Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bakar gereja: Waspada dengan provokasi

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru warganegara dari semua agama dan kaum supaya waspada dan jangan diprovokasi untuk bertindak dengan cara melulu mengikut hawa nafsu berikutan kejadian membakar dua gereja Katholik semalam.

PRM memandang sangat berat terhadap tindakan memusnah/membakar dua buah gereja Katolik di Segamat dan Sungai Petani, sebagaimana yang dilaporkan.

"Kami mengutuk semua yang bertanggungjawab ke atas tindakan yang keji ini," kata Presidenya, Dr Syed Husin Ali.

Dalam pada itu, PRM terperanjat dan kurang senang kerana pihak polis seperti dilaporkan sudah mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua peristiwa ini tidak berkaitan dan bukan akibat tindakan golongan ektremis.

"Sangat bahaya bagi negara kita jikalau tindakan jenayah ini dilakukan oleh ektremis yang tidak berfikir secara waras kerana telah diprovokasi oleh peristiwa serangan terhadap WTC serta Pentagon dan pengeboman ke atas Afghanistan.

"Sungguhpun ada pihak yang menggunakan perkataan Perang Salib dan Perang Sabil, PRM hendak menegaskan bahawa peristiwa-peristiwa ini tidak tepat dianggap sebagai pertarungan di antara dua agama atau peradaban yang bertentangan. Silap sekiranya ada sesiapa yang bertindak dengan tanggapan yang salah," katanya Dr Syed Husin dalam kenyataan.

Bagi beliau, "sama bahayanya ialah sekiranya, seperti yang disangka oleh sesetengah pihak yang tidak saya setujui sangkaannya, bahawa tindakan jenayah ke atas gereja itu sengaja dilakukan oleh golongan provokasi yang hendak memberikan peluang kepada sesetengah pemimpin dalam pemerintahan mengambil tindakan zalim supaya boleh lebih lama berkuasa."

"Negara kita ini hendaklah bersatu padu dari segi agama dan kaum dalam waktu kemelut ini dan buat selama-lamanya. Seharusnya tidak ada pemimpin atau parti yang akan mengambil kesempatan daripada keadaan sekarang untuk mendapatkan keuntungan politik," katanya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com