Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Hikmah Di Sebalik Larangan Ceramah BA (Tindakan Abu Jahal) - Saifuddin Nasution

Sekatan program oleh pihak kerajaan terhadap semua kegiatan pembangkang akhir-akhir ini sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri demikian menurut YB Saifuddin Nasution Ismail, Adun Lunas yang telah berjaya memecahkan majoriti dua pertiga BN di Kedah.

Sambil membayangkan langkah kerajaan itu adalah serupa seperti langkah yang diambil oleh Abu Jahal ketika Nabi Muhammad saw dan pengikut Islam masih berada di Kota Mekah, beliau berkata dengan halangan itu telah menyebabkan pejuang keADILan di seluruh negara dapat meluangkan masa untuk merancang dan menyusun semula bagi memperkasakan parti di semua peringkat.

"Abu Jahal adalah Pengerusi Ka'bah (ketua negara) ketika beliau menguatkuasakan larangan berceramah di seluruh Kota Mekah. Bagaimanapun, Abu Jahal telah menarik larangan tersebut daripada dikuatkuasakan apabila beliau mendengar kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad (saw) kerana beliau percaya rakyat tidak akan percaya dengan cerita tersebut", katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong.

Ternyata perkiraan pihak kerajaan bahawa dengan larangan itu akan melemahkan gerakan dan tentangan rakyat terhadap penyelewengan yang mereka lakukan adalah meleset.

"Baru-baru ini BA telah berjaya mengadakan program bersifat berkelompok antaranya acara lawatan dari rumah ke rumah di sembilan kawasan berasingan secara serentak di seluruh Kedah. Mereka gagal mengesan pergerakan kita dan ini dapat merapatkan lagi kerjasama di kalangan penggerak BA", beliau berkata demikian ketika berucap di rumah Presiden keADILan pada Jumaat 19 Oktober yang lalu.

Di dalam ceramah yang sama, beliau turut mengimbau kembali kenangan bermulanya gerakan rakyat yang telah dimulai di rumah tersebut. Beliau berharap pejuang keADILan dan BA agar dapat mengambil kesempatan dari kelalaian pihak lawan hasil larangan itu.

"Pemimpin BN berharap mereka akan dapat tidur lena berikutan langkah melarang ceramah ini dan kita tidak akan berdiam diri kerananya".

Sementara itu ketika ditemui, Tuan Haji Salleh (Penyair Reformasi yang aktif dengan kegiatan baca puisinya) di dalam majlis yang sama memberitahu bahawa satu program baca puisi akan pada minggu hadapan. Beliau memohon kerjasama semua untuk menghebahkan program tersebut, seperti berikut:-

Program : MALAM BACA PUISI

Masa : 8:30 malam

Tarikh : 24 Oktober 2001 (Rabu)

Tempat : NN Gallery,
Taman Ampang Hilir,
Ampang, Selangor.

Oleh: Enot Sabah (21.10.01)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com