Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Fail Lama 28 Januari 2001: Khir Toyo gila tanah

Oleh : SB UMNO

Kerakusan MB Selangor Khir Toyo terserlah sudah.Kerakusan membolot harta rakyat bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat tetapi diakui sendiri oleh pemimpin Umno. Belum pun sampai mencecah setahun memegang jawatan MB tetapi kerakusan memperkaya kroni dalam Pemuda Umno terutama AJK pemuda Tg.Karang sangat ketara.

Ramai ahli Umno khususnya AJK Umno Bahagian Selangor telah mendapat maklumat bahawa jika ingin menjadi OKB atau jutawan segera perlulah mendekati dan berkongsi dengan AJK Pemuda Tg.Karang ketika membuat permohonan tanah dan projek besar dalam Selangor.Khir Toyo adalah Ketua

Pemuda Tg.Karang. Sekarang ini pun muncul OKB, seorang AJK Pemuda T.Karang, Jamil R yang telah mendapat habuan tanah di Gombak dan telah dijual dengan harga RM 1 juta kepada taukeh Cina.

Khir Toyo juga telah meluluskan permohonan tanah di Ampang kepada Masloro dan tauke Cina. Dan banyak lagi tanah dan projek di Selangor akan diberikan kepada AJK pemuda Tg.Karang dan sudah pasti Khir Toyo selaku ketua ada bahagiannya. Jika tidak manakan mampu beliau merasuah ketua -ketua bahagian UMno sebanyak RM 100,000 .00 seorang.

Juga adik Khir Toyo,Nasir seorang guru di sekolah Tg.Karang telah mencanangkan kepada kawan-kawannya bahawa dia moleh mendapatkan projek daripada abangnya MB Selangor dengan syarat bahagian dia dan abangnya sebanyak 10 peratus.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com