Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Dilantik pengarah syarikat, 28 Mei, pada umur 20 tahun, kemudiannya pada 4 Julai dianugerahkan tanah 50 ekar di Kuala Langat, macamana ni?

Oleh : AHMAD LUTFI OTHMAN

Saya terkejut bilamana semasa meneliti maklumat yang dihantar kepada saya, dan kemudiannya disahkan di pejabat pendaftar syarikat, terbongkar lagi kes kelulusan permohonan tanah yang membabitkan amalan rasuah Khir Toyo, MB Selangor, yang menunjukkan bagaimana tiga orang pemohon yang cukup muda boleh mendapat tanah yang bernilai tinggi.

Secara logiknya, masakan pemohon yang berumur 19 tahun boleh berjaya mempengaruhi pertimbangan Khir Toyo jika tiada apa-apa hubungan istimewa antara mereka. Sedangkan pemohon lain, naik turun pejabat tanah berpuluh tahun, tak pernah pun fail mereka dipanggil naik oleh Menteri Besar.

Lagipun, tahukah pemohon yang muda belia ini, yang dua dari tiga orang itu ialah wanita, untuk mengisi pelbagai borang, mencari tanah yang kosong dan melalui proses yang cukup merumitkan sebelum kelulusan boleh dibuat.

Saya hampir pasti boleh menuduh mereka bertiga merupakan penama bagi pihak lain yang berkepentingan, yang tentunya rapat dengan Menteri Besar. Tiada sebarang orang boleh mendapat layanan istimewa, yang mana permohonan mereka, dapat diangkat dengan begitu cepat oleh MB ke mesyuarat mingguan Exco.

Cuba bayangkan, pengarah bagi Semaian Bintang Sdn Bhd (lahir pada 13 Mac 1981) dan pengarah bagi Kualiti Anggun Sdn Bhd (lahir pada 22 April 1981), hanya baru dilantik sebagai pengarah bagi syarikat masing-masing pada 28 Mei 2001, pelik ya, kedua-duanya pada tarikh yang sama. Dan alamat bagi kedua-dua syarikat itu juga di lokasi yang sama, Kelang.

Sdr mahu tahu bila mesyuarat Exco meluluskan permohonan tanah di Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat itu, setiap satu syarikat seluas lebihkurang 48 ekar?

Masuk syarikat pada 28 Mei, Exco boleh meluluskannya pada 4 Julai 2001. Cuba kira berapa hari saja proses yang selalunya memakan masa begitu lama boleh diluluskan dengan cukup cepat. Hanya dalam masa lebihkurang sebulan saja!

Saya mohon jasa baik Khir Toyo sebagai pengerusi mesyuarat Exco yang meluluskan semua permohonan tanah ini membuat penjelasan lanjut tentang kebingungan saya ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com