Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Majoriti 17 ketua pemuda Umno bahagian di Selangor mahu berontak lawan Khir, kenapa?

Oleh : KAWAN LAMA KHIR

Benar, skala rasuah Khir Toyo bukan lagi sekitar belasan atau puluhan juta, dia sudah mula main angka ratusan juta. Cuba tengok adik beradik dan ipar-duainya, BPR kena kaji dan selidik sungguh-sungguh. Berana nilai kekayaan mereka.

Tapi kalau BPR nak tengok akaun bank Khir atau kroni rapatnya, tentu susah nak cari bukti. Khir bukan bodoh, kalau tidak PM tak lantik dia jadi MB Selangorlah. Sebab itu Khir guna kesempatan yang pendek dan terbatas ini untuk kaut keuntungan sebanyak-banyaknya.

Pertama, Khir tahu kalau PM padam, dia pun turut padam. Kedua, dia sendiri tak yakin BN boleh menang Selangor lagi atau tidak. Jadi, cepat-cepatlah Khir dengan bantuan setiausaha politiknya, Dr Karim, dan pembantu khasnya, Selamat Dollah cari tanah banyak-banyak dan projek banyak-banyak.

Apa nak dibimbangkan? Siapa berani buka mulut. Exco-exco kerajaan negeri pun harapkan projek dengan Khir. Mereka kini sudah tidak mewah lagi. Khir pandai. Dalam masa orang kata dia akan jadi boneka Mat Taib, dia bertindak pro-aktif. Kini Mat Taib macam kupang tembaga, tak ada kuasa apa-apa. Bila tak boleh bagi projek, orang Umno pun tak hairan lagi sama Mat Taib. Kantung Umno Selangor pun kering kontang. Akhirnya semua kena harapkan Khir.

Yang lebih licik kata orang ialah Dr Karim. Dulu, masa Khir mula jadi ADUN, dialah yang menentukan segalanya. Dialah yang buat ucapan untuk Khir. Dia susun program bagaimana nak kebas tanah-tanah yang berharga tinggi di Selanor.

Sampaikan seorang pegawai daerah pun dirasuahkan demi untuk melicinkan proses meluluskan tanah 500 ekar di kawasan DO itu. Anak DO itu yang baru berumur 19 tahun pun diberikannya 50 ekar tanah. Yang ini pun BPR kena siasat baik-baik. Jangan tunggu orang buat laporan saja. Siapa berani buat laporan dan dari mana kita mahu cungkil bukti-bukti ini. BPR kenalah jalankan inisiatif sendiri. Gunakan kuasa yang ada untuk bongkar penyelewengan dan salahguna kuasa yang menjolok mata ini.

Lagi satu, hal bagaimana empat syarikat yang dapat 400 ekar tanah sekitar Shah Alam, yang sebenarnya dari orang yang sama. Takkan hal ini susah sangat BPR nak bongkar. Kalau orang biasa pun tahu, apa yang BPR buat?

Pasal pinjaman perumahan sebanyak RM150,000 yang dilunasi dalam masa 15 hari kepada BBMB di Kajang, apakah BPR tak ada mata untuk cari bukti. Apa susah sangat. Bukalah fail Khir di bank itu. Masanya pun dah diberikan, antara 15,16,17 Mac 2001 dan satu lagi hujung Mac 2001 itu juga.

Memang duit RM150,000 tunai untuk bayar baki pinjaman itu tak banyak untuk orang macam Khir. Bukankah Khir dah kumpulkan lebih RM100 juta tunai selama setahun jadi MB? Benar, tapi dia tak fikir lagaknya melangsaikan semua pinjaman rumah semi-D di Kajang itu, yang sedang dibuat ubahsuai dalaman sekarang ini mendedahkannya dengan dakwaan rasuah.

Letaklah sebulan Khir dapat RM10,000 elaun MB. Sampai bulan Mac, paling banyak pun Khir baru dapat RM80,000. Khir datang dari keluarga susah hingga pernah jual akhbar lama. Jadi takkan dia tak belanja sikit pun dengan duit gajinya itu. BPR harus selidik macam mana Khir dapat wang tunai RM150,000 tunai untuk bayar semua pinjaman rumah itu. Jawab Khir jangan tak jawab.

Begitu juga dengan rasuah taukeh Talam Holding, Tan Ah Chai sebanyak RM8 juta yang dibawa dengan empat kereta berikutan pembinaan Universiti Selangor. Talam Holding untung besar, taukehnya senyum sampai ke pipi. Projek Universiti Selangor hanya lebih kurang RM600 juta. Memang itu semua dikeluarkan oleh Talam. Tapi imbuhannya cukup lumayan. Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada Talam. Tahu sajalah berapa harga tanah di Selangor.

Dan nak ubah status tanah kepada tanah industri bukannya makan belanja banyak. Di sini pun Talam boleh rasuah Khir, minta diskaun. Yang lebih buruk, antara tanah yang bertukar tangan kepada Talam ialah tanah-tanah Yayasan Selangor. Di sini sekali lagi BPR kena masuk campur. Kita tak kisahlah kalau semua pakej pembinaan Universiti Selangor semuanya Khir yang pilih. Lantak dialah. Memang Khir tak ada kerja lain, selain membahagikan projek tanah dan pembinaan kepada orang-orang yang dikehendakinya.

Dan ini juga yang membuatkan pemimpin Pemuda Umno Selangor naik berang. Dalam satu mesyuarat baru-baru ini, ramai ketua-ketua pemuda umno bahagian mendesak ketua mereka buat perjumpaan dengan khir. Majoriti 17 ketua pemuda bahagian itu sudah muak dengan sikap khir yang tak hiraukan mereka lagi. Paling banyak pun hanya empat lima orang yang pakai jam rolex dan naik kereta mewah yang beria-ia pertahankan Khir.

"Manakan kami tak bengang," kata salah seorang ketua pemuda bahagian Umno itu, "kami minta projek tak dapat, tetapi ketua pemuda cawangan kami yang lebih rapat dengan Khir, diberinya projek yang kami minta itu. Jadi kami nak tahu, di kacamata Khir siapa kami ini. Projek parti dia suruh buat, tapi projek-projek kerajaan dia dan kroninya saja yang sapu."

Hai, tulis banyak-banyak pasal rasuah Khir ini buat nak termuntah. Terlalu jelak, muak, apatah lagi memikirkan Khir selalu sangat tunjuk lagak macam orang alim, lebih dari tok mufti lagi. Okeylah, cau dulu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com