti yang digembar-gumburkan. Keamanan hakiki sebenarnaya tidak pernah wujud, apa tidaknya pihak berkuasa terutama polis telah membelakangkan inspirasi rakyat dengan membuat tindakan yang ganas dan keras terhadap para aktivis. Peristiwa yang berlaku di Jalan Kebun membuktikan kepada semua lapisan masyarakat bahawa pihak polis adalah agen kepada keganasan regim diktaktor mahafiruan.

Negara kita juga mempunyai prasarana yang serba hebat, contohnya Putera Jaya, lapangan terbang KLIA dan menara kembar Petronas. Secara luarannya nampak bahawa kita begitu maju berbanding negara lain. Namun kita sebenarnya tahu bahawa kerajaan membazirkan berbilion juta ringgit wang rakyat untuk membina tugu kemegahannya, sedar atau tidak bahawa prasarana itu tidak begitu mendatangkan manfaat kepada rakyat marhean. Tentu sekali yang akan menjadi kaya-raya adalah kroni mamak gila itu dan yang menderita terpaksa menanggung segala kenaikan kos dan taraf hidup adalah rakyat jelata seluruhnya.

Malaysia juga digambarkan sebagai sebuah negara islam yang ideal. Sebenarnya kenyataan ini amat jauh menyimpang dari realiti sebenar dan umpama jauh panggang dari api. Lihatlah prasarana fizikal di persekitaran kita, umpamanya jika di pusat bandar terlalu banyak pusat hiburan berbanding dengan masjid, surau hatta sekolah agama sekalipun. Selain itu kerajaan turut memberi lesen untuk menjalankan premis perjudian, contoh terbaru seperti yang akan di laksanakan di negeri Sabah. Sayang seribu kali sayang imej islam yang ada di malaysia rupanya satu sendiwara bikinan kerajaan haprak mahafiruan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com