Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Malaysiakini tidak sensitif perasaan umat Islam?

Oleh : Al-Malaysiakuno.kom

Nampaknya walaupun jet-jet AS tidak menyerang Malaysia namun agen-agennya sedang giat menyerang minda rakyat Malaysia secara halus.

Ketika Amerika dan Britain mengebom Afghanistan dan membunuh umat Islam, terdapat usaha-usaha untuk memastikan rakyat Malaysia merestui akan pengeboman itu.

RTM terutamanya cuba menggambarkan AS sebagai hendak menghapuskan Taleban sahaja. Di masa yang sama RTM bersungguh-sungguh cuba hendak memburukkan Taleban seolah-olah Taleban itu lebih kejam dari Yahudi.

Stesyen TV itu berusaha agar rakyat Malaysia berkata, "Bom Afghanistan tak apa, mereka kan jahat, lebih jahat dari Yahudi".

Di cyberspace pula, Malaysiakini yang kononnya nampak bebas tetapi pada hakikatnya secara halus memberi publisiti yang baik kepada Amerika dan Barat.

Terdapat beberapa artikel yang mengecam mereka yang mengutuk serangan Amerika itu. Salah satu artikel itu datangnya dari dari Amerika sendiri.

Ini seolah-olah Malaysiakini juga merestui serangan dan pembunuhan umat Islam.

Laman web ini langsung tidak sensitif kepada perasaan umat Islam di Malaysia. Kalaupun hendak berfikiran secara-terbuka, janganlah memperlekehkan rakyat Afghanistan yang sedang mati dibom bertubi-tubi kali.

Malaysiakini pernah dituduh menerima wang dari luar negara termasuk dari Amerika. Dengan sokongan secara halus kepada Amerika di dalam perang di Afghanistan maka sahihlah Malaysiakini merupakan boneka Barat.

Berita parti-parti alternatif yang disiarkan hanyalah sebagai umpan. Niat sebenarnya adalah memberi laluan kepada Barat untuk mencapai minda rakyat Malaysia.

Dan Malaysiakini telah banyak kali menghina Islam menerusi artikel-artikelnya.

Saya tidak menyokong Taliban tetapi saya rasa sesiapapun akan marah apabila mendapati terdapat stesyen TV dan laman web di Malaysia yang menjadi alat Amerika dan Yahudi ketika umat Islam sedang dibunuh.

Al-Malaysiakuno.kom
10 Oktober 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com