Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Demonstrasi anti-Amerika: 5 ditahan di Kedah

Oleh Ismail Hashim

ALOR SETAR, 19 Okt (Hrkh) - Demonstrasi membantah keganasan Amerika ke atas Afghanistan yang diadakan secara aman di hadapan Masjid Al-Irfan, Derga dekat sini petang ini berakhir dengan lima tangkapan.

Lebih 1,000 jemaah Solat Jumaat yang datang dari beberapa masjid berhampiran telah menyertai himpunan yang berlangsung dengan lancar hampir setengah jam.

Mereka menyuarakan sokongan terhadap rakyat Afghanistan dan menyatakan bantahan serangan melulu Amerika tanpa bukti yang dibuat terhadap bumi Afghanistan.

Pelbagai kata-kata bantahan yang direntangkan seperti Rakyat Afghanistan Saudara Kita, Hancur Amerika, Allah Maha Besar dan Undur Amerika Dari Afghanistan.

Sebaik sahaja selesai doa dan orang ramai mulai beredar, tangkapan mulai dibuat terhadap mereka yang berada di situ mengakibatkan seramai lima orang ditahan.

Lebih 100 anggota polis bertugas dalam operasi itu.

Beberapa buah trak FRU juga kelihatan dengan anggotanya yang ramai.

Setelah tangkapan selesai, kelihatan jentera bahan kimia mula sampai bagi menyuraikan orang ramai sekitar jam 3.10 petang. Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk diambil keterangan lanjut.

Orang ramai yang sempat ditemui kesal dengan sikap polis yang melakukan tangkapan sedangkan perhimpunan itu berlangsung dalam keadaan aman.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com