Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bicara Anwar di mahkamah syariah jika Malaysia Negara Islam

KUALA TERENGGANU, 4 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menggesa agar Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad membicarakan semula kes Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah syariah jika Malaysia sebuah negara Islam.

"Saya cabar kes Dato' Seri Anwar Ibrahim di bicara semula ke mana-mana mahkamah syariah," tegasnya di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, kes tersebut boleh di bawa ke mana-mana mahkamah syariah termasuk di Wilayah Persekutuan sekiranya negara ini adalah negara Islam seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir.

Menurutnya, setiap orang Islam mempunyai hak untuk dibicarakan di mahkamah syariah jika benar Malaysia sebuah negara Islam.

Sabtu lalu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke 30 di ibu negara, Dr. Mahathir secara terbuka menyahut cabaran Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor dengan menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Timbalan Presiden PAS menjelaskan sesebuah negara Islam mesti berlandaskan al-Quran dan al-Hadis sebagai hukum tertinggi.

"Piagam Madinah telah menetapkan hukum tertinggi bagi sebuah negara Islam mesti berlandaskan al-Quran dan Hadis.

"Dan mana-mana hukum yang bercanggah dengan al-Quran dan Hadis itu hendaklah dibatalkan," jelasnya.

Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bercanggah dengan prinsip negara Islam yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Menurutnya, negara Islam dengan negara umat Islam mempunyai persepsi yang berlainan.

Jelasnya, sebuah negara umat Islam terlalu banyak wujud di seluruh dunia meskipun pemimpin utama negaranya bukan dari kalangan orang Islam.

Menurut beliau, tiga orang bekas Perdana Menteri Malaysia yang lalu telah membuat kenyataan bahawa negara ini adalah sekular.

Justeru itu, katanya enakmen Agama Islam yang sedia ada masih banyak yang perlu dipinda kerana digubal oleh pihak British.

"Kedudukan hukum Islam sekarang berdasarkan teori 356 iaitu tiga bulan penjara, denda Rm5,000 dan enam kali sebat sahaja," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com