Susunan : A BAKAR RASHID, CABARAN
SEJAK membunuh 300 orang di Lakota pada tahun 1890, tentera Amerika Syarikat
telah menceroboh negara demi negara di dunia ini sehingga beratus-ratus kali.
Amerika telah menghantar tentera ke luar negara atau mengambil tindakan
ketenteraan sebanyak 216 kali sejak ia merdeka dari Britain.
Sejak 1945, Amerika telah menceroboh dan masuk campur dalam lebih dari 20 negara
di seluruh dunia.
Sejak Perang Dunia Kedua, Amerika telah mengebom 23 negara. Antaranya termasuk
China 1945-1946, Korea 1950-1953, China 1950-1953, Guatemala 1954, Indonesia
1958, Cuba 1959-1960, Guatemala 1960, Congo 1964, Peru 1965, Laos 1964-1973,
Vietnam 1961-1973, Cambodia 1969-1970, Guatemala 1967-1969, Grenada 1983,
Lebanon 1984, Libya 1986, El Salvador 1980-an, Nicaragua 1980-an, Panama 1989,
Iraq 1991-1999, Sudan 1998, Afghanistan 1998 dan Yugoslavia 1999.
Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika telah memainkan peranan dalam 20 rampasan
kuasa di seluruh dunia dan agensi perisikannya, CIA, bertanggungjawab dalam
pembunuhan enam orang ketua negara.
Berikut ialah ringkasan strategi imperialis Amerika sejak dari kurun kesembilan
belas:
- Argentina (1890) - Tentera dihantar ke Buenos Aires untuk melindungi kepentingan
perniagaan.
- Chile (1891) - Marin Amerika dihantar ke Chile dan bertempur dengan pemberontak
nasionalis.
- Haiti (1891) - Tentera Amerika mematahkan pemberontakan pekerja kulit hitam di
Pulau Navassa yang didakwa Amerika sebagai miliknya.
- Hawaii (1893) - Tentera laut Amerika dihantar ke Hawaii untuk menggulingkan raja
dan kerajaan di pulau itu dan kemudiannya menakluki pulau itu dan menjadikannya
wilayah Amerika.
- Nicaragua (1894) - Tentera Amerika menduduki Bluefields, kota di Laut Caribbean
selama sebulan.
- China (1894-95) - Tentera laut, darat dan marin memasuki China semasa Perang
Cina-Jepun.
- Korea (1894-96) - Tentera Amerika terus ditempatkan di Seoul semasa perang.
- Panama (1895) - Tentera darat, laut dan marin mendarat di pelabuhan Corinto.
- China (1894-1900) - Tentera Amerika menduduki China ketika berlakunya
pemberontakan (Boxer Rebellion).
- Filipina (1898-1910) - Tentera laut dan darat memasuki Filipina selepas Filipina
kalah dalam Perang Spain-Amerika; 600,000 rakyat Filipina terbunuh.
- Cuba (1898-1902) - Tentera Amerika merampas Cuba dalam Perang Spain-Amerika;
Amerika masih lagi menempatkan tenteranya di Guantanamo Bay sehingga hari ini.
- Puerto Rico (1898 - hingga sekarang) - Tentera merampas Puerto Rico dalam Perang
Spain-Amerika dan masih menjajah Puerto Rico sehingga hari ini.
- Nicaragua (1898) - Marines Amerika memasuki pelabuhan landed San Juan del Sur.
- Samoa (1899) - Tentera Amerika memasuki pulau itu berikutan perang perebutan
kuasa.
- Panama (1901-14) - Tentera laut Amerika menyokong revolusi apabila Panama
menuntut kemerdekaan dari Colombia. Tentera Amerika menakluki Canal Zone sejak
1901 apabila pembinaan terusan itu bermula.
- Honduras (1903) - Marin Amerika memasuki Honduras untuk masuk campur semasa
revolusi.
- Republik Dominica (1903-04) - Tentera Amerika memasuki negara itu untuk
melindungi kepentingan Amerika semasa berlakunya revolusi.
- Korea (1904-05) - Marin Amerika memasuki negara itu ketika tercetusnya perang
Russia-Jepun.
- Cuba (1906-09) - Tentera memasuki negara itu ketika pilihanraya sedang diadakan.
- Nicaragua (1907) - Tentera Amerika memasuki negara itu dan mewujudkan kawasan
lindungan Amerika (protectorate).
