Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PAS kemuka memorandum Negara Islam kepada PM Disember

Oleh Lim Boon Tong

KUALA LUMPUR, 23 OKT (Hrkh) - PAS akan menghantar memorandum Negara Islam kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad selewat-lewatnya akhir Disember ini.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Fadzil Mohd Nor berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamad Aziz (BN-Sri Gading)yang meminta PAS memberikan garis panduan negara Islam di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Pendang, PAS sedang membuat perancangan dan susunan konsep negara Islam.

"Memorandum penerangan mengenai Negara Islam akan dihantar kepada PM hujung tahun ini,"katanya ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2002.

Tambah Fadzil Noor, Negara Islam yang akan dikemukakan itu bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau merujuk kepada buku "Fiqhul Daulah Fil Islam" yang dikarang oleh Sheikh Yusof al-Qardhawi yang mengandungi pengertian mendalam khususnya mengenai perundangan Islam.

Katanya, konsep Negara Islam yang akan dikemukakan juga mempunyai persamaan dengan Piagam Madinah yang turut mengandungi hak-hak minoriti kaum bukan Islam.

Justeru, PAS katanya, memberi jaminan dan menyeru orang bukan Islam supaya tidak bimbang kerana mereka mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing.

"Buktinya kebebasan agama boleh dilihat di Kelantan apabila kerajaan negeri membenarkan perhimpunan penganut agama Buddha terbesar di Asia di adakan di Tumpat, Kelantan," katanya.

Rangka Negara Islam itu nanti, katanya turut menitik beratkan kebajikan rakyat, mengurangkan kemiskinan, menuntut keadilan serta mencegah penyelewengan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com