Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MENCARI PENGGANAS! Serangan ke atas WTC dan Pentagon, siapa yang paling untung, kalau bukan zionis Israel

Oleh : M AMIR ALI

Serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington adalah jelas merupakan serangan yang begitu terselaras yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dalaman yang sangat kompleks, teknologi, wang, tenaga manusia, motivasi dan kerjasama sekumpulan besar pihak dalaman dan apa sahaja yang diperlukan untuk melakukannya.

Lantaran itu, adalah penting untuk mencari siapakah yang paling banyak mengaut faedah dan keuntungan dari jenayah yang dahsyat itu, siapakah yang boleh mendapat kerjasama pihak dalaman, siapa yang mempunyai pengetahuan terperinci tentang bahagian yang paling terdedah kepada kebinasaan pada bangunan-bangunan yang diserang itu, pengetahuan teknologi untuk menerbangkan pesawat-pesawat penumpang itu dengan betul, pengetahuan tentang kuasa terjahan pesawat-pesawat tersebut untuk menembusi sasaran yang tepat di WTC dan Pentagon, kemungkinan kejayaan tanpa gangguan dari pihak keselamatan Amerika Syarikat, melepaskan diri dari sistem radar dan motivasi untuk membunuh dan terbunuh.

1. MOTIVASI: Kita perlu melihat motivasi, menyeimbangkan manfaat dan kebinasaan dan mencari siapakah yang paling banyak mengaut manfaat dan keuntungan dari jenayah tersebut.

(a) Kumpulan Islam sebenar. Orang-orang Islam yang mempunyai pengetahuan tentang al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. tahu bahawa Islam mengharamkan dengan tegas tindakan membunuh dan mencederakan mereka yang tidak terlibat mengangkat senjata ke atas orang-orang Islam walaupun mereka berada di pihak musuh.

Ini termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak di pihak musuh di dalam keadaan berperang.

WTC tidak boleh menjadi sasaran mana-mana kumpulan atau individu Islam tulen kerana menurut ajaran Islam, mereka yang berada di dalam dan di sekitar WTC dan juga mereka yang menumpang pesawat yang terbabit tidak mempunyai justifikasi untuk diapa-apakan.

Dari sudut ini, walaupun Pentagon secara longgar boleh dianggap sasaran yang mempunyai justifikasi, pastinya tindakan mengorbankan nyawa penumpang di dalam pesawat yang digunakan untuk menyerang Pentagon adalah tindakan yang tidak mempunyai justifikasi sama sekali.

Tidak ada manfaat yang boleh diperolehi oleh orang-orang Islam dari jenayah ini sedangkan kesan buruknya adalah terlalu besar.

Pertama sekali ialah kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah yang pastinya termasuk dua hingga lima ribu orang Islam yang berkerja di WTC.

Kedua, nama buruk yang terpaksa ditanggung oleh Islam dan orang-orang Islam yang diakibatkan oleh jenayah ini sehingga mengakibatkan masyarakat merasa benci dan takut kepada Islam dan orang-orang Islam.

Mana-mana orang Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya mahu Islam dilihat seagai agama keamanan dan bukan peperangan, cara hidup yang menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah.

Ketiga, mudharat yang diakibatkan ke atas orang-orang Islam yang tinggal di Barat dan Amerika Utara.

Terdapat mereka yang berfikiran sempit dan tidak toleran di Barat yang sentiasa mencari sebab untuk memudharatkan orang-orang Islam, perniagaan, institusi dan pusat-pusat agama mereka.

Hatta kerana merasa syak sahaja, mereka akan memudharatkan orang-orang Islam dan harta-benda mereka.

Lantaran itu, adalah jelas bahawa tidak ada orang Islam yang sebenarnya yang akan melakukan sebarang bentuk tindakan bodoh dan tidak Islamik untuk memudharatkan orang-orang bukan Islam dan harta-benda mereka.

