Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PRM Kutuk Pembakaran Gereja di Segamat dan Sungai Petani

PRM (Parti Rakyat Malaysia) memandang sangat berat terhadap tindakan memusnah/membakar dua buah gereja katolik di Segamat dan Sungai Petani, sebagaimana yang dilaporkan.

Saya merasa sungguh sedih kerana yang saya bimbangkan selama ini sudah berlaku. Kami mengutuk semua yang bertanggungjawab ke atas tindakan yang keji ini. Kami menyeru warganegara dari semua agama dan kaum supaya berwaspada dan jangan diprovokasi untuk bertindak dengan cara melulu mengikut hawa nafsu. Kami merasa terperanjat dan kurang senang kerana pihak polis, seperti yang dilaporkan, sudah mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua peristiwa ini tidak berkaitan dan bukan akibat tindakan golongan ekstremis.

Atas asas apakah, jikalau laporan ini benar, polis membuat kesimpulan ini? Kami menggesa polis supaya membuat penyiasatan yang teliti dan menyeluruh dahulu. Penjenayah yang bertanggungjawab ke atas tindakan tidak bertanggungjawab ini hendaklah diambil tindakan dengan segera mengikut undang-undang. Sangat bahaya bagi negeri kita jikalau tindakan jenayah ini dilakukan oleh ekstremis yang tidak berfikir secara waras kerana telah diprovokasi oleh peristiwa serangan terhadap WTC serta Pentagon dan pengeboman ke atas Afghanistan.

Sungguhpun ada pihak yang menggunakan perkataan seperti “Perang Salib” dan “Perang Sabil”, PRM hendak menegaskan bahawa peristiwa-peristiwa ini tidak tepat dianggapkan sebagai pertarungan di antara dua agama atau peradaban yang bertentangan. Silap sekiranya ada sesiapa yang bertindak dengan tanggapan yang salah.

Sama bahayanya ialah sekiranya, seperti yang disangka oleh sesetengah pihak yang tidak saya setujui sangkaannya, bahawa tindakan jenayah ke atas gereja itu sengaja dilakukan oleh golongan provokasi yang hendak memberikan peluang kepada sesetengah pemimpin dalam pemerintah mengambil tindakan zalim supaya boleh lebih lama berkuasa. Negara kita ini hendaklah bersatu padu dari segi agama dan kaum dalam waktu kemelut ini dan buat selama-lamanya. Seharusnya tidak ada pemimpin atau parti yang akan mengambil kesempatan daripada keadaan sekarang untuk mendapatkan keuntungan politik.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com