Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mengapa Negara Islam dituduh pengganas?

Oleh : UTUSAN PULAU TAWAR

Kerajaan Komunis China telah menggelek beribu-ribu pelajar pro demokrasi sehingga mati dengan menggunakan kereta kebal di Medan Tiannanmen dalam usahanya untuk membendung kebangkitan gelombang demokrasi di China. Apakah reaksi Amerika Syarikat dan sekutunya? Mengapa tidak dibuat suatu pakatan untuk menentang keganasan yang dilakukan oleh China sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ketika berhadapan dengan Osama Bin Laden?

Bukti yang menunjukkan Kerajaan Komunis China membunuh beribu-ribu orang pelajarnya cukup jelas dan ianya dapat disaksikan di kaca TV sedangkan pembabitan Osama Bin Laden di dalam serangan ke atas WTC dan Pentagon masih lagi samar. Kini Kerajaan Taliban pula dijadikan sasaran terbaru Amerika Syarikat kerana dituduh cuba melindungi Osama Bin Laden. Apakah muslihat Amerika Syarikat sebenarnya? Amerika Syarikat pasti akan menyerang China sekiranya rakyatnya yang terkorban digelek kereta kebal di Medan Tiannanmen dan ini membuktikan nilai nyawa seseorang manusia berbeza pada kacamata Amerika Syarikat.

Situasi yang sama juga berlaku di Timur Tengah apabila Rejim Yahudi sewenang-wenangnya melakukan keganasan dan penindasan ke atas rakyat Palestine. Boleh dikatakan hari-hari ada sahaja rakyat Palestine yang dibunuh oleh Rejim Yahudi ini. Malah Amerika Syarikat masih lagi membela setiap tindakan yang dilakukan oleh rejim Yahudi dengan membekalkan rejim keparat itu senjata-senjata canggih sehingga telah menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada negara-negara Islam terhadapnya. Implikasinya, sikap double standard Amerika Syarikat ini telah menimbulkan perasaan anti Amerika Syarikat yang cukup kuat di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Amerika Syarikat seperti tidak mahu mengakui kesalahannya itu adalah berpunca daripada kelemahan dasar luarnya terhadap negara-negara Islam khususnya yang melibatkan isu Palestine dan rejim Yahudi. Sebaliknya Amerika Syarikat terus menuding jari dan menyalahkan Osama bin Laden serta pertubuhan Al Qaeda yang dipimpinnya. Amerika Syarikat dan sekutunya juga telah mengumpulkan armada tenteranya untuk menyerang Afghanistan. Nampaknya perang alaf baru semakin hampir dan menjadi kenyataan.

Malah Amerika Syarikat turut melibatkan kerajaan Taliban di dalam persengketaannya dengan Osama Bin Laden. Kerajaan Taliban telah dipersalahkan kerana cuba melindungi Osama Bin Laden Pada waktu yang sama Amerika Syarikat telah mengadakan kerjasama dengan Raja Zahir Shah dan Kerajaan Afghanistan di dalam buangan atau lebih dikenali dengan Pakatan Utara(Northern Alliance) bagi menjatuhkan kerajaan Taliban di Afghanistan. Persoalannya ialah apakah Amerika Syarikat hendak menangkap Osama Bin Laden ataupun menakluki Afghanistan dan menubuhkan sebuah kerajaan boneka di sana?

Hakikatnya George W. Bush sekadar ingin meneruskan Order Baru Dunia yang diasaskan oleh ayahandanya Presiden George Bush. Agenda Order Baru Dunia adalah untuk menguasai dunia secara keseluruhan dan meletakkannya di bawah penguasaan Amerika Syarikat. Kata dua yang diberikan oleh George W. Bush kepada setiap negara sama ada menyebelahi Amerika Syarikat ataupun pengganas menjadi bukti kukuh tentang hasrat Amerika Syarikat untuk melaksanakan Order Baru Dunia. Kelak, konsep Order Baru Dunia ataupun New World Order akan memisahkan dunia kepada 2 blok iaitu blok Amerika Syarikat dan sekutunya dan blok negara-negara Islam yang dilabelkan sebagai pengganas.

