Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Islam UMNO "Di Kuantan Tilawah Al-Quran, Genting Higlands Anugerah ERA" ...

Assalammualaikum WBT cucu ucapkan buat semua pembaca yang dihormati...
 
Cucu amat terkejut dengan apa yang telah berlaku di negeri Pahang Darul Makmur pada 29 hb. September 2001 yang lalu. Seluruh negara tahu bahawa, malam tersebut ialah Majlis Penutupan Rasmi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-44 yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Apa yang amat mengecewakan cucu ialah dalam kehangatan Majlis Penutupan tersebut di Kuantan...Hangat lagi bahang Anugerah ERA yang diadakan di Genting Highlands juga dalam negeri Pahang... Apa dah berlaku nii wahai Dato Adnan Yaakob ? Tak kanlah beliau tidak tahu yang malam tersebut akan dilangsungkan Majlis Penutupan yang akan dihadiri oleh Sultan Pahang serta ramai pembesar-pembesar negeri termasuk pemerhati asing. 
 
Apa yang amat melucukan Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran itu telah disiarkan secara langsung menerusi saluran TV arus perdana TV1. Manaka majlisAnugerah ERA yang berlaku serentak pada malam itu pula telah disiarkan secara langsung juga oleh Radio Rasmi ERA "Rentak Muzik Terkini". Sebagai rakyat negeri Pahang, cucu amat malu terhadap apa yang berlaku ini. Inilah dia kerajaan Islam ala UMNOCINO. Yang Hak dan Batil dicampur adukkan jadi carca-marba. Dalam sibuk mentarbiah manusia kearah mencintai Al-Quran dan mendalami ilmu agama .mereka turut mentarbiah manusia ke arah kerosakan. Walaupun kejadian ini berlaku di lokasi yang berbeza iaitu Kuantan dan Genting Highlands, namun sedarkan Kerajaan Pahang bahawa iainya berlaku dalam Negeri ini. Dan yang paling memilukan pula Genting Highlangs terletak dalan daerah Bentong iaitu daerah YAB Menteri Besar Pahang , Dato' Nan Yaakob..Tak Malukan Kerajaan Negeri INI dimata umat Islam..ataupun yang utama di sisi ALLLAH SWT  !!!!!!!!!!!!!!!!
 
Apa Hal ni Dato' Nan ?????. Apa yang kamu nak jawab  di akhirat nanti ?. Sebagai Menteri Besar bukankah kamu berkuasa untuk meluluskan dan menbatalkan sesuatu perhimpunan. Inilah dia yang berlaku. Kalau ceramah Parti Pembangkang..mereka beriya-iya benar menghalangnya . Permit tidak diluluskan dan terkadang ditarik balik oleh pihak Polis. Tetapi satu perhimpunan yang menggalakkan manusia ke arah MAKSIAT telah diadakan di Arena Bowl, Genting Highlands pada malam tersebut. Kemana perginya angota POLIS (Pukul Orang Lanyak Ikut Suka)? , kemana perginya FRU ?... Apakah ini caranya kerajaan UMNOCINO ingin menerapkan nilai-nilai Islam terhadap rakyat di negeri ini dan negara ini amnya. Sememangnya kita tahun GENTING adalah PUSAT MAKSIAT yang paling POPULAR di negara ini malahan atntara yang popular di dunia...
 
Paling mengharu-birukan..semasa cucu berada di Dewan Konvensyen menyaksikan Penutupan Tilawah Al-Quran tersebut...Cucu keluar sekejap untuk menghirup udara malam.. Alangkah terkejutnya cucu ada..hadirin yang datang dan tidak dapat masuk ke dalam dewan
duduk didalam kereta diluar Dewan sambil membuka Radio ERA untuk mengikuti ANUGERAH ERA secara langsung pada malam tersebut.. Sudahlar tuu Radio Pulak dipasang agak kuat.  Terfikir dalam hati cucu ? Apalah yang dah terjadi kepada dunia hari ini...
 
Cucu juga ingin bertanya..kemanakah perginya EXCO Agama dan Dakwah Islamiah Negeri Pahang .. Ustart Munawar Abdul Jalil ? .. Sepatutnya beliau memainkan peranan penting untuk menghapuskan kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku dalam negeri ini... Ini tidak beliau juga jadi Ulamak BONEKA macam "Syaitan Bisu" yang   digunakan oleh UMNOCINO untuk mengaburi mata masyarakat... Patutlar biler ada program agama di negeri ini yang dihadiri oleh beliau, umat Islam yang hadir boleh dibilang dengan jari.. Ustaz Munawar ni pun satu..Otak takder..ilmu agama dah tinggi tapi ikut landasan salah..Pernah terjadi cucu tengok di Sek. Rendah Islam Al-Irsyad, Ustart Munawar diundang menjadi ahli panel forum perdana bersama Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ustaz Yusof Embung dan beliau.. Aderlar hamba Allah bertanya beliau tentang Islam UMNOCINO nii... Merah padam muka Ustart Munawar ni.. nak mejawab soalan dari hadirin yang bertanya.. Akhirnya beliau dibooo oleh hadirin yang hadir pada malam tersebut. Kesian cucu tengok, Ustart Munawar..kihkihkihkihkih.. Macam Tkius Mondok pulak muka dia malam tuu...
 
Akhir sekali Cucu nak nasihatkan Dato' Nan , MB Pahang yang baik hati tuuu..Insaflah sikit..Kalau nak laksanakan Islam , biarlah mengikut syariat dan hukum-hukum syarak yang betull... Bukan nyer EEEEE SELAMMMM jerrr. Apa guna nya ada Tilawah Al-Qurann taiap-tiap tahun kalau tamadun Islam dalam negara ini diperkotak-katikkan dan hampir runtuh dibinasakan oleh mereka sendiri.. oleh itu marilah kita sama-sama melakaukan perubahan dalam negeri ini.. Insya Allah cucu masih ingat dan terkenangkan nenek moyang cucu yang bermati-matian menentang penjajah dulu..setelah penjajah pergii..Kerajaan UMNOCINO masih mengekalkan undang-undang penjajah Inggeris dalam pentadbiran mereka.. Sedih rasanyer hati cucu... TAKBIRRRRRRRRRRRRR
 
Cucu : Pejuang agama dikatakan PENGGANS , samalah dengan apa yang berlaku kepada nenek moyang cucu dulu Mat Kilau, Tok Gajah . Tok Bahaman dan ramai lagi..mereka dikatakan PENDERHAKA@ PENGGANAS kerana menentang Inggeris.. Ini maknanya kerajaan yang ada hari ini sama 2X5 dengan Inggeris duluuuuu..
 
Cucu Mat Kilau
Pulau Tawar
PAHANG






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com