Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Saguhati RM1000 : Pengajaran Buat Anggota POLIS .....



Berita utama Utusan Meloya yang menyatakan seramai 18,000 orang bekas anggota polis yang pernah berkhidmat semasa darurat antara tahun 1948 dan 1962 akan menerima bantuan sagu hati khas kerajaan sebanyak RM1,000 setiap seorang tahun ini. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Aseh Che Mat berkata, kerajaan telah meluluskan bantuan itu dan pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun ini. Katanya, bantuan itu diberikan sebagai membalas jasa anggota keselamatan, terutamanya polis yang pernah berbakti menjaga keamanan dan mempertahankan negara dari ancaman musuh.

Apa yang amat melucukan cucu ialah kononnya ``Kementerian Dalam Negeri amat prihatin dengan kebajikan dan aktiviti yang dijalankan oleh bekas-bekas anggota polis.dan saguhati RM1,000 ini diharap akan menjadi peniup semangat kepada bekas-bekas polis yang pernah berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi,''

Pada  pandangan cucu, berita ini adalah satu berita yang sepatutnya dijadikan iktibar oleh semua anggota polis pada masa ini. Bayangkan setelah hampir 50 tahun berkhidmat dan berjasa kepada negara baru sekarang Kerajaan nak balas jasa.Tak pernah terfikir ker oleh anggota POLIS hari ini, bahawa jasa mereka dipandang sebelah mata . Adakah munasabah lepas 50 tahun  diberikan saguhati sebanyak RM1000 . Saguhati yang diberikan setelah lebih 50 tahun itu adalah sesuatu yang amat mengharukan. Bayangkan anggota polis yang berkhidmat dulu , kita ambillah umur dia dalam 20 tahun masa jadi polis dulu ditambah dengan 52 tahun..bukanker jadi 72 tahun. Ini bermakna hanya sebilangan kecil ajer raser cucu yang masih ada, tentu ramai yang dah meninggal dunia.

setelah hampir 50 tahun baru jasa anggota Polis nak dihargai oleh Kerajaan. Bayangkan anggota polis hari ini yang berkhidmat bermati-matian, siang malam menjaga keamananan negara hanya dihargai setelah lebih 50 tahun. Ini bermakna anggota POLIS yang ada hari ni akan dihargai 50 tahun akan datang pulak...Mungkin tahun 2060 agaknyer ! Bukankah kesian kita tengok anggota polis nii dipandang hina oleh masyarakat . Sudah lar anggota polis dijadikan alat parti pemerintah yang diketua oleh MAHAFIRAUN untuk menghancurkan parti pembangkang terutamanya parti PAS dan keadilan. Kalau dulu kewujudan  pasukan POLIS adalah sebagai pelindung dan penyelamat masyarakat tetapi hari ini sudah jauh sekali tersasar. Anggota polis dijadikan senjata oleh kerajaan untuk menghancurkan gerakan parti pembangkang di negara ini. Yang cucu hairan tuuu...anggota polis ni seolah-olah tiada berperikemanusian langsung, tidak wujud langsung pertimbangan dan kewarasan dihati mereka dalam menghalang gerakan parti pembangkang di negara ini. Apa yang cucu dapat lihat, parti pembangkang dinegara ini bagi sebagaian besar anggota polis , adalah parti HARAM yang tidak berdaftar..dan seolah-olah ianya adalah sepert PKM (Parti Komunis Malaya) suatu ketika dulu. Disebabkan itulah kerajaan MAHFIRAUN menggunakan ISA untuk menangkap anggota parti pembangkang yang didapati mengancam keselamatan mereka..bukannya negara. Pihak polis pula dijadikan kambing hitam untuk melancarkan operasi membendung kebangkitan rakyat terbanyak yang secara jelas melihat berlaku kepincangan dalam sistem pemerintahan di negara ini. Apa yang jelas disini cucu dapat lihat..anggota polis menggunakan kekasaran,kezaliman dan kekesaran dalam mengawal kebangkitan rakyat. Lihat saja apa yang berlaku dijalan Kebun Kelang dan banyak lagi tempat... rakyat dipukul, dipijak, dihentak, ditembak gas pemedih mata, dibasahi dengan air kimia dan yang paling hina ditelanjagkan semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka bersalah. Tidak pernah terfikirkan dihati anggota-anggota polis ini bahawa mereka juga adalah manusia, mereka juga mempunyai ramai ahli keluarga yang menyokong parti pembangkang. Bagi diri cucu, walau pun cucu masih menjadi ahli UMNO tetapi sokongan cucu terhadap BA adalah yang paling utama. Dalam keluarga cucu sendiri terdapat beberapa orang yang menjadi anggota polis, antaranya polis hutan, FRU  dan Traffik.. mereka inilah saudara mara cucu yang tidak bermaruah. Kalau dulu cucu menghormati mereka kerana jawatan mereka tetapi hari ini cucu sendiri hilang keyakinan terhadap akidah mereka. Sudahlah anggota polis ini terjerumus kelembah hina iaitu RASUAH , ditambah pula dengan tindakan tidak berperikemanusia terhadap umat Islam khasnya yang berleluasa di negara ini.