Berakhirnya Perang Dingin dan runtuhnya empayar Soviet Union telah meninggalkan Dunia Islam sebagai saingan terkuat Amerika Syarikat untuk menguasai dunia. Lebih-lebih lagi dengan kebimbangan Amerika Syarikat bahawa akan wujud sebuah empayar Islam yang gagah perkasa meliputi wilayah Kashmir, Pakistan(mempunyai senjata nuklear), Afghanistan, negara-negara Islam Asia Tengah iaitu Kazakstan(negara ke 3 terbanyak simpanan senjata nuklearnya di dalam Kesatuan Soviet Union), Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan negara-negara Islam di rantau Caucacus iaitu Chechnya, Ingushetia, Ossetia, Dagestan dan lain-lain lagi, Turki serta wilayah Xinjiang di China. Oleh itu, Order Baru Dunia ini diharapkan akan dapat mencantas kebangkitan Islam sebagai sebuah empayar terbesar dan terkuat di dunia.

Sehingga kini Amerika Syarikat dan Britain telah meyerang Iraq sebanyak 3 kali di zon larangan terbang. Tidak mustahil selepas ini Iran, Libya, Syria, Lubnan, Sudan dan negara-negara Islam yang dituduh sebagai pengganas akan diserang oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Hasrat Amerika Syarikat untuk menghalang kebangkitan Islam tidak akan tercapai kerana akan tiba masanya Islam akan bangkit dan menjadi kuasa besar dunia biarpun Amerika Syarikat berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Islam yang memerintah secara kuku besi dan bacul seperti Dr Mahathir, Megawati, Pervez Musharraf, Husni Mubarrak, Islam Karimov dan sebagainya.

Di Malaysia pula Wira Dunia Ke 3 " bertelur sebiji riuh sekampung" setelah menerima panggilan telefon daripada Presiden George W. Bush. Barangkali negara kita akan cuti selama 3 hari apabila George W. Bush datang melawat Dr Mahathir. Sebelum ini Dr Mahathir pernah menerima panggilan telefon daripada James Baker, orang kanan Presiden George Bush yang juga merupakan ayahanda George W. Bush ketika Amerika Syarikat cuba mendapatkan sokongan PBB untuk menyerang Iraq.

Ketika itu Malaysia merupakan negara anggota Majlis Keselamatan PBB dan tanpa berlengah lagi Dr Mahathir terus menyokong usul Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq. Sepatutnya, Malaysia boleh mengambil sikap berkecuali memandangkan rata-rata rakyat Iraq beragama Islam. Implikasinya berlakunya Perang Teluk dan sehingga kini 500-600 ribu rakyat Iraq telah terkorban dan sekatan ekonomi masih lagi dikenakan oleh PBB ke atas Iraq.

Media-media arus perdana pengampu kerajaan pula sinonim dengan CNN menjadi alat propaganda Amerika Syarikat mengadakan perang psikologi untuk memburuk-burukkan kerajaan Taliban. Sifat penakut yang ada pada diri Dr Mahathir menjadi punca mengapa beliau menyokong Amerika Syarikat menyerang kerajaan Taliban. Lebih-lebih lagi Amerika Syarikat adalah merupakan pelabur terbesar di Malaysia. Tidak mustahil kelak Dr Mahathir akan berpaling tadah menyokong kerajaan Taliban apabila kerajaan Taliban berjaya menundukkan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Hakikatnya Amerika Syarikat tidak akan merasa senang hati apabila ada negara-negara Islam yang cuba melaksanakan Hukum Islam atau menubuhkan Islamic State. Buktinya, Amerika Syarikat telah menyenaraikan 15 pertubuhan di Malaysia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Pertubuhan Al Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Laden. Dipercayai PAS, ABIM, JIM, PUM, GAMIS turut tersenarai di antara 15 pertubuhan tersebut dan ini akan memudahkan lagi usaha Dr Mahathir untuk menumbangkan musuh-musuh politiknya. PAS serta lain-lain pertubuhan Islam perlu sentiasa bersedia dan berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penganiayaan Dr Mahathir kelak.

Kezaliman yang dilakukan oleh Dr Mahathir ke atas musuh-musuh politiknya sudah lama diketahui umum. Pergolakan di dalam UMNO ketika parti itu diterajui oleh Dr Mahathir telah menyaksikan wujudnya parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46 dan Keadilan. Apakah layak Dr Mahathir bercakap tentang perpaduan sedangkan UMNO yang dipimpinnya mengalami krisis dalaman yang cukup parah? Beliau memang cukup layak untuk bercakap tentang perpecahan. Cadangan supaya beliau dianugerahkan gelaran Bapa Perpecahan Negara wajar dipertimbangkan.

