Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Majlis serah memo berhubung bantahan Pencabulan Hak Asasi Manusia dan penahanan ISA di Kemunting: Jurufoto Harakah antara 44 yang ditahan polis

Oleh : Mat Zahari Ali

Kemunting, 27 Okt (Hrkh) - 12.00 t/hari. - Jurofoto Harakah, Nasir Sudin adalah antara 44 yang ditangkap polis ketika menjalankan tugas di Majlis Penyerahan memorandum berhubung bantahan Pencabulan hak asasi manusia dan penahanan ISA anjuran BA dan pertubuhan bukan kerajaan di sini.

Nasir ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di simpang masuk Taiping - Kemunting, kira-kira 1 kilometer dari kem Tahanan Kemunting. Dia kemudiannya dibawa Ibu Pejabat Polis, Daerah Larut Matang dan Selama di Taiping kira-kira jam 12.00 tengahari.

Sementara itu jurukamera Channel Asiamedia.com, Hanafiah Abu Kasim juga ditahan bersama Nasir.

Menurut laporan wartawan Harakah, Salmiyah Harun dan wartawan Detik, Rosmida Abd. Rahman, terdapat 5 trak FRU dan 3 buah 'water-cannon' serta lebih kurang 50 anggota fru dan polis mengadakan sekatan di jalan masuk Taiping- Kemunting kira-kira satu kilometer sejak pagi tadi.

Pihak berkuasa dilapurkan menghalang orang ramai dan wartawan serta jurugambar untuk memasuki kawasan luar Kem Kemunting dimana majlis penyerahan memorandum bantahan tersebut akan diberlangsung.

Sementara itu kira-kira 500 orang yang terkandas untuk memasuki kawasan luar kem tersebut menjadi kucar-kacir apabila pihak berkuasa bertindak menangkap mereka. Namun tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Majlis penyerahan memorandum bantahan tersebut dijangka akan dilakukan oleh Ketua dewan Pemuda PAS, Mahfuz Omar dan beberapa walil BA dan NGO kepada Komander Pusat Tahanan Penjara Kemunting, Jamaluddin Kulup Mat Amin.

Berita selanjutnya akan menyusul kemudian.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com