(b) Osama bin Laden dan Taliban. Saya tahu bahawa Osama adalah seorang Islam yang sebenarnya dengan pengetahuan yang mendalam tentang al-Quran dan ajaran nabi Muhammad. Saya tidak akan mengesyaki beliau akan melakukan apa-apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran Islam dan memudharatkan mana-mana orang awam yang tidak mengangkat senjata menentang Islam dan orang-orang Islam.

Perisytiharannya adalah terhadap kehadiran tentera Amerika di tanah air umat Islam, terutama di tanah airnya sendiri di Semenanjung Arab, atau lebih dikenali sebagai Arab Saudi, yang dipercayai oleh orang-orang Islam sebagai suci.

Lebih dari itu, Osama tahu bahawa sebarang keganasan ke atas orang-orang awam Amerika akan memudharatkan orang-orang Islam yang tinggal di Barat dan juga ke atas kepentingan-kepentingan Islam.

Saya menolak kemungkinan bahawa Osama terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah keganasan yang melibatkan orang-orang awam dan mereka yang tidak bersalah termasuk pengeboman dua kedutaan Amerika di Afrika Timur.

Taliban dilaporkan sebagai diketuai oleh ulama-ulama Islam yang tahu mereka tidak boleh memangsakan mana-mana orang awam di mana-mana pun di dunia ini.

Lantaran itu, saya menolak kemungkinan bahawa Taliban terlibat dalam apa jua cara dengan kemalangan udara di WTC, Pentagon dan tempat-tempat lain.

Tafsiran Taliban terhadap ajaran Islam mungkin melampau tetapi beban dari sikap pelampau mereka ditanggung oleh penduduk yang tinggal di dalam sempadan kerajaan mereka sahaja dan ia tidak melampaui lebih daripada itu.

Hamas juga tidak boleh dibabitkan kerana kemarahan mereka adalah ke atas orang-orang Israel dan mereka yang menyokong matlamat Zionis di Palestin.

Menurut laporan akhbar, Hamas memberikan justifikasi untuk menyerang orang-orang awam Israel tetapi saya tidak ada hubungan langsung dengan mereka untuk mengesahkan laporan itu. (Hamas menganggap tidak wujud orang-orang awam di Israel kerana rata-rata orang-orang Israel, termasuk pendatang Yahudi yang dianggap pendatang haram (Jewish settlers), mempunyai senjata yang sering digunakan untuk mengugut dan memangsakan orang-orang Palestin -pent.)

Jika mereka mempunyai justifikasi untuk menyerang orang-orang awam Israel, ia hanya terbatas kepada orang-orang Israel yang tinggal di Palestin.

Saya tidak melihat sebarang justifikasi untuk meletakkan Hamas sebagai pihak yang melakukan serangan yang melibatkan operasi yang begitu rumit seperti yang kita lihat di WTC dan Pentagon.

(c) Orang-orang Islam sekular. Orang-orang seperti Saddam Hussein, Ghadafi, PLFP, PLO dan orang-orang seperti mereka yang membebaskan diri dari batas-batas hukum dan gagasan moral Islam lebih menyerupai sifat-sifat orang-orang Russia, Amerika dan Israel yang akan menyerang musuh semata-mata kerana syak wasangka atau membalas dendam secara berlebihan.

Bagaimanapun, atas alasan lain, kita akan melihat berikutnya bahawa mereka tidak mampu melakukan serangan sedemikian.

(d) Orang-orang Israel. Zionis sedunia dan orang-orang Israel tidak mempunyai kawan sebenar di dunia kecuali Amerika, satu-satunya kuasa besar dan sokongan ini semakin hilang dari cengkaman mereka serta menguntungkan umat Islam dan orang-orang Arab.

Pendapat umum Amerika perlahan-lahan beralih dari sokongan tanpa syarat yang membuta-tuli terhadap Israel kepada sikap tidak memihak dan ini menjadikan orang-orang Israel begitu gementar.

Kekalahan Al Gore pada pilihanraya 2000 dahulu sangat mengecewakan orang-orang Israel dan Bush pula menambahkan lagi kekecewaan mereka.

