Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


4 tuntutan rakyat Malaysia kepada Amerika

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh) - Jawatankuasa Ad-Hoc Menentang Keganasan hari ini menuntut empat perkara kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dalam memorandumnya kepada wakil kedutaan negara itu di Jalan Tun Razak, dekat sini sebentar tadi.

Empat tuntutan itu ialah termasuk mendesak Amerika menghentikan serangan ke atas Afghanistan, menggugurkan rancangan menyerang negara-negara lain dengan alasan hendak menghapuskan pengganas dan keganasan.

Di samping mengkaji semula dasar luarnya terutama mengenai negara Islam dan negara dunia ketiga. Contohnya, Palestin, Wilayah Kashmir, Sri Lanka dan Chechya.

Jawatankuasa tersebut turut mendesak Amerika mengubah konsep pandangan hegemoni (tanggapan yang salah) dan stereotaip sebagai `Polis Dunia' dengan mengatakan apa yang betul dan apa yang salah mengikut kacamata Amerika.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Fadzil Mohd Nor yang mengetuai Jawatankuasa Ad-Hoc kepada wakil duta Amerika.

Jawatankuasa ini ditubuhkan tiga hari lalu dan dianggotai oleh PAS, Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com