Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


"Ini benar-benar kerja lanun" - Dr Hassan Ali, Ketua Pembangkang di DUN Selangor

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo sedang merangka beberapa strategi bagi menggagalkan usaha PAS dan wakil pembangkang yang lain untuk mengusulkan satu undi tidak percaya kepadanya yang dipercayai akan dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor 30 Oktober ini.

Khir dikatakan dalam keadaan tertekan apabila pelbagai kes salahguna kuasa dan amalan rasuah yang dilakukannya sudah tersebar luas di negeri ini. Ini mengingatkan kembali kepada detik-detik getir bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Abu Hassan Omar, yang terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB selepas hanya beberapa hari DUN Selangor dikejutkan dengan isu salahlakunya, ekoran pendedahan sebuah akhbar tidak berkala, Kritik.

Dalam pada itu, menurut sumber, hubungan Khir dengan Setiausaha Politiknya, Dr Karim menjadi bertambah renggang berikutan pendedahan pelbagai kes salahguna kuasa Khir.

"Ini disebabkan banyak kes-kes itu sebenarnya diusahakan oleh Karim, bagi mengumpulkan sebanyak mungkin wang tunai. Sesetengah kes, Khir pun tidak mengetahuinya.

"Dan jika dilihat penama kepada syarikat-syarikat yang berjaya memhon tanah, sebahagian besarnya adalah orang-orang yang dicari oleh Dr Karim dan mereka sendiri tidak mengetahui bahawa mereka kini telah boleh digelar seorang jutawan kerana memiliki hampir 100 ekar tanah di Selangor," tambah sumber itu lagi.

"Cuba bayangkan, dalam carian kami, terdapat lebih dari lima kes yang mana orang yang menjadi pengarah syarikat RM2.00 yang mendapat tanah itu tinggal di kampung setinggan, rumah kos rendah. Tapi lebih ramai pemohon yang berjaya itu tinggal di sekitar Banting, Sijangkang.

"Kebanyakan mereka tidak tahu pun bahawa mereka pernah memohon tanah dan telahpun berjaya mendapat tanah berharga tinggi itu. Semua kerja-kerja ini dibuat oleh Setpol Khir, iaitu Karim."

"Ia betul-betul seperti kerja lanun," kata Dr Hassan Ali, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor bila isu-isu penyalahgunaan kuasa MB Selangor ini diberitahu kepadanya.

Ya, tepat sekali rumusan Dato Hassan ini, yang juga Naib Presiden PAS: Ia betul-betul kerja lanun yang berlesen, yang secara sewenang-wenangnya merampas hak rakyat. Begitu banyak rakyat Selangor yang kelaparan tanah, termasuk di kawasan Khir sendiri, SUngai Panjang dan kawasan sekitar Tanjong Karang.

Tapi siapa pedulikan rakyat yang benar-benar perlukan kawasan tanah, sekurang-kurangnya untuk membina rumah kediaman yang lebih sempurna. Yang Khir utamakan ialah golongan kroni, sehingga dapat membolot lebih 400 ekar tanah di kawasan strategik, Bukit Cherakah, Shah Alam, hanya dalam satu mesyuarat Exco.

Dan apa yang kami bentangkan hanyalah dari dua mesyuarat Exco. Itu pun dikutip secara rawak. Bayangkan Khir sudahpun mempengerusikan lebih 60 kali mesyuarat Exco, yang pastinya antara kerja utama ialah meluluskan permohonan tanah. Kalau sekali mesyuarat Exco, lebih 500 ekar diluluskan, bayangkan untuk 60 kali mesyuarat Exco itu. Jadi, habislah tanah-tanah di Selangor ini diagih-agihkan sesama kroni.

Habis tanah, Khir dapat strategi kedua, seperti yang dilakukannya dalam pembinaan jalan membelah kawasan bendang di Sekinchan dan Sungai Panjang. Kos yang nilainya tidak sampaipun RM40 juta dinaikkan hingga RM100 juta.

"Sudahlah bagaikan lanun, ia cukup rakus dan pelahap sekali," kata seorang penduduk yang ditemui dekat tapak projek jalan itu di Sekinchan.

"Khir sudah tidak malu-malu lagi apabila dia membincangkan berapa banyak yang mesti dibayar taukeh Cabaran Wangsa (teukeh Cina yang mana Khir pernah menyewa rumahnya dulu), subkontraktor yang mengusahakan projek jalan raya itu dari kontraktor asal, Meram Holdings yang bermasalah besar itu.

"Dan Khir minta bukan sikit-sikit duit, hampir RM20 juta," dakwa bekas pemimpin Umno yang pernah rapat dengan Khir.

Sehubungan itu, dalam satu tinjauan berasingan, ramai di kalangan pimpinan Umno Tanjong Karang yang bergembira bila kes salahguna kuasa Khir disebarkan kepada umum.

Mungkin masing-masing sedang melamun mimpi untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi termasuk, Setiasaha Parlimen di JPM, Noh Omar, yang juga timbalan Ketua Bahagian Umno, Tanjong Karang. Noh sebelum ini bukanlah rapat sangat dengan Khir, tapi selepas Khir jadi MB terpaksalah Noh menunjukkan rasa hormatnya kepada Khir.

Apa pun, tumpuan umum sekarang ialah persidangan DUN Selangor yang dijangka berlangsung selama tiga hari, bermula 29 Oktober ini. Di samping belanjawan 2002 negeri Selangor akan dibentangkan, masa depan Khir juga akan dipertaruhkan.

Tentulah Khir tidak akan mengulangi nasib buruk Abu Hassan dan Mat Taib, tetapi perjalanan politik MB termuda ini akan dihakimi secara sewajarnya. Para penyokong kerajaan pastinya akan menggunakan pelbagai helah bagi menyukarkan pembangkang khususnya Dr Hassan Ali membangkitkan isu kontroversi ini.

Speaker DUN yang dikatakan cukup rapat dengan Khir Toyo itu tentu akan menggunakan kuasa mutlaknya bagi menggagalkan sebarang usaha memadamkan masa depan bossnya.

Namun, apa pun sama-samalah kita tunggu hari persidangan nanti. Detikdaily pun masih menyimpan beberapa isu besar yang membabitkan penyalahgunaan kuasa Khir, yang akan didedahkan secara bersiri nanti.

"Peluru itu tak mudah kita tembak sewenang-wenangnya kepada Khir. Kita simpan satu persatu," kata Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Detikdaily.

"Hari Sabtu lepas, kita telahpun menyiasat bagaimana bentuk rumah orang-orang yang mendapat tanah bernilai tinggi itu. Siasatan kami menunjukkan ada kes yang cukup meragukan. Ada seorang darinya, yang berumur 20 tahun, seorang wanita, mempunyai alamat di rumah pangsa milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di Batu 3, Cheras.

"Bayangkan anak gadis 20 tahun ini mendapat tanah bernilai berjuta-juta ringgit. Soalnya adakah anak gadis ini tahu bahawa dia sudahpun boleh bergelar seorang jutawan muda, dalam usia baru 20 tahun, ataupun dia hanya diberikan pelbagai borang untuk ditandatangani tanpa mengetahui apa sebenarnya di sebalik borang itu?" tambah Lutfi lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com