Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


‘Percayakah dunia Islam dengan dakwaan bahawa kita hanya memburu Osama’

Oleh : ROBERT FISK

KEKUASAAN ketenteraan yang paling hebat di dunia sekarang memulakan serangan bedilan ke atas negara Islam yang paling mundur, paling teruk sekali. Tidak kira berapa banyak roti yang dijatuhkan bersama-sama dengan bom kita, akan adakah seorang Muslim yang merelakannya?

Adakah mungkin, adakah dapat dipercayai yang peluru-peluru berpandu tercanggih kita tidak akan membunuh orang-orang yang tidak berdosa seperti mana ia tidak dapat membunuh orang yang bersalah di Afghanistan? Kita boleh kata yang kita menghukum Osama bin Laden. Kita mungkin mempercayainya. Tetapi percayakah dunia Islam?

Terdapat banyak cakap-cakap tentang pakatan-pakatan ini dalam empat minggu lepas tetapi ia bukanlah pakatan yang melibatkan negara-negara Islam kecuali Pakistan, Arab Saudi dan pemerintahan diktator kecil di Uzbekistan yang diheret bersama mereka.

Tidak ada juruterbang Arab Saudi dan Kuwait dalam pengintipan waktu malam ke atas Afghanistan. Ini bukan pakatan Barat-Islam. Ini adalah Barat sendiri, mengebom negara Islam yang taraf hidupnya menyamai Zaman Pertengahan dahulu.

Pengeboman itu, saya agak, dilancarkan pada waktu siaran perdana televisyen. Tetapi tidakkah kita memikirkan betapa seriusnya yang bin Laden dan kroni-kroninya akan berhadapan dengan semua itu?

Presiden George Bush bercakap tentang operasi “bertahan, komprehensif dan tanpa belas kasihan”. Tetapi ke manakah arah tujunya?

Bagi sesiapa di kalangan kita yang masih ingat pada permulaan Perang Kosovo atau permulaan serangan bedilan melalui udara ke atas Iraq, akan mengingati betapa kita dijanjikan yang musuh-musuh kita boleh merayu untuk keamanan dalam masa beberapa hari sahaja. Tetapi ia tidak berlaku dan Taliban, raksasa yang dicipta oleh dua kawan-kawan dari ‘Pakatan’ kita, Pakistan dan Arab Saudi, kelihatan seperti tidak akan meletakkan senjata-senjata mereka.

Sudah tentu kita akan melancarkan peluru perpandu dan menjatuhkan bom sekurang-kurangnya di dua belas buah kem latihan bin Laden. Itu tidak susah. Lagipun kita atau lebih tepatnya CIA yang membinanya untuk bin Laden dan komrad-komradnya 20 tahun yang lalu.

Dengan memperuntukkan lebih banyak masa dan kerja, kita mungkin dapat mengumpulkan dengan cepat pakatan yang lebih besar tetapi apa yang kita lakukan sekarang ialah mendorong kepada kemuncak budaya jihad.

Persoalannya, bukanlah berapa banyak bom yang telah kita gugurkan beberapa malam yang lepas atau hari ini, tetapi di mana serangan akan muncul dalam masa 24 jam akan datang. Kerana Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan terletak di zon tektonik politik yang paling bahaya di dunia.

Benar. Bush telah membuat yang terbaik untuk mendapatkan bekalan makanan, menggesa bantuan kemanusiaan ke dalam pakej bom-bom dan pemburuan manusia.

Seperti biasa kita diberitahu yang orang-orang Afghan bukan musuh kita. Itulah juga yang kita kata sebelum kita mengebom Iraq pada 1991. Dan itu jugalah yang kita kata sebelum kita bom Libya pada 1985.

Dan itulah juga yang Amerika kata sebelum menembak Lebanon pada 1982. Dan sesungguhnya itulah juga ketika kita menembak mereka di Terusan Suez pada 1956. Tetapi adakah orang Islam akan percaya?

Dan sebagai nota tambahan kepada saat-saat suram di dalam sejarah abad ke 21 ini, adakah kita membentuk sebarang proses penghakiman, mahkamah, perundangan untuk mempastikan orang-orang yang jahat dihukum berdasarkan undang-undang? Ini adalah jawapan yang mungkin tidak dapat kita perolehi daripada pemimpin-pemimpin kita dalam masa beberapa hari lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com