- Honduras (1907) - Marin Amerika memasuki negara itu semasa perang dengan
Nicaragua.
- Panama (1908) - Marin Amerika dihantar semasa pilihanraya Panama.
- Nicaragua (1910) - Marin Amerika memasuki Bluefields dan Corinto untuk kali
kedua.
- Honduras (1911) - Tentera Amerika dihantar untuk melindungi kepentingan Amerika
ketika perang saudara Honduras.
- China (1911-41) - Tentera laut dan darat Amerika dihantar ke China ketika
berterusannya ketegangan.
- Cuba (1912) - Tentera Amerika dihantar untuk melindungi kepentingan Amerika di
Havana.
- Panama (1912) - Marin Amerika memasuki Panama ketika berlangsungnya pilihanraya.
- Honduras (1912) - Tentera Amerika dihantar untuk melindungi kepentingan Amerika.
- Nicaragua (1912-33) - Tentera Amerika menduduki Nicaragua dan memerangi gerila
dalam perang saudara 20 tahun di negara itu.
- Mexico (1913) - Tentera laut Amerika masuk untuk membawa keluar rakyat Amerika
semasa berlaku revolusi.
- Republik Dominica (1914) - Tentera laut Amerika bertempur dengan pemberontak
bagi merebut Santo Domingo.
- Mexico (1914-18) - Tentera laut dan darat untuk menentang nasionalis Mexico.
- Haiti (1914-34) - Tentera Amerika menduduki Haiti selepas berlakunya revolusi
dan menjajah Haiti selama 19 tahun.
- Republik Dominica (1916-24) - Tentera Marin menduduki Republik Dominica selama
lapan tahun.
- Cuba (1917-1933) - Tentera Amerika masuk dan menduduki Cuba selama 16 tahun;
Cuba menjadi kawasan lindungan ekonomi Amerika(economic protectorate).
- Perang Dunia I (1917-18) - Tentera laut dan darat dihantar ke Eropah untuk
menentang kuasa berikat (Axis powers).
- Russia (1918-22) - Tentera laut dan darat dihantar ke timur Russia selepas
Revolusi Bolshevik Revolution; tentera darat melakukan lima pendaratan.
- Honduras (1919) - Marin Amerika dihantar ke Hondutas semasa berlakunya
pilihanraya nasional.
- Guatemala (1920) - Tentera Amerika menduduki Guatemala selama dua minggu ketika
kesatuan sekerja melancarkan mogok.
- Turki (1922) - Tentera Amerika bertempur dengan nasionalis di Troops Smyrna.
- China (1922-27) - Tentera laut dan darat Amerika ditempatkan ketika
pemberontakan nasionalis.
- Honduras (1924-25) - Tentera Amerika masuk dua kali ketika pilihanraya nasional.
- Panama (1925) - Tentera Amerika masuk untuk mematahkan mogok umum.
- China (1927-34) - Marin Amerika dihantar dan ditempatkan selama tujuh tahun di
China.
- El Salvador (1932) - Kapal-kapal perang tentera laut ditempatkan ketika
berlakunya pemberontakan FMLN di bawah Marti.
- Perang Dunia II (1941-45) - Amerika berperang menentang kuasa berikat (Axis
powers: Jepun, German dan Itali).
- Yugoslavia (1946) - Tentera laut Amerika ditempatkan dekat pantai Yugoslavia
sebagai tindak balas apabila pesawat Amerika ditembak jatuh.
- Uruguay (1947) - Pasukan pengebom Amerika ditempatkan untuk menunjukkan kekuatan
tentera Amerika.
- Greece (1947-49) - Operasi Amerika memastikan kemenangan pelampau kanan dalam
“pilihanraya” nasional.
- German (1948) - Tentera ditempatkan sebagai tindak balas kepada sekatan Berlin;
pesawat mengangkut secara beramai-ramai dan berlanjutan sehingga 444 hari.
- Filipina (1948-54) - CIA mengarahkan perang saudara ke atas pemberontak Filipino
Huk.
- Puerto Rico (1950) - Tentera Amerika mematahkan pemberontakan untuk kemerdekaan
di Ponce.
- Perang Korea (1951-53) - Tentera Amerika dihantar semasa perang.
