Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


UMNO (Baru) Terengganu Di Ambang Kepupusan

Persoalannya, apa sudah terjadi kepada UMNO ( Baru ) Terengganu yang selama ini heboh dan sibuk membahagi-bahagikan apa yang dikatakan ' wang ehsan ' seolah-olah harta rampasan perang dan tiba-tiba lenyap begitu sahaja sebaik saja Idris Jusoh menyambung pelajaran ke Amerika.

Bila tidak ada Idris tidak ada lagi bunyi lagu-lagu yang mengalun dengan lunaknya berhubung ' wang ehsan ' ini. Apakah Idris itu wang ehsan atau wang ehsan itu Idris. Inilah persoalan yang sedang timbul dan bermain dalam fikiran sebahagian besar rakyat Terengganu yang sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan ' wang ehsan ' yang dijanjikan itu.

Bila Idris sudah tidak ada, tidak ada orang lain dalam UMNO ( Baru ) Terengganu yang berani tampil untuk bercerita tentang ' wang ehsan '. Persoalannya apakah benar-benar ' wang ehsan ' itu wujud atau hanya permainan politik UMNO ( Baru ) Terengganu yang dikepalai Idris untuk merebut wang tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada kroni, keluarga dan anak-anak beranak sahaja.

Apa yang mendukacitakan hutang-hutang kepada pembekal-pembekal makanan daripada kantin sekolah untuk murid-murid kelas tuisysen ( salah satu cara bagaimana ' wang ehsan ' dibelanjakan ) masih belum dibayar lagi dengan jumlah yang besar dan guru-guru tuisysen juga telah berhenti mengajar kerana tidak lagi dibayar seperti dijanjikan. Kemana perginya wang yang dijanjikan itu. Atau sememangnya wang itu tiada tetapi digembar-gemburkankannya ada, atau memang ada tetapi telah hilang ke dalam mana-mana akaun termasuk, dengar khabarnya, akaun di Singapura.

Demikian juga janji wang ehsan untuk badan-badan sukarela tetapi sehingga kini, satu sen pun tidak diperolehi oleh badan-badan yang menyokong kerajaan pusat itu. Katanya wangnya ada tetapi kemana, kata wangnya sudah tiada, tetapi kemana. Katanya NGO tidak diberikan wang, katanya ada, katanya tiada. ( Keliru? Begitulah perangai UMNO ( Baru ) yang suka mengelirukan orangramai ) Kalau tiada kenapa Majlis Belia Negeri Terengganu dapat.

Kalau dapat tentunya Majlis Belia mempunyai banyak duit tetapi persatuan belia gabungan tidak pun mendapat duit. Majlis Belia, khabarnya, hanya tempat laluan untuk terima wang ( money laundering ? ) untuk diberikan kepada UMNO ( Baru ) untuk kegiatan Puteri UMNO ( Baru ), Pemuda UMNO ( Baru ) dan kegiatan UMNO ( Baru ). Betul ke?. Sememangnya betul kerana wang sejumlah lebih RM500 ribu sudah tidak ada dalam akaun Majlis Belia tetapi telah dihabiskan untuk kegiatan politik UMNO ( Baru ). Betul ke?. Sudah tentunya betul kalau tanya pihak JPP dan memang betul.

Kalau mahu derma basikal, bagus juga, dapat basikal, tetapi kemana wangnya sehingga pihak taukey basikal masih ada yang belum terima bayarannya. Dahlah bayaran lain harga, dalam bil lain harga. Matilah taukey basikal, taukey kantin kalau hutang tidak dibayar.

Kalau dah simpan duit di bank Singapura ( dengar khabarnya ), keluarkanlah supaya dapat bayar hutang-hutang. RM8 juta bukan sadikit, Bagitulah kesannya kalau merompak wang rakyat. Kita bantu orang lain ambil balik wang royalti kerana hendak merebut wang ehsan untuk memusnahkan orang lain, akhirnya kita sendiri yang musnah kerana Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui segalanya.

Baik pihak UMNO ( Baru ) Terengganu jumpa Perdana Menteri supaya wang royalti diberi balik kepada kerajaan Terengganu untuk rakyat Terengganu juga dan minta juga wang ehsan supaya UMNO ( Baru )Terengganu dapatkannnya untuk tujuan kempen politik. Jangan salahgunakan kerana kalau salahgunakannya, padahlah akhirnya, seperti sekarang!

Bagaimana? Kenapa tiba-tiba ke Amerika untuk belajar. Baguslah, kerana menuntut ilmu itu dituntut oleh ugama tidak kira samada seseorang itu tua atau muda, kaya ataupun miskin ataupun adakah itu caranya UMNO ( Baru ) menyuruh Idris Jusoh supaya " pergi main jauh-jauh " agar UMNO ( Baru ) yang buruk tak menjadi cabuk.

Tembolok penuh perut dah buncit
Jangan berlilit di tepi lesung
Eloklah duduk jauh-jauh sikit
Gelisik bulu kesat muncung






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com