Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Menyingkap Rahsia Taliban (1)

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

Assalamu'alaikum buat bakal Mujahid semua.

Sheikh Syed Saqif ArSalan ketika jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah Turki pada 1920-an pernah menyatakan bahawa Afghanistanlah satu-satunya bumi Allah ini yang akan terus kekal dan bangkit membawa bendera Islam di akhir zaman.

Menurut satu Hadith Nabi saw pula bahawa Islam itu akan bangkit semula dari sebelah timur tetapi tidak menyatakan nama negeri itu. Pada jangkaan ambo, negeri itu bukan Indonesia atau Malaysia, tetapi Afghanistan.

Jangkaan ambo ini adalah berdasarkan kepada situasi Afghanistan kini adalah menyerupai situasi ketika Islam itu mula-mula bangkit di Semenanjung Arab dengan keadaan negaranya yang kering-kontang dan tidak produktif tetapi di kelilingi oleh negara-negara yang kuat dan boleh dikatakan makmur dengan berbagai hasil mahsul buminya.

Keduanya kerana keadaan negaranya yang berpuak-puak dan puak-puak ini sering berperang sesama sendiri, seakan serupa dengan keadaan di zaman Jahiliyyah Mekkah dengan puak-puaknya yang tidak pernah aman dan bersatu sehinggalah datangnya Islam.

Ketika berjalan mencari bahan bacaan di Kampung Baru, ambo terjumpa sebuah buku yang ditulis dari satu temubual dengan seorang ulamak Pakistan bernama Fadhal Muhammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei, seorang ustaz Hadith di Jami'atul Ulum Islamiah, Karachi. Beliau juga pernah menyertai Mujahidin pada 1988 menentang Soviet Rusia dan pernah bertemu beberapa kali dengan Mullah Omar.

Ingin ambo kongsi bersama beberapa isi kandungan buku ini (secara tidak mengikut tertib) sebagai kisah mengenai Taliban dari versi lain selain yang pernah kita baca dari sumber di Internet dan sebagainya. Setelah kita mendapat maklumat dari beberapa sumber ini, terpulanglah kepada kita untuk mengadilinya sendiri, berdasarkan kepada kadar iman dan akal yang ada, tentunya.

Segala yang benar itu dari Allah jua.

Bismillah.

Soalan ke-4 (m.s. 34):

Dari mana datangnya alat kelengkapan senjata Taliban dan di mana mereka telah berlatih menggunakannya? (versi Sheikh ini agak berlainan dengan versi lain yang mendakwa bahawa kekuatan ketenteraan Taliban dibantu atau disokong oleh kerajaan Pakistan-edi.)

Jawapan: Sebenarnya kadar senjata yang telah dibawa Rusia ke Afghanistan dahulu tidak dapat dibayangkan bilangannya (terlampau banyak?-edi.). Kemudian senjata-senjata tersebut dirampas oleh Mujahidin dari pelbagai parti dan kumpulan. Tetapi segelintir komando-komando (mujahidin bukan Taliban-edi.) telah menganggapnya sebagai hak milik sendiri tanpa menyerahkannya kepada Baitul Mal. Bila mana pergerakan Islam Taliban menewaskan komando-komando ini maka semua senjata telah berpindah kepada Taliban dan senjata-senjata ini bukan calang hebatnya.

Saya sendiri telah melihat selepas sahaja kemenangan di Jalalabad. Di sana lebih kurang 250 kereta kebal buatan Rusia jenis terbaik dunia telah dirampas. Seorang pelajar saya telah membawa saya bersiar-siar di bandar Jalalabad lebih kurang empat lima batu dengan salah satu kereta kebal tersebut. Dia telah memandunya dengan laju sekali seraya berkata: "Ustaz, tiada sebarang kereta kebal pun di dunia ini yang boleh bergerak lebih daripada 40 bsj tetapi kereta kebal ini boleh bergerak sehingga 100bsj." Dia berkata lagi bahawa kereta kebal biasa mempunyai 10 batang spring, manakala kereta kebal ini bergerak atas 20 batang spring. Ini baru satu contoh dapat saya beritahu. Banyak lagi yang tersimpan di Baitul Mal Taliban. Oleh itu alat kelengkapan senjata Taliban adalah datang daripada komando-komando penentang itu sendiri (puak Utara sekarang-edi.)

