Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Jika negara melindungi penjenayah perlu dibom, Amerika wajar diserang segera

Oleh : NOAM CHOMSKY

Respons AS (Amerika Syarikat) dan UK (United Kingdom) setakat ini seperti yang telah dijangka. Laporan mengenai serangan dengan peluru berpandu jarak jauh dan pesawat pengebom serta pengguguran makanan di kawasan yang tidak dikuasai Taliban, seperti satu usaha PR untuk menunjukkan tidak ada yang cuba disembunyikan.

Serangan kelihatan dirancang di luar dunia Islam, mungkin untuk mengelakkan protes. Tetapi tidak pasti sebenarnya apa pendapat ramai (di dunia Islam). Begitu kecil kemungkinan mood itu akan dilaporkan dalam akhbar Boston Globe dengan tajuk “Serangan AS disambut dengan tentangan,” dengan memetik seorang pelayan di Mesir sebagai berkata, “Beri makanan kemudian bunuh? Gila saya memikirkannya.”

Saya terkejut melihat betapa lemah bukti yang dikemukakan oleh AS, yang disampaikan melalui Tony Blair. Selepas satu usaha penyiasatan antarabangsa paling intensif dalam sejarah, apa yang didapati lebih sedikit yang saya sendiri bayangkan untuk mengaitkan Osama bin Laden dengan jenayah 11 September.

Ini menyokong kesimpulan ramai pakar yang mengatakan dalangnya dari rangkaian yang tidak berpusat, mungkin tidak memiliki komunikasi yang sempurna dan amat sukar untuk ditembusi. Dakwaan terhadap Taliban tidak wujud langsung: Sekiranya melindungi pengganas yang disyaki merupakan satu kesalahan yang perlu dihukum dengan pengeboman, bermakna sebahagian besar dunia, termasuk AS perlu segera dibom. Ini terlalu jelas untuk dikomen.

Kita tidak tahu sama ada tawaran Taliban untuk berunding dan memindahkan Osama bin Laden serius kerana pihak Barat terus menolaknya kerana telah bertekad untuk mengebom Afghanistan, sesuatu yang dilakukan secara tradisi tetapi disorok melalui pemalsuan sejarah. Penipuan kisah lampau secara sistematik membawa banyak kesan buruk seperti kita lihat hari ini.

Masih banyak negara yang telah menghadapi keganasan lebih buruk dari 11 September yang cuba mencari penyelesaian berdasar undang-undang. Malangnya cara begini tidak dipertimbangkan langsung. Saya juga tidak melihat duluan yang wajar dan tidak kontroversi disebut di arus perdana, disebabkan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang diveto oleh AS.

Ini semua tidak diketahui ramai, dan merupakan satu kejayaan revisionism sejarah yang mengejutkan (George) Orwell. Ia juga dilihat sebagai satu kejayaan ideologi yang besar seperti yang dilihat di media hari ini.

Mustahil untuk menganggarkan berapa ramai yang telah mati berikutan ancaman pengeboman dan penutupan sempadan Pakistan yang diminta oleh AS (kalau kita boleh mempercayai The New York Times). Selain itu, kegagalan memberi bantuan makanan turut menyumbang kepada jumlah kematian yang tinggi. Saya sangat berharap supaya corak perlakuan tradisi berubah sedikit.

Melainkan ini berlaku, penduduk Afghanistan akan terus menghadapi masa depan yang gelap. Kitaran keganasan mungkin meningkat menjadi lebih buruk, dengan akibat yang sukar untuk difikirkan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com