Pertambahan penduduk Islam di Amerika sangat menakutkan zionis. Mereka tahu lambat-laun, orang-orang Islam akan menjadi saingan politik dan ekonomi yang aktif kepada zionis dan ia akan menjadi penghujung sokongan ekonomi, politik dan ketenteraan Amerika terhadap Israel.

Agenda utama orang-orang Israel bukan sahaja untuk menyekat pertambahan jumlah orang-orang Islam di Amerika malah untuk menyekat pengaruh orang-orang Islam.

Dengan menyamakan Islam dengan keganasan dan orang-orang Islam sebagai penjahat, Israel menyangka ia boleh mencapai matlamatnya.

Israel mahu menciptakan ketakutan di dalam jiwa penduduk Amerika apabila mereka mendengar Islam, orang-orang Islam dan Arab. Zionis mahu melihat orang-orang Islam dan Arab diserang dan harta-benda mereka dibakar supaya keadaan seperti yang berlaku ketika orang-orang Sepanyol memburu orang-orang Islam dahulu berlaku semula di Amerika abad kedua puluh satu dan orang-orang Islam sama ada meninggalkan Islam untuk menyelamatkan diri atau dibunuh atau dihalau.

Israel mendapati keganasan di luar Amerika tidak cukup untuk menakutkan orang-orang Amerika. Lantaran itu, adalah perlu untuk melakukan keganasan di bumi Amerika sendiri dan melabelkannya sebagai angkara orang-orang Islam dan Arab.

Saya tetap mempercayai bahawa pengeboman WTC dalam tahun 1993 adalah angkara kejahatan Israel yang mengakibatkan pindaan undang-undang imigresyen dan undang-undang bukti sulit 1996 di Amerika, mengakibatkan sekatan imigresyen ke atas orang-orang Islam dan mencipta suasana takut bagi ke atas sesetengah pihak.

Bagaimanapun, ini tidak mencukupi untuk menyekat pengaruh orang-orang Islam di Amerika dan memerlukan lebih banyak tindakan.

Kemalangan udara di WTC dan Pentagon adalah susulan mereka untuk menakut-nakutkan masyarakat Amerika sehingga mengakibatkan mereka menentang orang-orang Islam dan Arab.

Adalah jelas bahawa orang-orang Israel mempunyai motivasi yang kuat untuk melancarkan serangan-serangan sedemikian dan melabelkannya ke atas orang-orang Islam dan Arab.

Malah, itulah satu-satunya cara yang tinggal untuk keselamatan diri mereka dan mengekalkan Amerika sebagai pelindung mereka.

2. TEKNOLOGI DAN PENGETAHUAN SAINS: Kejayaan melakukan serangan udara sedemikian memerlukan begitu banyak pengetahuan teknologi dan sains.

Seperti yang dikatakan oleh media, pesawat-pesawat penumpang yang besar mempunyai butang untuk mengumumkan perampasan. Butang itu tidak ditekan di dalam ketiga-tiga kes, kenapa tidak?

Jika perampas berada di dalam bahagian depan kapal terbang (cockpit) dan mengacukan senjata api ke arah juruterbang, bolehlah diterima bahawa juruterbang akan mematuhi arahan mereka dan melanggar bangunan-bangunan berkenaan di bahagian yang memusnahkannya tanpa cuba mengelak sasaran.

Jika perampas menarik juruterbang dari tempat duduknya dan memandu sendiri, ia memerlukan pengetahuan untuk memandu pesawat penumpang dan melanggar sasaran secara tepat di bahagian yang memusnahkannya.

Mereka memerlukan bukan seorang tetapi sekumpulan juruterbang untuk memandu empat pesawat.

Siapa yang mempunyai kemampuan melainkan orang-orang Israel yang mempunyai petualang-petualang zionis yang menjadi pekerja di syarikat-syarikat Amerika dan bersedia melanggar sasaran di bahagian yang memusnahkan tanpa menyedarkan sesiapa pun dan tanpa menggunakan butang amaran apabila berlakunya rampasan.