Masalah seterusnya ialah di mana Taliban telah berlatih menggunakan senjata? Sepatutnya ia tidak dipersoalkan sebab di Afghanistan sendiri, setiap lelaki baligh mesti berlatih selama 2 tahun tentang persenjataan. Taliban telah turut serta dalam latihan itu. Selain itu juga Taliban adalah mereka yang telah berjihad selama 14 tahun menentang Rusia dahulu. Oleh itu tiada kesukaran mereka menggunakannya.

Bagi pelajar-pelajar yang belum berlatih lagi maka mereka akan diberi latihan jangka pendek. Seorang pelajar yang berada di kem tentera Kandahar telah memberitahu saya bahawa dia telah belajar 7 bulan sahaja tentang kereta kebal. Kami hairan dengannya apabila dia telah membawanya dengan baik sekali. Begitu juga kebanyakan pilot kapalterbang adalah mereka yang bekerja sebagai pekerja biasa semasa zaman Zahir Shah dahulu dan mereka bukan komunis. Sekarang ini mereka memandu dengan berwajahkan keislaman. (apa yang pernah ambo dengar sebelum ini ialah Taliban telah dibantu oleh kerajaan Pakistan yang membekalkan jet pejuang dan pilotnya sekali untuk Taliban menyerang penentangnya-edi.)

Soalan ke-8 (m.s. 41)

Mengapakah Taliban bangun menentang pejuang-pejuang Mujahidin yang telah menentang Komunis Rusia dahulu. Adakah perjuangan ini sah atau dibenarkan dalam Islam?

Jawapan: Sewaktu Afghanistan berada dalam keadaan yang huru-hara dan suasana yang tidak menentu dahulu, Taliban telah berjuang dan berusaha untuk mempertahankan maksud murni Jihad itu yang sebenarnya. Akhirnya mereka berjaya dalam memperjuangkan maksud asal pengorbanan yang telah dibuat oleh 160,000 orang mujahid dalam perjuangan dahulu (dengan Soviet-edi.) Bukankah maksud Jihad itu untuk menarik sebarang pengaruh dan memperoleh satu kerajaan serta bukan juga untuk memberi satu mandat dan kuasa kepada Hekmatyar, Burhanuddin, Masood dan Mujahidin tetapi ianya hanya untuk memusnahkan kekufuran serta melaksanakan syariat Islam di bumi Afghanistan samata-mata.

Apabila Taliban melihat maksud asal perjuangan dahulu tidak membuahkan hasil, malah Jeneral Hekmatyar dan Burhanuddin bertelagah sesama sendiri. Ini telah membawa kepada peperangan. Akibatnya banyak kawasan awam khususnya di Kabul sendiri telah rosak. Ini membuatkan rakyat Islam sedunia mula memandang serong pada maksud Jihad itu yang sebenarnya.

Di samping itu juga pihak Komunis, India dan Rusia mula menyebarkan propaganda mereka masing-masing. Memandangkan kepada hal yang tidak menentu ini, Taliban terpaksa memulakan pergerakannya. Pertama sekali Taliban menghantar rombongan ulama kepada jeneral-jeneral dan komando-komando meminta supaya diselaraskan dengan segera undang-undang Islam di tempat mereka bagi menyempurnakan maksud perjuangan sebenarnya, menegakkan keamanan di semua tempat dan menyerahkan semua senjata kepada Taliban kerana ia adalah harta Baitul Mal dan ia patut di simpan di sebuah tempat Baitul Mal Kerajaan. Jika permintaan ini dipersetujui maka peperangan tidak akan berlaku.

Jika sekiranya permintaan ini dibantah dan tidak dipersetujui maka Taliban akan menghantar satu rombongan lagi di kalangan orang-orang tua yang berjanggut dan berpakaian putih. Kalau ia dipersetujui maka peperangan tidak akan berlaku. Tetapi jika dibantah maka Taliban terpaksa menentang mereka dengan nama Allah bagi melaksanakan undang-undang Islam dan menghapuskan kemungkaran serta kemaksiatan di bumi syuhada' ini. Biasanya komander-komander tempatan yang telah memulakan peperangan bukannya di pihak Taliban. Namun Taliban segera menyahut cabaran itu dan kemenangan bersama-sama dengan mereka.

Soalan ke-9:

Masalah seterusnya ialah pihak penentang yang berhadapan dengan Taliban di medan pertempuran ini adalah orang-orang Islam dan bekas Mujahid semasa menentang Komunis dahulu?

Jawapan: Adakah berubahnya sesuatu itu memerlukan masa yang panjang? Seorang yang beriman di subuh hari boleh berubah di petang hari dan beriman di petang hari boleh berubah di subuh hari. Orang yang sedemikian adalah mereka yang menggadaikan dan menjual iman dan agamanya untuk kepentingan dunia serta kehidupan mereka semata-mata.