- Iran (1953) - CIA mengatur penggulingan kerajaan Mossadegh yang dipilih secara
demokratik dan menabalkan semula Shah.
- Vietnam (1954) - Amerika menawarkan senjata kepada Perancis dalam perang
menentang Ho Chi Minh dan Viet Minh.
- Guatemala (1954) - CIA menggulingkan Arbenz yang dipilih secara demokratik dan
memberikan kuasa kepada Colonel Armas.
- Mesir (1956) - Marin Amerika ditempatkan untuk mengangkut warga asing selepas
Nasser memiliknegarakan Terusan Suez.
- Lubnan (1958) - Tentera laut dan darat Amerika menduduki Lubnan semasa perang
saudara berlaku di negara itu.
- Panama (1958) - Tentera Amerika masuk apabila rakyat Panama menunjuk perasaan
mengancam Canal Zone.
- Vetnam (1950-an – 75) - Perang Vietnam.
- Cuba (1961) - Pencerobohan Bay of Pigs yang diarahkan CIA gagal menjatuhkan
kerajaan Castro.
- Cuba (1962) - Tentera laut Amerika mengkuarantinkan Cuba ketika berlaku krisis
peluru berpandu Cuba.
- Laos (1962) - Tentera Amerika menduduki Laos dalam perang saudara menentang
gerila Pathet Lao.
- Panama (1964) - Tentera Amerika masuk dan menembak rakyat Panama yang menunjuk
perasaan menentang kehadiran tentera Amerika di Canal Zone.
- Indonesia (1965) - CIA mengatur rampasan kuasa tentera.
- Republik Dominica (1965-66) - Tentera Amerika ditempatkan ketika berlangsungnya
pilihanraya nasional.
- Guatemala (1966-67) - Tentera Green Berets Amerika dihantar.
- Cambodia (1969-75) - Tentera Amerika dihantar setelah Perang Vietnam merebak
hingga ke Kemboja.
- Oman (1970) - Marin Amerika mendarat untuk mengarahkan kemungkinan menceroboh
Iran.
- Laos (1971-75) - Tentera Amerika melakukan pengeboman keseluruhan kawasan luar
bandar (carpet-bombing) semasa perang saudara Laos.
- Chile (1973) - CIA mengatur rampasan kuasa, membunuh Presiden Allende yang
dipilih secara demokratik dan menubuhkan rejim tentera di bawah General
Pinochet.
- Cambodia (1975) – 28 orang dari pasukan penyelamat Amerika terbunuh dalam usaha
menyelamatkan anak kapal Mayaquez yang dirampas.
- Angola (1976-92) - CIA menyokong pemberontak Afrika Selatan menentang Marxist
Angola.
- Iran (1980) - Amerika gagal dalam percubaan untuk membebaskan 52 tahanan di
dalam kedutaan Amerika di Tehran yang ditawan pelajar yang menyokong Imam
Khomeini.
- Libya (1981) - Pesawat pejuang Amerika menembak jatuh dua pesawat Libya.
- El Salvador (1981-92) - CIA, tentera dan penasihat Amerika terlibat dalam perang
El Salvador menentang FMLN.
- Nicaragua (1981-90) - CIA dan Majlis Keselamatan Nasional Amerika (NSC)
mengarahkan Perang Contra menentang gerila Sandinista.
- Lubnan (1982-84) - Marin Amerika menduduki Beirut ketika tercetusnya perang
saudara Lubnan; serangan berani mati pejuang Hizbullah membunuh 241 orang dan
Presiden Reagan “menempatkan semula” Marin Amerika ke Mediterranean.
- Honduras (1983-89) - Tentera Amerika dihanta untuk membina pengkalan dekat
sempadan Honduras.
- Grenada (1983-84) - Pencerobohan Amerika menjatuhkan kerajaan Maurice Bishop.
- Iran (1984) - Pesawat pejuang Amerika menembak jatuh dua kapal terbang Iran di
Teluk Parsi.
- Libya (1986) - Pesawat pejuang Amerika menembak sasaran-sasaran di dalam dan di
sekitar ibu kota Libya, Tripoli.
- Bolivia (1986) - Tentera Amerika membantu tentera kerajaan Bolivia menyerbu
kawasan-kawasan kokain.
- Iran (1987-88) - Amerika mempersenjatai dan memberikan pelbagai bantuan kepada
Iraq untuk memerangi Iran dalam Perang Iran-Iraq.
