Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Perang bulan Rejab: Amerika akan terima akibat

Oleh Khairul Azlam Mohmad

KUALA TERENGGANU, 19 Okt (Hrkh) - Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerang Afghanistan di bulan Rejab ini.

Katanya, bulan Rejab adalah antara bulan yang diharamkan berperang bagi penganut agama Islam sejak di zaman Nabi Muhammad s.a.w.

"Amerika tidak menghormati umat Islam dengan melakukan pembunuhan dan serangan di bulan Rejab ini," ujarnya di majlis sambutan Israk dan Mikraj peringkat negeri, di Stadium Negeri, malam tadi.

Katanya, Rejab yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai bulan Allah terdapat peristiwa besar padanya iaitu Israk dan Mikraj.

Menurutnya, Allah telah menegaskan di dalam al Quran mengenai peristiwa itu sebagai menunjukkan kekuasaan Allah yang menjalankan hamba-Nya iaitu Rasulullah s.a.w. hanya pada satu malam.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat percaya Allah akan menunjukkan kekuasaan-Nya pada bulan Rejab ke atas Amerika yang telah menyerang Afghanistan pada bulan yang berlaku peristiwa Israk dan Mikraj itu.

Menurutnya, tindakan tersebut akan mendapat tentangan yang hebat dari kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Sehubungan itu, beliau turut mengkritik sikap hiporkrit Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dalam menangani masalah keganasan.

Katanya, setiap sesuatu kejadian buruk menimpa negara dengan mudah pihak kerajaan menuduh PAS yang bertanggungjawab tanpa dapat dibuktikan kesalahan tersebut.

"PAS serta rakan-rakan Barisan Alternatif dituduh militan dan penganjur keganasan dalam negara ini.

"Kita minta Dr. Mahathir kemukakan bukti dalam kes Saudara Mohd Ezam dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) di mahkamah," ujarnya.

Justeru itu katanya, perbuatan kerajaan menahan tanpa bicara mangsa di bawah Akta ISA merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun.

Menurutnya, tindakan Dr Mahathir itu sama dengan Presiden Amerika, George W. Bush yang menuduh Osama bin Laden menyerang Pusat Dagangan Dunia New York dan Pentagon.

"Tragedi kebakaran Dewan DC di Universiti Malaya beberapa bulan lalu Dr Mahathir menuduh gerakan pelajar militan, manakala serangan terhadap bangunan WTC di AS pula George Bush menuduh Osama sebagai pengganas," jelasnya.

Oleh kerana sikap permusuhan yang kuat terhadap Islam menyebabkan umat Islam di Afghanistan menjadi mangsa peperangan.

Tambah beliau, AS tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi mengaitkan serangan tersebut dengan Osama serta rangkaian al-Qaeda.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com