Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bicara sembahyang Jumaat: Tiada tarik menarik tongkat - defendan

KUALA TERENGGANU, 22 Okt (Hrkh) - Defendan pertama kes sembahyang Jumaat di Masjid Guntung, Setiu, Zakaria Senik memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini bahawa tidak ada adegan tarik menarik tongkat pada hari Jumaat, 4 Ogos 2000 di Masjid Kampung Guntung Luar, Setiu.

Bagaimanapun, pada hematnya perebutan berlaku kerana hak Ab. Rahim Mat Ariff yang dikenali sebagai Tok Ayah sebagai imam dan khatib pada hari itu untuk memegang tongkat dan membaca khutbah telah diambil alih oleh Abd. Rahman Mamat.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal oleh peguam Wan Rozita Saniah Wan Hassan dalam perbicaraan saman Abd. Rahman selaku plaintif terhadapnya dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Peguam Dato' Wan Ahmad Farid dan Wan Rozita mewakilinya manakala Utusan Melayu dibela oleh Mohana Kumar. Plaintif diwakili oleh Peguam Wan Roslan Wan Othman dan adiknya, Wan Rosli dalam perbicaraan di hadapan Hakim Dato' Nik Hashim Nik Ab. Rahman.

Dalam pernyataan samannya, plaintif mendakwa Mingguan Malaysia pada 6 Ogos 2000 menyiarkan laporan bertajuk `Lagi insiden rebut jadi imam' yang bersifat fitnah dan bertujuan merosakkan reputasi dan peribadi plaintif.

Defendan didakwa tanpa usul periksa telah sengaja menulis, menyiar dan mencetak tuduhan itu sebagai sebaran ke seluruh negara dan berniat memfitnah plaintif serta menimbulkan keaiban terhadap karaktor dan peribadi palintif.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com