Sesungguhnya cita-cita untuk mendapatkan sebuah kerajaan dan mandat di sisi pemerintahan adalah satu perkara yang hina dan keji. Fenomena ini boleh memesongkan kita dari jalan yang lurus kepada lembah kebinasaan. Memang benar Ahmad Shah Masood, Hekmatyar dan Burhanuddin beragama Islam, tetapi mereka Islam seperti Islamnya Yazid, Hajjaj Bin Yusuf, Abu Muslim Khurasani dan Khalifah Mansur dahulu. Mereka ini telah menjatuhkan imej dan maruah kemurnian syariat Islam dengan menyiksa, menzalimi serta membunuh para ulama, hafiz, qari dan orang-orang Islam yang tidak berdosa. Hanya semata-mata untuk menyelamatkan kepentingan kuasa dan pemerintahan mereka. Perbuatan zalim ini telah meletakkan diri mereka dalam lembah kekufuran.

Apakah kerenah mereka ni masih lagi menjadi satu rahsia atau keraguan dalam fikiran orang-orang yang berakal? Bukti menunjukkan bahawa mereka telah meminta bantuan dari negara luar seperti India, Rusia, Tajikistan dan Turki untuk menewaskan Taliban. Sebuah kapalterbang Rusia telah mendarat dan ditawan. Ia sarat dengan senjata peperangan. Tertangkapnya beberapa tentera India yang lengkap dengan peralatan senjata di Kabul dan rampasan peluru-peluru berpandu buatan Iran serta tertangkapnya beberapa orang tentera Iran adalah bukti-bukti menunjukkan wujudnya kosnpirasi untuk membinasakan Taliban dan Islam itu sendiri.

Presiden Rusia Yeltsin pernah berucap di dewan parlimennya bahawa kerajaan Rabbani memberi faedah kepada pemerintahan Rusia. Oleh itu kita akan meneruskan penghantaran bantuan kepadanya seperti dahulu. Begitu juga dengan pengakuan yang diberikan oleh seorang juruterbang India selepas mendarat di Lapangan Terbang Kabul dan berita yang diberikan oleh BBC bahawa setiap hari kapal terbang daripada Iran yang sarat dengan senjata turun di Lapangan Terbang Bagram untuk puak-puak penentang. Bolehkan kita mengatakan lagi bahawa kerajaan mereka (Iran) adalah sebuah kerajaan Islam yang benar-benar tulin?

Masalah seterusnya adalah jika sekiranya pergerakan bersenjata yang dibuat oleh Hazrat Hussein r.a. untuk melaksanakan syariat Islam pada zamannya adalah sah, maka semestinya pergerakan Taliban dalam menentang puak-puak pemberontak ini pun sah hukumnya dan dibenarkan dalam Islam. Begitu jugalah kalau sekiranya pergerakan Hazrat Abdullah bin Zubair dalam menentang pemerintahan Hajjaj bin Yusuf di Mekah dan Madinah dahulu adalah benar dan haq. Maka mengapa pula pergerakan Taliban untuk melaksanakan syariat Islam tidak sah? Sedangkan penentangan yang pernah dibuat oleh Ibrahim Nafsu Mardiah dan Muhammad Nafsu Zakiah terhadap Khalifah Mansur Abbasi (kerajaan Abbasiyyah-edi.) dahualu adalah benar dan haq!

Jadi mengapa pula pergerakan Taliban yang suci murni ini salah dan tidak dipersetujui? Bahkan jika sejarah tersebut direnung dengan lebih mendalam lagi maka kita akan melihat bahawa Imam Abu Hanifah r.a. telah menyokong perjuangan Muhammad Nafsu Zakiah dan berkata: "Bahawa perjuangan menentang Khalifah Mansoor untuk syariat Islam adalah jihad dan sesiapa yang terbunuh di dalam perjuangan ini adalah mati syahid yang darjatnya lebih tinggi dari darjat semasa menentang kerajaan Rom." Untuk keterangannya yang lebih lanjut dan pengesahannya anda boleh merujuk buku yang berjudul: "Imam Abu Hanifah Ka Siasi Maqam" yang ditulis oleh Ahsan Gilani.

Soalan ke-12 (m.s. 62)

Mengapa Taliban menentang dan memulau Ahmad Syah Masood sedangkan dia adalah seorang mujahidin yang disegani dan mempunyai tentera yang berpengalaman dan kuat?

Bersambung ke bahagian-2, insyallah.

Salam,

HC
honciv@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com