Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Cari alternatif lain dari barangan Amerika

KOTA BHARU, 18 Okt (Hrkh) - Anggota Dewan negara, Senator Zailah Mohd Yusof, menyeru masyarakat di negara ini agar mencari alternatif lain dari barangan keluaran Amerika sebagai menyatakan bantahan terhadap serangan mereka ke atas Afghanistan.

Katanya, sekiranya umat Islam berasa tercabar terhadap apa yang dilakukan oleh tentera Amerika ke atas Afghanistan, mereka hendaklah memboikot barangan keluaran Amerika.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Israk Mikraj, anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Bharu baru-baru ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah, Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan berkenaan, Puan Rohani Ibrahim.

Antara barangan Amerika yang popular adalah Coca-cola (gantikan dengan jus buah-buahan tempatan), Mc Donald (gantikan dengan makanan segera tempatan dan yang lain termasuk Taza dari Arab), Esso dan Mobil (gantikan dengan Petronas atau Shell) dan lain-lain lagi.

Zailah menambah, sudah sampai masanya untuk umat Islam bangkit dan seterusnya menentang Amerika dalam pelbagai cara agar pemimpin negara tersebut tidak selamanya dalam keangkuhan.

"Yang menyedihkan ialah kenyataan 'tidak campur tangan' negara ini terhadap serangan Amerika ke atas Afghanistan," ujarnya.

Tambahnya lagi, kenyataan sedemikian bercanggahan dengan konsep Malaysia sebuah negara Islam yang dilaungkan oleh mereka sendiri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com