Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pihak berkuasa mungkir janji sebab Memorandum tidak dapat diserahkan- Mahfuz

Oleh : Mat Zahari Ali

Kemunting, 27 Okt (Hrkh) - 2.00pm - Memorandum bantahan berhubung Pencabulan Hak Asasi Manusia dan Penahanan ISA oleh BA dan pertubuhan bukan Kerajaan, NGO tidak diserahkan kerana pihak berkuasa tidak memenohi janji yang dilakukan sebelumnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Pusat, Haji Mahfuz Omar berkata sebelum majlis penyerahan dibuat pihak polis dan FRU telah membuat sekatan untuk tidak membenarkan sebarang kenderaan dan orang ramai bagi memasuki semua jalan masuk laluan ke Kem Tahanan Kemunting.

Sehubungan itu hampir 500 rakyat yang turut serta terpaksa berhimpun di pekan Kemunting.

Menurut Mahfuz, ditengah kegawatan pihak berkuasa yang cuba menyuraikan orang ramai di pekan tersebut satu rundingan dilakukan pihaknya dengan pihak polis supaya memorandum tersebut dapat diserahkan kepada Komander Kem Tahanan Kemunting, Jamaluddin Kulup Mat Amin.

Menurut Mahfuz dalam rundingan tersebut pihak polis membenarkan tiga wakil yang terdiri dari Presiden PRM, Syed Husin Ali , Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu dan beliau sendiri untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Kata Mahfuz setiba mereka di pintu masuk kem Kemunting, pihak penjara menerima arahan dari Penolong Komander Kem tersebut, Azmi Ahmad Ghani supaya membenarkan seorang sahaja wakil memasuki kawasan kem bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Katanya selepas pihaknya membuat rayuan, pihak penjara hanya membenarkan hanya dua wakil sahaja menyerahkan memo tersebut.

Menurut mahfuz lagi, Beliau cuba untuk bercakap dengan Penolong komander Kem tersebut melalui telefon namun Penolong komander kem tersebut enggan bercakap dengan beliau.

"Tujuan saya nak bercakap dengan dia (Penolong Komander Kem Tahanan Kemunting) untuk bagi tahu pada beliau bahawa dalam rundingan dengan pihak polis sebelum ini, mereka telah membenarkan tiga wakil untuk menyerahkan memo tersebut".

"Apakah alasannya dari tiga orang yang dibenarkan sebelum ini tiba-tiba jadi dua orang pula?" Kata Mahfuz.

Katanya tindakan tidak selaras antara pihak polis dan penjara merupakan tindakan tidak professional badan kerajaan itu menyebabkan memorandum tersebut tidak dapat diserahkan.

"Sekiranya pihak penjara menggunakan faktor keselamatan, mengapa pihak penjara boleh membenarkan dua wakil untuk masuk dan menyerahkan memo tersebut. Dua atau tiga hanyalah angka yang tidak memberi apa-apa kesan", k ata Mahfuz

Menurut Mahfuz lagi, pihaknya kesal dengan dolak dalik dan sikap tidak memenohi janji dua badan yang menjadi badan amanah rakyat itu bagi manangani masalah rakyat.

Katanya perkara tersebut akan dibawa ke Parlimen Isnin ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com