Terdapat kemungkinan bahawa perampas-perampas itu adalah orang-orang yang biasa dengan anak-anak kapal dan juruterbang, dan dengan itu, apabila mereka memasuki cockpit tidak ada bantahan atau kecurigaan berlakunya keganasan.

Adalah dilaporkan bahawa perampas-perampas menutup transponders di cockpit dan mungkin juga kotak hitam yang akan memberi isyarat mengenai identiti mereka.

Melanggar bangunan-bangunan yang disasarkan memerlukan pengetahuan yang tepat tentang di bahagian manakah bangunan itu boleh dibinasakan dengan mudah untuk mengakibatkan kemusnahan yang maksimum.

Kita tahu bahawa orang-orang Israel dan petualang-petualang zionis mempunyai kemudahan untuk mengetahui tentang bangunan itu dan amat tahu mengenainya.

Selain itu, pengganas-pengganas memerlukan pengetahuan tentang sistem radar dan lubang-lubang di dalam sistem itu supaya mereka boleh memandu pesawat itu keluar dari koridor penerbangan yang telah ditetapkan tanpa dikesan.

Ini memerlukan pengetahuan dalaman sistem tersebut.

New York yang merupakan bandaraya yang didominasikan oleh petualang-petualang zionis mempunyai pengetahuan yang boleh mereka perolehi dan kesediaan untuk digunakan.

3. KERJASAMA DAN PENYELARASAN: Kejayaan pelanggaran dengan menggunakan tiga pesawat penumpang di dalam masa dua jam ke atas tiga sasaran, dua darinya jauh beberapa ratus batu memerlukan kerjasama dan penyelarasan yang terlalu meluas.

Ia mesti dilakukan seolah-olah satu operasi tentera. Tindakan itu memerlukan terlalu banyak maklumat dalaman, yang tidak boleh diperolehi oleh mana-mana kumpulan pun melainkan petualang-petualang zionis Amerika.

Lebih penting lagi, tindakan menaiki pesawat penumpang dengan senjata atau orang dalam yang naik tanpa senjata, pengetahuan tentang sistem radar dan lubang-lubang di dalamnya, penyusunan masa tiga serangan berbeza memerlukan penyelarasan yang bukan sedikit.

Satu-satunya pihak yang boleh merancang, menyelaras dan melaksanakannya dengan sebegitu sulit ialah zionis Amerika dan orang-orang Israel.

Saya pasti terdapat ramai zionis yang berkerja di dalam sistem radar, berkerja sebagai juruterbang di dalam kesemua syarikat penerbangan perdagangan, berkerja di dalam sistem keselamatan dan seterusnya.

Hamas, Osama dan Taliban atau mana-mana kumpulan pun tidak mempunyai kecanggihan yang diperlukan untuk melakukan operasi tersebut.

Dalam masa dua puluh tahun lalu Israel dan zionis mempunyai dua pentadbiran Amerika yang begitu rapat dan berkerjasama dengan orang-orang Israel, iaitu pentadbiran Reagan dan pentadbiran Clinton-Gore.

Kedua-dua Bush tidak dilihat oleh zionis sebagaimana yang mereka mahukan.

Hakikat bahawa Bush II telah mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan orang-orang Islam dan Arab telah menakutkan orang-orang Israel dan mereka mahu memaksa Bush bertindak menyusahkan orang-orang Islam.

Israel berharap serangan yang dilakukan itu akan membolehkan mereka mencapai matlamat itu.

Dunia tidak akan dapat menangani keganasan sehinggalah orang-orang Israel dimasukkan sebagai orang-orang yang disyaki di dalam dunia keganasan dan aktiviti mereka dibanteras.

Keganasan negara yang dilakukan oleh Israel di Palestin begitu diketahui umum tetapi tidak begitu diiktiraf. Dunia seharusnya tampil untuk mempertanggungjawabkan kesalahan ke atas pihak yang bertanggungjawab - iaitu Israel.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com