Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rakyat China gembira AS diserang

Oleh : SIGIT WIDODO

Keganasan yang melanda Amerika Syarikat (AS) 11 September lalu disambut gembira oleh masyarakat di beberapa negara. Antaranya komuniti siber China yang baru-baru ini melakukan perang siber melawan negara kuasa besar ini. Demikian dilaporkan majalah perniagaan Business Week Online, Isnin 17 September 2001.

Rabu 12 September, sehari selepas serangan kamikaze memusnahkan menara berkembar World Trade Center di New York dan satu sisi Pentagon di Washington, kalangan cyberchatter China menyatakan kegembiraan. Menurut mereka, AS layak menerima keganasan tersebut.

Komuniti siber di China membandingkan keganasan tersebut dengan serangan AS terhadap kedutaan besar China di Belgrade pada 1999 dan pencerobohan pesawat perisik AS ke China yang menyebabkan kematian seorang juruterbang tentera udara China. Bilik sembang pada pelbagai portal utama, seperti Sina.com dipenuhi mesej-mesej yang mengkritik AS.

“Pesawat? Kenapa tidak bom atom?” kata salah satu mesej di bilik sembang tersebut.

Menurut seorang ahli sains politik di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, David Zweig, sentimen anti-Amerika ini wujud dikalangan kelompok yang cukup berpengaruh di China. Menurutnya, bukan sebarangan orang di China memiliki akses ke internet.

“Mereka merupakan sebahagian dari elit China di masa akan datang,” ujar Zweig.

Sentimen anti-Amerika ini timbul di banyak negara berikutan sikap negara kuasa besar itu bertindak sebagai polis dunia.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com