- Libya (1989) - Tentera laut Amerika menembak jatuh dua lagi jet Libya.
- Virgin Islands (1989) - Tentera Amerika masuk ketika berlaku huru-hara di
kalangan penduduk Virgin Island.
- Filipina (1989) - Tentera udara Amerika memberikan perlindungan kepada kerajaan
ketika berlakunya rampasan kuasa.
- Panama (1989-90) - 27,000 anggota pasukan Amerika menyerang Panama untuk
menggulingkan Noriega; lebih dari 2,000 penduduk awam Panama terbunuh.
- Liberia (1990) - Tentera memasuki Liberia untuk membawa keluar warga asing
ketika tercetusnya perang saudara.
- Arab Saudi (1990-91) - Tentera Amerika dihantar ke Saudi, yang merupakan
pengkalan perang untuk menentang Iraq.
- Kuwait (1991) - Tentera Amerika dihantar ke Kuwait untuk menghalau Saddam
Hussein.
- Somalia - 1992-94 - Tentera Amerika menduduki Somalia ketika tercetusnya perang
saudara.
- Bosnia (1993-95) - Jet-jet tentera udara Amerika mengebom “zon larangan terbang”
ketika tercetusnya perang di Bosnia.
- Haiti (1994-96) - Tentera darat dan laut Amerika mengenakan sekatan ke atas
kerajaan tentera Haiti. CIA mengembalikan kuasa Aristide.
- Zaire (1996-97) - Marin Amerika dihantar ke kem pelarian Hutu di Rwanda ketika
revolusi Congo mula tercetus.
- Albania (1997) - Tentera Amerika ditempatkan ketika berlakunya proses membawa
keluar warga asing.
- Sudan (1998) - Peluru-peluru berpandu Amerika memusnahkan kilang ubat di Sudan
berikutan tuduhan yang direka-reka oleh Amerika bahawa kilang itu kononnya
memproses senjata kimia.
- Afghanistan (1998) - Peluru berpandu ditembak ke arah sasaran yang dianggap oleh
Amerika sebagai kem latihan pengganas.
- Yugoslavia (1999) - Amerika dan Nato melancarkan serangan bom dan peluru
berpandu sempena 11 minggu perang ke atas ketua pengganas Serbia, Slobodan
Milosevic.
- Iraq (1998-sekarang ) - Baghdad dan lain-lain bandar besar Iraq diserang peluru
berpandu Amerika selama empat hari. Jet-jet Amerika memaksakan apa yang mereka
tetapkan sebagai “zon larangan terbang” dan terus menyerang sasaran-sasaran di
Iraq sejak Disember 1998.
Kesemua 100 kejadian campur tangan tentera Amerika ini tidak termasuk apabila
Amerika:
1. menempatkan polis tentera di luar negara;
2. mengerahkan pengawal nasional (National Guard);
3. menghantar kapal-kapal tentera laut berhampiran pantai beberapa negara untuk
menunjukkan kekuatan Amerika;
4. menghantar tentera tambahan di tempat-tempat di mana tentera Amerika telah
pun ditempatkan;
5. menjalankan operasi rahsia di mana pasukan bersenjata Amerika tidak berada di
bawah pemerintahan panglima Amerika sendiri;
6. menggunakan unit-unit kecil untuk menyelamatkan mereka yang ditawan;
7. menggunakan juruterbang Amerika untuk menerbangkan pesawat negara luar;
8. menjalankan latihan ketenteraan dan program perunding yang tidak melibatkan
penglibatan langsung tentera Amerika.
Plot pembunuhan kerajaan Amerika
Berikut ialah senarai pemimpin-pemimpin negara yang terkenal yang mana
pembunuhan atau cubaan membunuh mereka dilakukan oleh kerajaan Amerika atau
terlibat merancangkannya. Senarai ini tidak termasuk pembunuhan di pelbagai
tempat di dunia yang dilakukan orang-orang Cuba yang anti-Castro yang diupah
oleh CIA atau beribupejabat di Amerika Syarikat:
Senarai A: Bukan Islam
- 1949 - Kim Koo, pemimpin pembangkang Korea
- 1950-an - CIA/Neo-Nazi menyenaraikan beberapa tokoh politik di German barat
untuk dibunuh.
