Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kos operasi jet eksekutif PM hampir RM4.8 juta

Oleh Nur Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Hrkh) - Kos operasi jet eksekutif Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad menelan belanja RM4.8 juta manakala kos penyelenggaraan bernilai RM5.3 juta sehingga 30 September lepas.

Demikian menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Shafie Apdal ketika menjawab pertanyaan lisan Dato' Dr. Hassan Ali (PAS-Parit Buntar) di Dewan Rakyat hari ini.

Hassan Ali dalam soalannya meminta Menteri Pertahanan menyatakan mengenai penggunaan jet eksekutif dari segi senarai penerbangan, kos terlibat bagi setiap destinasi dan jumlah kos operasi.

Menurut Shafie lagi, pesawat kenamaan itu dikendalikan sepenuhnya oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala Airod Sdn Bhd diberi tanggungjwab untuk menyelenggara dan membaik pulih pesawat berkenaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com