Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Benarkan Anwar dapat rawatan: PAS minta bantuan Thailand

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - PAS memohon bantuan para Senator dari Thailand untuk mengadakan lobi di peringkat antarabangsa agar bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dibenarkan mendapat rawatan di luar negara.

Permohonan itu dibuat oleh Dato' Fadzil sewaktu memberikan ucapan terima kasih atas kunjungan sembilan Senator dari Thailand ke Pejabat Agung PAS di Taman Melewar baru-baru ini.

Kata Ustaz Fadzil, usaha perlu dibuat bagi membolehkan tekanan diberikan kepada kerajaan Malaysia agar Anwar dibenarkan mendapatkan rawatan sebagaimana yang dikehendakinya.

Anwar sekarang sedang kesakitan di penjara Sungai Buluh dengan kaki dikatakan semakin membengkak.

Beliau menghadapi sakit tulang belakang akibat jatuh terhentak secara kuat dan memerlukan rawatan yang sesuai.

Berdasarkan nasihat seorang pakar dari Jerman, Dr Hooglan, Anwar perlu dirawat di kliniknya, Alpha Clinic, Jerman bagi membetulkan tulang belakang yang bermasalah itu.

Kerajaan Malaysia tidak meluluskan permohonan Anwar itu dan meminta Anwar membuat pembedahan di Malaysia.

Ia telah ditolak oleh Anwar. Akibatnya, Anwar dihantar balik ke selnya di Penjara Sungai Buluh.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com