Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Apa Pak mahat buat dengan Bush

Apabila Bush telah menghubungi Mahathir maka bermulalah konspirasi peringkat Antarabangsa bagi memusnahkan Islam setelah Mahathir menekan umat Islam di negara ini. Bush melihat Mahathir sebagai ketua pengarah konspirator yang berjaya menyekat perkembangan Islam. Memang kita tahu Mahathir sudah lama menjalinkan hubungan dengan Yahudi yang kita tahu merekalah bangsa yang akan memusuhi Islam dan Kristian sehingga akhir zaman.

Kenapa Afghanistan menjadi sasaran? Pernahkan anda terfikir Afghanistan merupakan negara Islam yang terkuat di dunia. Siapakah yang membebaskan rakyat Bosnia suatu ketika dahulu dan masih mempertahankan Palestin sehingga kini? Inilah pejuang Islam yang bertapak di Afghanistan. Seperti yang diketahui kuasa besar Rusia juga tewas ditangan Afghanistan. Dalam kebanyakkan negara Islam lain yang mudah disogok dengan wang ringgit dan pangkat serta kepentingan tertentu, rakyat Afghanistan sanggup hidup menderita demi mempertahankan negara dan agamanya. Dengan melemahkan Afghanistan sahajalah Israel dapat menakluki Palestin.

Dunia menuduh kerajaan Taliban kejam sedangkan 90 % rakyatnya menyokong pemerintahan Taliban. Berlainan pula dengan UMNO di Malaysia yang masih mengganas sedangkan hampir 70% orang Melayu menolak parti militan UMNO. Kini ketua pengganas negara kita mula berkejasama dengan ketua pengganas dunia. Kita jangan lupa Mahathir pernah menyokong keganasan dengan menandatangani persetujuan serangan ganas ke atas Iraq pada Perang Teluk dahulu. Inilah gaya seorang militan sebenar yang sangat takut kepada mujahidin (pejuang agama Allah). Kini akhbar tempatan sudah mula mengecam kerajaan Taliban dan Afghanistan bagi mengaburi mata rakyat. Kerajaan Taliban dianggap pengganas dan itulah agenda Mahathir yang sebenarnya. Lagaknya seperti membela Islam tetapi bersekongkol dengan Yahudi bagi menghancurkan Islam. Kita jangan terpedaya dengan sandiwara ini.

Mahathir sudah biasa menghina nabi dan Islam, dan yang paling menyedihkan Presiden parti komponen BN telah mula berjinak-jinak menghina agama Islam. Samy Vellu dalam ucapannya pernah berkata bahawa beliau pernah membaca al-Quran tetapi di dalamnya tidak ada tulis cerita tentang tol. Lim Liong Sik pula mengatakan jika Islam dilaksanakan di Malaysia adalah umpama memusing jam kebelakang. Kini Presiden Gerakan pula semakin berani…Memang kita akui Malaysia sebuah negara Islam acuan UMNO yang berperlembagaan sekular. Itulah sebenarnya Islam dari pandangan UMNO dan BN.

Akan tiba masanya di mana kebangkitan Islam akan bangkit dengan mendadak implikasi dari penindasan dan tekanan yang dilakukan ke atas umat Islam. Bukankah dunia ini akan menuju ke penghujungnya. Fikir-fikirkan lah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com