Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pemuda PAS serah memo bantah perang

Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Lebih 50 anggota Pemuda PAS dengan diketuai oleh ketuanya, Mahfuz Omar menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika bagi membantah usaha Amerika untuk menyerang Afghanistan.

Memo itu diserahkan oleh Mahfuz dengan diiringi oleh Ketua Penerangannya Mohamad Hanipa Maidin dan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh.

Mereka membantah rancangan Amerika itu kerana orang awam yang akan menjadi mangsa serangan itu dan tidak akan menyelesaikan masalah yang ada.

"Sepatutnya Amerika mencari sebab dia diserang dan bukannya penyerangnya," kata beliau kepada wartawan.

Katanya, Pemuda PAS akan terus berusaha untuk memujuk negara-negara anggota OIC agar jangan bersekongkol dengan Amerika dalam serangan itu nanti.

"Kami akan mengadakan lobi termasuklah bertemu wakil Mujahidin iaitu 'pakatan utara' yang cuba mengambil kesempatan di atas rancangan serangan Amerika itu," katanya.

Katanya, Pakatan Utara tidak sepatutnya mengambil kesempatan di atas usaha Amerika itu kerana pertelingkahan di antara mereka dengan Taliban.

Sementara itu, di luar bangunan kedutaan yang dikawal ketat itu, kira-kira 50 orang penyokong berhimpun secara aman di samping anggota polis yang berkawal ketat.

Sementara itu, Mahfuz Omar berkata tindakan pegawai kedutaan Amerika Syarikat yang tidak memberi jaminan pandangan serta saranan yang disuarakan dalam memorandum itu, bukanlah perkara luar biasa.

Ini kerana katanya, dasar Amerika sememangnya sukar menerima pandangan serta pendapat orang sebaliknya mereka akan memaksa masyarakat dunia menerima segala kehendak politiknya seperti mana Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini.

Malah, beliau turut kesal dengan layanan yang diberikan oleh kedutaan Amerika yang hanya membenarkan beliau dan dua rakannya, Hanipa Maidin sebagai wakil Pemuda serta wakil Muslimat PAS, Ustazah Noridah Salleh bertemu dengan Setiusaha Pertamanya, W Gray Gray setakat di bilik pengawalnya.

Beliau berkata, layanan tersebut seolah-olah mereka juga adalah pengganas.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com