Pemimpin diktator dan gila kuasa seperti Dr Mahathir tidak keberatan untuk meletakkan Malaysia ke kancah perang saudara. Kesannya rakyat semua akan menderita apabila negara kita terlibat di dalam kancah perang saudara. Wajarlah kepada ahli-ahli politik supaya mengambil pendekatan berhati-hati dan bijaksana serta tidak cuba memainkan sentimen perkauman dan agama seperti yang dimainkan oleh MCA, Gerakan, DAP mahupun UMNO sendiri.

Kini, seorang pemimpin pelajar yang tamak kuasa, Steven Doss lebih sudu daripada kuah apabila cuba mencampuri hal ehwal umat Islam di Afghanistan dengan terang-terangan menuduh Osama Bin Laden terlibat dengan insiden serangan ke atas WTC dan Pentagon biarpun masih belum ada bukti yang jelas untuk mengaitkan pembabitannya di dalam insiden tersebut. Sepatutnya beliau dibuang negara dan ditarik kerakyatannya kerana negara tidak memerlukan rakyat sepertinya. Tidak mustahil tindakannya yang suka bermain dengan api akan mengundang padah kepadanya apabila penyokong-penyokong Osama Bin Laden akan mengambil tindakan ke atasnya dan mereka yang berfikiran sepertinya. Ingat! air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Sudah menjadi kebiasaan bagi UMNO mempergunakan wanita untuk menjatuhkan musuh-musuhnya. Kini, giliran Wan Nor Hayati pula berperanan untuk menjatuhkan PAS setelah Ummi Hafilda berjaya di dalam misinya untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nampaknya Wanita UMNO tidak ketandusan ahli-ahlinya yang berkaliber. Barangkali Hishamuddin perlu menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh Wanita UMNO di dalam usaha untuk menaikkan semangat juang dan motivasi diri serta martabatnya di dalam Pemuda UMNO.

Orang kanan UMNO iaitu MCA juga sedang bergolak ekoran krisis dalaman di antara Ling Liong Sik dengan Geng Berlapan yang diketuai oleh Lim Ah Lek. Lebih parah lagi apabila salah seorang daripada Geng Berlapan yang juga Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng telah dipecat daripada jawatan Pengerusi MCA Negeri Kedah oleh Ling Liong Sik. Usaha Geng Berlapan untuk menjatuhkan Ling Liong Sik semakin sukar kerana Dr Mahathir sendiri turut menyebelahi beliau. Di dalam politik, sesuatu yang mustahil boleh bertukar menjadi tidak mustahil. Musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh.

Oleh itu Geng Berlapan perlu menggunakan pendekatan yang bijaksana dengan cuba memujuk orang kuat Ling Liong Sik sama ada Ong Ka Ting ataupun Ting Chew Peh untuk menyertai kemnya. Usaha Geng Berlapan untuk menjatuhkan Ling Liong Sik akan menjadi lebih mudah apabila kedua-duanya menyokong mereka. Selepas itu Geng Berlapan hanya perlu berusaha meraih sokongan daripada Ng Yen Yen pula. Jika semua ini berhasil, Ling Liong Sik akan berjaya ditumbangkan di dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi MCA kelak. Sama-samalah kita nantikan persaingan yang menarik di dalam MCA ini.

Kita hampir terlupa terhadap insiden yang menimpa Allahyarharmah Zairul Suzilla bt Mustapha kerana kesibukan kita semua kepada masalah politik negara dan ura-ura serangan ke atas Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Menurut laporan polis, Allahyarharmah, seorang pelajar berusia 17 tahun dipercayai telah dicabul sebelum di bunuh. Sebelum ini Allahyarharmah Noor Suzaily bt Mukhtar telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarharmah Zairul Suzilla dan kepada keseluruhan rakyat Malaysia marilah kita sama-sama berdoa agar penjenayah yang keji itu berjaya ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Cuma apa yang agak menghairankan kita semua ialah media arus perdana pengampu kerajaan kecuali akhbar The Star seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV 3 dan lain-lain lagi kurang memberikan liputan berita tentang insiden yang menimpa Allahyarharmah Zairul Suzilla sedangkan insiden yang menimpa Allahyarharmah Noor Suzaily diberikan liputan yang meluas. Perubahan sikap media massa arus perdana pengampu kerajaan telah menjadi tanda tanya kepada rakyat semua. Persoalannya ialah apakah ini menunjukkan media massa pengampu kerajaan lebih mengutamakan kepentingan individu tertentu jika dibandingkan dengan kebajikan rakyat.

Utusan Dari Pulau Tawar






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com