Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sketsa untuk renungan bersama

Sketsa satu:

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sanggup turun padang untuk membantu kempen BN dalam pemilu negeri Sabah pada tahun 1995. Walaupun kempen pemilu berlansung dalam bulan ramadan al-mubarak , namun beliau dilihat begitu kuat dan bersemangat untuk memastikan BN menang dan mengambilalih tampuk pemerintahan negeri dari kerajaan PBS. Sinteman rakyat yang begitu kuat untuk merubah kerajaan setelah diperintah oleh PBS selama lapan tahun, dimanipulasiakn sepenuhnya. Tambahan lagi dengan ketokohan yang ada pada beliau terutama kepetahannya berpidato telah dapat menambat hati rakyat Sabah untuk memihak kepada BN.

sketsa dua:

Maha firauan telah berkempen habis-habisan dalam pemilu negeri sabah dalam tahun 1986 untuk membantu rakannya Datuk Haris Salih yang juga pemimpin parti Berjaya. Parti ini menggunakan gambar si p... m... itu untuk menarik sokongan rakyat sabah. Aneh bukan gambar PM dijadikan lambang utama untuk menarik sokongan rakyat. Namun hasilnya rakyat Sabah telah memberi peringatan dan tamparan hebat kepada si mamak haprak itu dengan memilih parti baru bagi menggantikan kerajaan BN. Ternyata poster BN yang ada gambar mahatir telah menimbulkan sinteman kebencian yang begitu mendalam pada majoriti rakyat Sabah kepada kerajaan BN.

sketsa tiga:

pada tahun 1998 DSAI telah dipecat dan disingkir oleh mahafirauan kononnya atas alasan salah laku. Rentetan dari peristiwa ini berlakulah kegawatan politik yang dahsyat terutamanya apabila rakyat majoritinya telah mula hilang keyakinan terhadap kerajaan. Berlakulah demonstrasi rakyat bagi menyatakan ketidakadilan kerajaan terhadap kes perbicaraan DSAI.

sketsa empat:

Kerajaan BN terus juga berkuasa di bawah pimpinan diktaktor tua, sihaprak ini dengan rakus mengaut segala kekayaan negara dan mengagihkannya kepada para kroninya. Beliau juga semakin licik dengan mereka pelbagai sendiwara untuk mengabui mata rakyat. Di samping itu jentera pentadbirannya mula mengenakan tekanan kepada para aktivis dan menjadikan akta ISA sebagai lesen untuk menahan para pejuang keadilan.

sketsa lima:

Sesungguhnya Allah bersama dengan perjuangan orang-orang yang benar. Jika telah ditakdirkan bahawa si haprak itu akan tersungkur tiada siapa yang dapat menghalang.Pastikan sketsa seterusnya PM haprak itu dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang paling dibenci oleh rakyat seluruhnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com