Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Terengganu lulus tapak lima buah sekolah lagi

KUALA TERENGGANU, 4 Okt (Hrkh) - Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan tanah untuk pembinaan lima buah sekolah baru di daerah Setiu dan Kuala Terengganu yang melibatkan tiga buah sekolah menengah dan dua sekolah rendah.

Permohonan tanah untuk tapak sekolah-sekolah itu diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) lalu, kata Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.

"Sekolah terbabit iaitu Sekolah Menengah Bukit Bayas, Sekolah Menengah Pelung dan Sekolah Menengah Kuala Nerus serta Sekolah Kebangsaan Pengkalan Atap dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baru," jelasnya.

Katanya, daerah terbabit masih memerlukan sekolah yang banyak bagi menampung keperluan rakyat terutama di kawasan pedalaman.

Beliau juga menjelaskan adalah menjadi dasar kerajaan negeri akan melaksanakan projek-projek bagi kepentingan orang ramai meskipun menghadapi masalah kewangan yang terhad.

Katanya, kerajaan negeri turut menyelesaikan satu projek perumahan kos rendah yang terbengkalai di daerah Besut.

Menurutnya, projek perumahan tersebut terbengkalai dan kerajaan akan mempastikan dapat disiapkan segera sebelum diagihkan kepada rakyat di negeri ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com