- 1955 - Jose' Antonio Remon, president Panama
- 1950-an - Chou En-lai, perdana menteri China, beberapa percubaan membunuhnya
telah dilaksanakan
- 1951 - Kim Il Sung, perdana menteri Korea Utara
- 1950-an (pertengahan) - Claro M. Recto, pemimpin pembangkang Filipina
- 1955 - Jawar Lal Nehru, perdana menteri India
- 1959 dan 1963 - Norodom Sihanouk, raja Kemboja
- 1950an-70an - Jose Figueres, presiden Costa Rica, dua percubaan untuk
membunuhkan telah dilaksanakan
- 1961 - Francois “Papa Doc” Duvalier, pemimpin Haiti
- 1961 - Patrice Lumumba, perdana menteri Congo
- 1961 - Jeneral Rafael Trujillo, pemimpin Republik Dominica
- 1963 - Ngo Dinh Diem, presiden Vietnam Selatan
- 1960-an - Fidel Castro, presiden Cuba, lebih dari 15 percubaan untuk membunuhnya
- 1960-an - Raul Castro, adik presiden Cuba yang juga dianggap orang nombor dua di
Cuba
- 1965 - Francisco Caamanao, pemimpin pembangkang Republik Dominica
- 1965 - Pierre Ngendandumwe, perdana menteri Burundi
- 965-6 - Charles de Gaulle, presiden Perancis
- 1967 - Che Guevara, pemimpin pembebasan Cuba
- 1970 - Salvadore Allende, presiden Chile
- 1970 - General Rene Schneider, panglima pemerintah tentera Chile
- 1970-an dan 1981 - Gen. Omar Torrijos, pemimpin Panama
- 1972 - General Manuel Noriega, pada masa itu ketua perisikan Panama
- 1975 - Mobutu Sese Seko, presiden Zaire (Congo)
- 1976 - Michael Manley, perdana menteri Jamaica
- 1983 - Miguel d'Escoto, menteri luar Nicaragua
- 1984 - Sembilan panglima Sandanista National Directorate
- 1980-an - Dr. Gerald Bull, ahli sains balistik Cana yang dijalankan oleh Mossad
di Belgium
Sebahagian senarai pemimpin beragama Islam yang dibunuh atau cuba dibunuh oleh
kerajaan Amerika
- 1950-an - Sukarno, Indonesia
- 1957 - Gamal Abdul Nasser, presiden Mesir
- 1960 - Brigadier General Abdul Karim Kassem, pemimpin Iraq
- 1980-86 - Muammar Qaddafi, pemimpin Libya, beberapa percubaan dilakukan untuk
membunuhnya
- 1982 - Imam Khomeini, pemimpin Revolusi Islam Iran
- 1983 - General Ahmed Dlimi, panglima tentera Maghribi
- 1985 - Sheikh Mohammed Hussein Fadllallah, ulama Shiah Lubnan yang rapat dengan
pejuang Hizbullah (80 orang terbunuh dalam cubaan bunuh ke atasnya)
- 1991 - Saddam Hussein, diktator Iraq
Rujukan: Blum, William, “KILLING HOPE - U.S. Military and CIA Interventions
Since World War II,” Appendix III U.S. Government Assassination Plots, page 453,
Common Courage Press, Monroe, Maine 1995. ISBN 1-56751-052-3
Mereka yang dianggap mangsa pembunuhan Amerika
- April 4, 1979 - Zulfiqar Ali Bhutto, perdana menteri Pakistan, kerana
meneruskan rancangan membuat bom nuklear
- Ogos 1988 - General Ziaul Haq, pemerintah Pakistan.
- 1995 - Murtaza Bhutto, anak Zulfiqar Ali Bhutto, tokoh anti-Amerika yang
dijangka berpotensi menjadi pemimpin Pakistan
- Mac 25, 1975 - Faisal, raja Arab melalui anak saudaranya kerana melaksanakan
sekatan minyak pada 1973
- Ogos 24, 1999 - Mohammad Omar, di Kandahar, Afghanistan.
Senarai “A” rancangan pembunuhan yang diketahui
- 1950an - Sukarno, presiden Indonesia
- 1957 - Gamal Abdul Nasser, presiden Mesir
- 2001 - Sejak awal tahun ini lebih dari 40 pemimpin Palestin dibunuh dengan
kerjasama Israel
|