Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PAS tidak larang rakyat berjihad di Afghanistan

Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor berkata pihaknya tidak melarang rakyat negara ini yang mahu berjihad di Afghanistan.

Malah, katanya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mengisytiharkan 'jihad' untuk menentang keganasan Amerika.

Ini, katanya, sesuai dengan pengisytiharannya baru-baru ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Dalam Islam pun, katanya, Rasulullah mengatakan: "Seorang Muslim menjadi saudara kepada seorang Muslim yang lain dan dia tidak boleh menyerahkan saudaranya kepada musuh dan dia tidak boleh menzalimi saudaranya."

Ustaz Fadzil yang berucap dalam ceramah perdana bertajuk 'Amerika Mengganas, Islam Ditindas' di Taman Melewar, malam tadi berkata erti jihad amat luas.

Katanya, jihad bukan bererti berperang sahaja tetapi sekiranya tidak mampu dengan anggota ia boleh disumbangkan melalui harta benda, wang ringggit dan juga menerusi doa dan munajat.

Beliau berkata pendiran PAS tidak menyokong segala bentuk keganasan tetapi sentiasa memilih jalan keamanan dan demokrasi.

Sehubungan itu, katanya, kesungguhan PAS mengutuk Amerika adalah berkaitan dasar Presiden George W Bush yang memerangi Islam bukan pula bermusuh dengan rakyat Amerika.

"Di Amerika pun ada hampir 10 juta umat Islam dan ada juga rakyatnya yang tidak menyokong sikap presidennya," katanya.

Dalam ceramahnya itu juga beliau tidak bersetuju sekiranya Perdana Menteri meminta wartawan Associated Press (AP) menarik balik tulisannya yang menyatakan Dr Mahathir mengaitkan Israel mengganas terhadap Palestin.

Katanya, Dr Mahathir tidak perlu takut malah katanya "biar orang Yahudi baca, apa hendak takut."

Malah, katanya, sekiranya Dr Mahathir ditekan Yahudi, PAS sanggup membantunya sebab PAS bersikap rasional.

"Kita tentang yang salah kita akan sama-sama mempertahankannya, jangan tarik balik, biar rakyat luar tahu yang dia (Israel) pengganas," tegasnya lagi.

Sementara itu, katanya, beliau juga mengingatkan Amerika supaya mengkaji semua dasar luarnya yang berdiri teguh di belakang Yahudi sejak tiga perempat abad yang lalu.

Menurutnya, Amerika tidak pernah sekalipun memihak kepada Palestin dan ia juga perlu sedar bahawa ia telah menyakiti umat Islam di seluruh dunia.

Menurutnya, dalam isu Afghanistan pun Amerika sehingga hari ini tidak membuktikan Osama bin Laden sebagai orang pertama menjadi dalang di atas serangan negaranya pada 11 September lalu.

Katanya tindakan kerajaan yang dipimpin Taliban membuat ketetapan tidak akan menyerarah Osama itu adalah keputusan yang menepati ajaran Islam.

"Amerika Syarikat tidak dapat membuktikan Osama benar-benar terlibat merancang tindakan ganas yang berlaku ke atas pusat Pusat Dagangan Dunia itu," katanya.

Sementara itu sebagai menyatakan bantahan terhadap keganasan yang dilakukan Amerika terhadap Afghanistan satu upacara pembakaran bendera Amerika dan Yahudi dilakukan di tempat tersebut.

Pembakaran bendera dilakukan sendiri oleh Ustaz Fadzil dan beberapa pimpinam Pemuda PAS Pusat serta hadirin yang hadir di ceramah itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com