Disamping itu juga, anggota polis yang ada pada hari ini bukan lagi boleh dikategorikan sebagai MANUSIA..mereka lebih afdal diberikan gelaran ROBOCOP, iaitu POLIS ROBOT. Jiwa dan hati mereka dikontrol oleh ketaatan kepada KETUA dan PEGAWAI mereka. Pegawai dan ketua pula  amat taat setia kepada pemerintah walaupun arahan yang diberikan itu bercanggah dengan prinsip hidup mereka sendiri. Mereka tidak langsung memikirkan balasan Allah yang akan diterima diakhirat nanti akibat daro perbuatan mereka. Mereka taat membuta tuli kepada KETUA. Mereka lupa logo pada topi mereka ada tertera perkataan ALLAH dan MUHAMMAD SAW. Mereka lupa siapa mereka sebenarnya !!!!!!!!! Mereka melakukan kekejaman..POLIS lah pengganas dinegara ini. Polislah perancang rusuhan dinegara ini. POLIS yang berada di unit Cawangan Khas (SIPUT BABI) pula adalah merupakan anggota Polis yang langsung tidak mempunyai fikiran. Siput Babi ini adalah satu contoh anggota Polis yang rosak akhlak dan akidah mereka. Merekalah yang menjalankan dan merencanakan tindakan provokasi bagi mencetuskan huru-hara . Mereka mahu lihat agar biler berlaku huru-hara dan kacau-bilau maka senanglah mereka untuk memukul rakyat yang ingin menentang kerajaan. Kerajaan yang zalim wajiblah ditentang, kerajaan yang mengamalkan dasar-dasar yang tidak masuk akal seperti kronisme, nepotisme yang memperkayakan suku-sakat mereka perlu ditentang. Dan yang paling utama kerajaan yang tidak melaksanakan hukum ALLAH dimuka bumi ini wajib ditentang dengan apa jua cara sekali pun !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Justeru itu cucu masih ingat semasa nenek moyang cucu dulu..Mat Kilau dan Tok Gajah berjuang menentang Inggeris di Jeram Ampai, Jerantut tidak jauh dari Kampung cucu Pulau Tawar..Anggota Polis jugalah yang menjadi tali barut kerajaan Inggeris menembak , memukul, membunuh nenek moyang cucu yang berjuang untuk menentang penjajahan Inggeris di negeri Pahang.

Dari apa yang cucu perjelaskan di sini, moga ada kesedaran dan keinsafan dikalangan anggota-anggota polis di negara ini agar memikirkan apakah tindakan mereka selama ini adalah berada dilandasan kebenaran. Apakah tugas mereka selama ini bertepatan dengan matlamat kewujudan pasukan POLIS itu sendiri. Sinambungan kepada cerita cucu ini ialah , fikirlah baik-baik wahai anggota polis.. Jangan jadikan diri anda Pukul Orang Lanyak IKut Suka . Bayangkan setelah lebih 50 tahun baru kerajaan ingin menghargai jasa anggota polis di zaman darurat dan sebelum merdeka dulu. Apakah cukup dengan saguhati bernilai RM 1000 itu dengan jasa mereka !!!!!!!!!!!!! Apakah cukup dengan pengorbanan mereka dulu !!!!!!!!!!!

Bukan cucu tak tau berapalah sangat gaji seseorang anggota polis kiter. Tolak saner-tolak sini terkadang baki hanya dalam RM 200 hingga RM300 sahaja. Mana cukup nak bagi makan anak bini... Sudahlarr tuu kerja sampai 24 jam kengkadang nak ambik elaun lebih masa pun tak dapat..Itu kalau kerja dengan betul..menjaga keamanan negara... Inikan pula dengan kerja anggota polis sekarang yang tidak lain tidak bukan menjadi BALA TENTERA kerajaan untuk menghancurkan parti pembangkang..Bertindaklah sekarang..Lakukan perubahan agar imej pasukan Polis kembali bersih dan dihormati rakyat...ingatlah ..suatu hari nanti anda juga akan tua dan mati..Jangan biler dah pencen baru sibuk nak isi borang PAS atau Keadilan !!!!!!!!! Sebelum pencen andalar heronyer yang melanyak ahli-ahli parti pembangkang dan menghalang ceramah-ceramah parti pembangkang di negara inii.

Fikirlah dengan fikiran yang waras., rezeki yang anda berikan kepada anak isteri itu adalah HALAL atau pun HARAM.. Sudahlar anda terdedah kepada rasuah selama ini..janganlah dirosakkan lagi dengan perkara-perkara yang boleh mendatang kemudaratan dalam diri anda. tepuk dada, tanya IMAN..!!!

TAKBBBBBBBBBBBBBBBIIRRRRRRRRRRRRRRR !!!!!!!!!

Cucu : Kesian tengok POLIS yang kejer siang malam .. tapi tak dapat elaun..belum dibayar oleh kerajaan..Yang senangnyer polis atasan..kalau setakat perebet..jadi Prebet Bujang Lapok lar...

sponsored by :

Cucu Mat Kilau , Pulau Tawar PAHANG                                                                                                                                 






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com