Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kuasai minyak Asia Tengah agenda AS di Afghanistan

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Berikut adalah fakta-fakta penting yang mengaitkan faktor minyak dengan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan. Serangan ini lebih bermotifkan ekonomi berbanding usaha membasmi pengganas:

Kemenangan George W Bush dan Dick Cheney dikatakan mendapat restu dan bantuan dari industri tenaga (minyak, gas dan arang batu). Sebelum bertanding pada tahun 2000, Cheney pernah menyeru industri minyak supaya menyokong meletakkan mereka yang boleh membantu industri itu di White House. Cheney, selepas George Bush tewas kepada Bill Clinton telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Haliburton Company, sebuah syarikat tenaga yang disenaraikan oleh Oil and Gas Journal pada tahun 2000 sebagai syarikat tenaga ke-24 terbesar, dengan nilai pasaran AS$18.2 bilion.

Pada 28 Mac 2001, Christie Todd Whitman, ketua Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa pentadbiran Bush tidak akan melaksanakan perjanjian alam sekitar Protokol Kyoto. Pengkritik mendakwa tindakan ini disebabkan pengaruh lobi industri tenaga ke atas pentadbiran Presiden Bush. Kempen Presiden Bush dan Cheney dilaporkan menerima lebih AS$100,000 dari sumber-sumber korporat. Selain itu, kabinet Bush juga terdiri dari jutawan yang memperolehi kekayaan dari penglibatan dalam dunia korporat.

Keluarga Bush memperolehi kekayaan dari penglibatan mereka dalam industri minyak. Hubungan rapat Bush Sr dengan industri minyak dan pertahanan (parti Republikan dikatakan berhubung baik dengan pemimpin tentera AS dan industri pertahanan) merupakan satu faktor penting yang mendorong AS menyerang Iraq pada 1991, untuk memastikan bekalan minyak murah dari Timur Tengah.

Oil and Gas Journal melaporkan pada 10 September 2001 bahawa menjelang tahun 2050, 80% bekalan minyak AS akan diperolehi dari Asia Tengah. Menurut jurnal itu, peluang pelaburan dalam produksi, pengangkutan dan penapisan minyak dan gas di Asia Tengah amat luas. Prospek ini juga dinyatakan oleh seorang pakar ekonomi Dr James P Dorian, dalam Oil and Gas in Central Asia and Northwest China. AS sedang beusaha untuk meletakkan rejim-rejim sekular pro-Amerika atau yang patuh terhadap kuasa besar itu supaya akses kepada bekalan minyak di Kaukasus dan Asia Tengah terjamin.

Ketidakstabilan rantau Kaukasus dan Asia Tengah, menghalang syarikat-syarikat minyak AS dari mengeksploit sumber itu. Agensi berita AFP melaporkan terdapat sumber gas yang banyak di padang pasir Pakistan tetapi kawasan tersebut dikuasai puak-puak yang tidak mempunyai hubungan baik dengan kerajaan pusat. Salah satu saluran untuk membawa bekalan minyak keluar ke pasaran luar melalui Chechnya, dan ini lebih tidak diingini pihak barat.

Sumber minyak dan gas di rantau tersebut menyebabkan Kaukasus dan Asia Tengah dianggap sebagai Timur Tengah yang ke-2. AS juga bertujuan menjauhkan negara-negara dirantau tersebut dari pengaruh Rusia dan kuasa lain dan di bawah pengaruhnya. Disebabkan kekuatan cengkaman kumpulan Islam yang tidak selari dengan kehendaknya seperti yang dilihat antaranya di Chechnya dan Afghanistan, AS berusaha memerangi kumpulan-kumpulan ini. Ada dilaporkan AS memusuhi Taliban hari ini kerana gagal mempengaruhi mereka agar mengikut pengaruhnya bekenaan pembinaan dan penggunaan saluran minyak.

Pengaruh dan cengkaman AS yang membolehkan mereka menguasai sumber minyak dan gas di rantau ini boleh memberikan keuntungan yang besar di masa akan datang. Bekalan sumber tenaga dari rantau itu dijangka boleh diperolehi dengan murah kerana penggunaan rendah rantau ini. Minyak dari sini juga dikatakan lebih berkualiti.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com