Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Serah memo kepada Presiden PAS: Kehadiran polis timbul tanda tanya

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Kehadiran sejumlah anggota polis ketika penyerahan memorandum oleh empat persatuan yang dipercayai penyokong kuat kerajaan di pejabat Harakah di sini tengah hari tadi, menimbulkan pelbagai pertanyaan di kalangan orang ramai.

Kelihatan sebuah trak polis yang membawa kira-kira 10 anggota unit pencegah rusuhan, ditempatkan berhampiran pejabat Harakah.

Di samping itu, sejumlah pegawai polis turut mengawasi keadaan di tepi jalan kawasan berkenaan.

Selain salah pejabat, pihak berkenaan juga cuba membuat kutipan untuk Tabung Bantuan Afghanistan sedangkan PAS sendiri sudah melancarkan tabung berkenaan tidak lama dulu.

Orang ramai yang berpusu-pusu keluar untuk makan tengah hari, tertanya-tanya mengapa sejumlah anggota polis berada di situ.

Seorang kakitangan swasta, Rosyatimah Omar, berkata beliau terkejut dengan kehadiran anggota polis berkenaan dan bertanya apa yang berlaku di depan pejabat Harakah berkenaan.

Pemimpin persatuan utama yang mahu menyerahkan memorandum itu, Stephen Doss daripada Persatuan Pemuda Negara Malaysia ketika ditanya mengenai kehadiran polis itu, menafikan beliau memanggil mereka untuk mengawasi keadaan dekat pejabat Harakah.

Bagaimanapun, beliau mengakui menghubungi hampir semua pejabat media massa untuk memberitahu wartawan dan jurugambar supaya datang ke pejabat Harakah.

"Kemungkinan polis berkenaan dipanggil oleh pihak akhbar, tetapi saya tidak memanggil mereka (polis)," dakwanya.

Sementara itu, memorandum berkenaan yang ditujukan kepada Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, menyatakan bantahan terhadap PAS berhubung dakwaan adanya pemimpin PAS membenarkan ahlinya menyertai jihad menentang Amerika.

Selain Persatuan Pemuda Negara Malaysia, memorandum itu turut ditulis nama Majlis Pelajar-pelajar Swasta, Persatuan Graduan Muda Malaysia dan Barisan Muda Karyawan Malaysia.

Sewaktu penyerahan memo itu beberapa presiden yang mewakili persatuan masing-masing membuat kenyataan media.

Presiden Majlis Pelajar-Pelajar Swasta, Ezaruddin Abd Rahman berkata, tujuan mereka menghantar memo tersebut adalah berikutan adanya pimpinan PAS yang tidak melarang ahlinya daripada menyertai jihad di Afghanistan.

Sementara itu Stephen Doss, pula berkata bahawa memorandum ataupun surat terbuka yang ditujukan kepada Presiden PAS itu adalah untuk menyeru kepada beliau supaya mengambil tindakan agar mengawal penyokong-penyokongnya berhubung isu di Afghanistan.

Dalam pada itu penyerahan memorandum tersebut tidak dapat diserahkan kepada Ustaz Fadzil kerana beliau berada di Parlimen.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com