Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Laporan sumbang media

Meski pun sudah lama memboikot laporan media elektronik khususnya di tv 1, 2, 3 dan NTV7, namun apabila tercetusnya peperangan di Afghanistan, berita dari stesen tv milik mamak gila itu sentiasa diikuti. Natijahnya kebanyakan sumber laporan itu dipetik dari media asing yang pro Amerika dan anti islam. Maka berlakulah pelbagai taksiran yang mengelirukan. Majoritinya menganggap Taliban sebagai sebuah kerajaan yang bersifat kuku besi dan Osama bin Laden sebagai simbol bapak segala aktiviti keganasan di dunia ini. Namun realiti sebenar adalah sebaliknya, Taliban merupakan sebuah kerajaan islam yang cuba menegakkan syair islam berteraskan al-quran dan hadis manakala Osama pula adalah wira sejati umat islam masa kini.

Saban hari kita dihidangkan dengan berita keganasan Amerika di bumi Afghanistan, kononnya serangan kuasa besar pengecut itu berjaya mencapai sasarannya, namun yang menjadi mangsa adalah rakyat awam yang tidak berdosa. Banyak bangunan dan rumah yang musnah, malah serangan pertama telah membunuh seorang petugas UN. Persoalannya adakah kanak-kanak, orang tua dan wanita sesuai dilabel sebagai pengganas dan adakah wajar mereka ini menjadi mangsa kegilaan kuasa besar semata-mata kerana Taliban, Osama dan Al-qaidah.

Sejarah membuktikan semasa umat islam berperang dengan kuasa barat dalam peperangan salib, lahir individu yang berketrampilan tinggi seperti Salahudin Al-Ayubi. Beliaulah yang menjadi tokoh yang paling hebat pada waktu itu. Kepimpinanya sentiasa digeruni oleh musuh dan ketokohannya telah membawa umat islam menang dalam setiap peperangan. Musuh islam amat gerun jika senario ini berulang kembali jadi tidak hairan jika Amerika menuduh Osama bin Laden tokoh yang menurut mereka berkemampuan untuk memimpin umat islam abad ini untuk bangkit menentang mereka. Ternyata kenyataan yang tersurat ini tidak dapat dicungkil dalam laporan media massa yang pro kerajaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com