Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sah, taukeh Cina bekas tuan rumah Khir Toyo yang dianugerahkan "projek RM4.5 juta untuk 1 km jalan merentasi bendang"

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Merujuk isu pembinaan jalan merentasi bendang di Sungai Panjang, kawasan yang diwakili Datuk Seri Menteri Besar Selangor, sejauh 20.5km, berharga RM92.5 juta, atau RM4.5 juta satu km.

Sudah dimaklumkan bahawa projek mewah dan tidak munasabah itu dianugerahkan kepada Meram Holdings yang mempunyai tiga rekod buruk, dan reputasi buruk di kalangan sub-kontraktor.

Carian dengan Pendaftar Syarikat Malaysia mendapati, syarikat yang beralamat di A-205, No 11 Jalan Sepadu, United Garden, Kuala Lumpur itu mempunyai dua orang pengarah, iaitu R Azmi Mohd Yusof, Kelang, dan Saipul Anuar Abu Bakar, Seksyen 19, Shah Alam. Bagaimanapun, dalam kes pembinaan Sekolah Menengah Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Kelang, yang mana syarikat ini telah diberikan notis tamat kerja pada 22 Jun 2001 kerana hanya menyiapkan 43% sahaja, sedangkan pada tarikh itu sepatutnya dia telah menyiapkan kesemuanya, seorang lagi nama muncul iaiatu Dato' Mohd Taufik Yap Abdullah.

Tapi, apa yang lebih menarik ialah projek gajah putih merentasi bendang di Sekinchan itu mempunyai beberapa nama syarikat lain, selain Meram. Antara yang paling menonjol ialah syarikat Cabaran Wangsa Sdn Bhd. Carian kami menunjukkan lembaga pengarahnya terdiri dari tiga orang, dua Cina seorang Melayu. Seorang dari Cina itu ialah bekas tuan rumah yang mana Khir Toyo pernah menyewanya di Sekinchan. Taukeh Cina ini mempunyai sebuah kedai papan di sini.

Khabarnya Khir Toyo meminta lebihkurang RM20 juta tunai daripada Cina ini. Sebab itu projek berkenaan lambat sedikit untuk dimulakan kerana taukeh Cina itu menghadapi masalah mencari wang sebanyak itu. Nama-nama lembaga pengarah Cabaran Wangsa akan disiarkan kemudian. Di sana ada analisis lain yang lebih menarik bagaimana korupsi disyakki berlaku.

Di bawah Cabaran Wangsa ada dua subkontraktor, yang mengendalikan kerja-kerja tanah, termasuk rawatan tanah, soil improvement, iaitu Wah Construction dan Harta Jaya Sdn Bhd.

"Projek hampir RM100 juta untuk 20km jalan merentasi bendang ini melibatkan banyak pihak, yang semata-mata untuk mengaut duit saja. Sebab itu, walaupun kami antara pakar mengenai kerja-kerja tanah, tapi kami tak berani buat projek ini. Takut akhirnya tersangkut nanti, kontraktor tak bayar sebab banyak lapisan sangat yang menanti untuk mengautnya. Lagi pun banyak sbkontraktor tahu siapa Meram Holding, cukup liat nak bayar duit orang," kata seorang kontraktor Melayu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com