Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Klinik swasta pusat pengguguran anak oleh gadis-gadis Melayu

Oleh : NORAZLINA MAT SOM

Terlebih dahulu ina memohon maaf dgn pendedahan ini andaikata ada pihak yg akan tersinggung kelak, apa yg pastinya ina cuma mendedahkannya perkara ini utk memberi kesedaran/pengajaran pada kalian akan betapa burukkan kelakuan mereka-mereka ini sehingga lupa, utk apa kita dilahirkan didunia ini?, apakah tujuan hidup kita didunia?,dan kepada siapa kita akan kembali?. namun 3 pokok persoalan ini diabaikan oleh mereka. apakah yg mampu ina lakukan? entahlah hanya ini shj jlnnya menasihati kalian agar tidak mengikuti jejak mereka.....

*********************************************************************

Aktiviti perguguran bayi Ini adalah kisah benar yang berlaku di sebuah Klinik bersalin Swasta yang agak tersorok di Bandar tempat tinggal ina, ina mengetahuinyapun melalui kenalan berketurunan India yang sudah lama bertugas disitu. Pada mulanya ina hanya bersembang-sembang akan perkara-perkara biasa sahaja sehinggalah dia dengan tidak sengaja mendedahkan akan satu perkara yang mengejutkan ina.

Walaupun mungkin ada diantara kalian yang beranggapan bahawa perkara ini adalah perkara biasa (mungkin ada diantara kalian berkata ; “eleh Bende Kecik!!!!”)namun ianya terlalu luar biasa bagi ina walaupun ina hanya tahu serba sedikit akan sejauhmanakah kesan-kesan buruk yang bakal menimpa berdasarkan pengetahuan ina akan balasan yang bakal Allah turunkan sekiranya berlaku kepincangan terhadap khalifah-khalifahnya dimukabumi, kerana kesan buruk akan Allah berikan kepada mereka yang bermastautin disatu tempat yang telah dinodai oleh mereka yang sedemikian, tidak kiralah samaada terhadap pihak yang terlibat atau yang tidak terlibat diatas alasan yang munasabah seperti yang kita ketahui.

Menurut cerita kenalan ina ini, hampir setiap malam dia membantu doktor-doktor yang menjalankan aktiviti perguguran bayi dibawah usia kandungan 4 bulan diklinik tersebut yang majoritynya terdiri daripada gadis bawah umur 18 tahun yang telah terlanjur bersama pasangannya dan masih bersekolah serta mereka yang berumur 18 tahun keatas yang juga belum berkahwin. Ada diantara mereka yang datang menjalani perguguran bersama-sama pasangannya dan ada juga diantara mereka datang bersama rakan-rakan mereka secara rahsia.Apa yang menyedihkan ialah gadis-gadis tersebut hampir 90% berbangsa melayu dan beragama Islam. Ina juga diberitahu bahawa kelinik tersebut menjalankan aktiviti ini secara haram, sejauhmana kebenarannya Wallauhualam………

Itulah remaja masa kini lebih-lebih lagi remaja melayu yang beragama islam dimana perzinaan berlaku sewenang-wenangnya sudahlah melakukan zina yang dilaknati Allah s.w.t setelah hamil dibunuhnya pula bayi yang tidak berdosa yang ingin mengenali Erti Kehidupan didunia. Itulah, kalau gemar menonton atau membaca perkara2 berunsur lucah yang diperolehi dari tontonan Vcd atau Internet atau aper-aper sahajalah sumber yang semirip dengannya dan kurangnya didikan Agama kemudian terpengaruh pula, beginilah jadinya …walaupun Al-Quran sudah dikhatamkan dan agama islam dipelajari selok beloknya tetapi jika tidak difahami dan tidak dilaksanakan tak guna juga. Namun ina sebenarnya kecewa dengan situasi ini, apa yang pastinya ina sentiasa mendoakan mereka begitu juga kalian agar tidak terjebak dengan perkara2 sedemikian kerana kesan buruknya. Sebenarnya tiada siapa yang boleh menghalang mereka dari terjadinya perkara sedemikian kecuali mematangkan diri sediri dan memahami dan memengang sepenuhnya al-quran dan as-sunnah serta sentiasalah berdoa kehadrat Ilahi agar kita dilindungi dari terjebak akan perkara2 sedemikian insyaalah…..






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com