Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Penghinaan Demi Penghinaan

(Petikan dari Affidavit Hishamuddin Rais - 6 Ogos 2001)

Sepanjang empat minggu sesi soal-siasat dilakukan ke atas saya, saya telah dihina, dimalukan, dimaki dengan kata-kata kesat, kotor dan jijik yang bertujuan untuk menakutkan saya serta menjatuhkan maruah dan harga diri saya. Antara kecaman dan kenyataan keji dan hina yang dilemparkan kepada saya adalah seperti berikut:-

· Kamu seorang yang penakut.
· Kamu bukan orang Melayu.
· Kamu seorang pengkhianat.
· Kamu penjilat Anwar.
· Kamu penjilat jubur Anwar.
· Kamu seorang yang tidak berguna di negara ini.
· Kenapa kamu pulang ke Malaysia?
· Kamu perosak bangsa Melayu.
· Kamu barua orang Cina.
· Kamu adalah ejen asing.
· Kamu bekerja untuk Amerika Syarikat.
· Kamu barua Al Gore.
· Kamu seorang bukan Islam.
· Kamu kafir.
· Kamu dilaknat dan kamu akan dibakar oleh api neraka.
· Bumi tidak menerima kamu apabila kamu mati.
· Kamu berzina dan kamu macam PAS, parti syaitan.
· Kamu makan babi, ular dan lipan.
· Kamu tidak diterima oleh syurga.
· Rumah kata pergi kubur kata mari.
· Kamu akan mati keseorangan.
· Apabila kamu mati, badan kamu akan dibuang.
· Apabila kamu mati, tidak ada kubur yang akan terima badan kamu.
· Kamu akan menjadi bahan bakar api neraka.
· Tidak ada orang yang akan sembahyangkan kamu bila kamu mati.


Pada hari kelapan soal-siasat saya, saya diarahkan untuk menceritakan riwayat hidup saya sejak di bangku sekolah. Salah seorang daripada pegawai penyiasat itu memaki saya, "We do not want any intellectual stuff from you." (Kami tidak mahu tahu berkenaan hal intelektual daripada kamu"). Kira-kira di pertengahan sesi soal-siasat tersebut, seorang lelaki yang saya rasa seorang pegawai berpangkat tinggi masuk dan menyoal-siasat saya secara bersendirian. Ketika ini, pegawai-pegawai lain keluar dari bilik tersebut. Saya telah dituduh oleh pegawai penyiasat tersebut bahawa dalam ceramah di Lenggeng, saya telah menghasut rakyat untuk berdemonstrasi di jalanraya. Saya telah menafikan sekeras-kerasnya kerana saya tidak pernah pergi ke Lenggeng. Pegawai tersebut tidak dapat membuktikan tuduhannya terhadap saya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com