Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Naib Ketua Pemuda dan beberapa pemimpin Pemuda turut ditangkap

Kemunting, 27 Okt - 1.00 T/hari (Hrkh) - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad dan beberapa pemimpin Pemuda Perak ditahan polis ketika cuba bersama pemimpin BA dan NGO bagi menyerahkan Memo bantahan berhubung pencabulan hak asasi manusia dan penahanan ISA kepada pihak kem tahanan Penjara Kemunting pagi tadi.

Ustaz Idris bersama beberapa pemimpin pemuda PAS Perak ditahan pada jam 11.15 pagi ketika cuba memasuki jalan ke Penjara Kemunting. Jalan ke Kem Tahanan Kemunting telah ditutup oleh pihak berkuasa sejak awal pagi tadi. Sekatan jalan raya bagi menghalang laluan jalan masuk ke Kem tersebut dibuat oleh kira-kira 50 anggota polis dan FRU. Selain itu terdapat lima trak FRU dan tiga buah water Cannon juga kelihatan di situ.

Setakat ini antara pemimpin pemuda Perak yang ditahan telah dikenalpasti ialah Suhaimi Sulam.

Kedua-dua mereka kini ditahan di Balai Polis Daerah Larut Matang/ Selama di Taiping bersama 42 yang lain.

Sementara itu pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang beserta beberapa pemimpin PAS Perak dan pihak peguam sedang berusaha untuk mengesan pemimpin pemuda dan senarai orang awam yang ditahan.

Berita lanjut akn menyusul sejam dari sekarang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com