Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


POLITIK ANTI SEMENANJUNG DI SARAWAK

Kerajaan BN Sarawak secara rasminya mengamalkan POLITIK ANTI SEMENANJUNG….

Dengan kerjasama pimpinan BN pusat, BN Sarawak secara rasminya meniupkan semangat membenci parti-parti politik bukan kompenan BN dari semenanjung. Dengan keputusan 60/62 kemenangan BN di Sarawak pada 27hb.Sept.2001 yang lalu, telahan dan jangkaan Barisan Alternatif telah membuktikan kerajaan BN adalah kerajaan yang mengamalkan politik ganas serta perkauman. Dimana Perdana Menteri Malaysia si Mahafiraun serta Tok Uban (Ketua Menteri Sarawak) secara terang-terangan mengajak pengundi di Sarawak mengamalkan politik ganas serta bersikap perkauman terhadap kompenan BA serta DAP di Sarawak.

Bukti yang paling nyata serta kukuh adalah dari kenyataan media atau perbuatan pimpinan BN sendiri semasa berkempen dalam pilihanraya Sarawak.

1. Kerajaan BN dengan sewenang-wenangnya mengunakan segala media kerajaan seperti TV1 dan TV2 berkempen dengan mengatakan Parti KeADILan Nasional adalah parti pelampau dan ganas serta melebelkan sebagai parti semenanjung yang tidak layak bertanding di Sarawak serta berhasrat untuk merampas hak pribumi Sarawak.

2. Segala media cetak seperti Utusan, Berita Harian, Utusan Sarawak, Malaysia Today, Borneo Post digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi serta memberi kenyataan palsu tentang kejadian semasa pilihanraya. Contoh yang paling ketara penipuan pihak BN dalam media cetak adalah,

a) Kejadian membakar bilik gerakan BN di Santubong… dimana pihak pembangkang telah dituduh membakar bilik gerakan tersebut, tetapi perkara yang sebaliknya telah berlaku…. Yang mana petugas BN sendiri telah membakar bilik gerakan tersebut kerana tidak berpuas hati apabila upah memasang poster tidak dibayar oleh pihak BN sendiri.

b) Kejadian serangan bilik gerakan KeADILan di Tebuan Lot, Demak Laut dimalam menjelang pilihanraya, 3 orang cedera dan calon KeADILan turut diserang. Tetapi seluruh media kroni BN melapurkan bilik gerakan mereka telah diserang oleh pihak pembangkang dan melibatkan kecederaan teruk kepada petugas mereka. Dan kes ini telah dilapurkan oleh peguam KeADILan dibalai polis Segama, Kuching, dan bukti-bukti kukuh serta gambar mangsa serta tempat kejadian berada dalam simpanan peguam KeADILan dan bantahan telah dibuat kepada SPR mengenai serangan ini. Apa yang dimaklumkan oleh saksi para penyerang ini memakai pakaian berlogokan BN dan RSS (Rumpun Silat Sarawak) yang dengan sengaja merempuh masuk kedalam bilik gerakan KeADILan di Tebuan Lot dengan mengunakan parang serta kayu menyerang mangsa. Foto-foto kejadian ini ada diterbitkan dalam laman minda rakyat / berita keadilan.

c) Pihak media mengambarkan para Petugas BA sebagai penganas serta samseng di Sarawak, tetapi hakikat yang sebenarnya pihak BN telah mengunakan khidmat samseng serta kumpulan silat di Sarawak untuk menakut-nakutkan petugas serta penyokong BA, secara terbukanya samseng dan kaki pukul di Sarawak di letakkan dalam kumpulan RSS (Rumpun Silat Sarawak) semasa hari penamaan calon sehingga hari pilihanraya. RSS ini ditugaskan untuk mengerumi para patugas dan penyokong BA semasa hari penamaan calon serta hari mengundi untuk menimbulkan perasaan takut serta mematikan langkah jentera pilihanraya BA. Begitu juga dengan beberapa kes serangan terhadap petugas BA semasa tempoh berkempen.

d) Pihak BN juga dengan sewenang-wenangnya mengunakan anggota RELA di Sarawak, dimana anggota RELA ini digunakan untuk menghalang para petugas BA masuk kekawasan pilihanraya, yang mana calon-calon BA dihalang untuk berkempen serta para petugas dihalang untuk memasang poster serta bendera parti.

e) Pihak BN juga mengunakan Pasukan Pertahanan Awam (Recue 991) sebagai petugas sewaktu hari pilihanraya untuk membekalkan makanan serta membantu jentera pilihanraya BN di Sarawak.

f) Pihak BN juga 100% mengunakan pihak POLIS sebagai pegawai keselamatan mereka serta menakut-nakutkan pengundi dengan memberikan kawalan amat ketat terhadap penyokong BA, tetapi memberikan kelonggaran dan ambil tak kesah terhadapa petugas BN, dimana petugas/perayu undi BN ini dibenarkan mengiringi pengundi sehingga ke tempat mengambil kertas undi dari pegawai SPR, walaupun itu secara sahnya telah melanggar undang-undang SPR, sikap double-standard ini bukti kukuh unsur penipuan dalam pilihanraya di Sarawak adalah dengan bantuan pihak POLIS sendiri.

g) Para petugas SPR secara totalnya, yakni 100% memberikan kelonggaran terhadap pihak BN, dengan memberikan peluang kepada para petugas dan perayu undi BN berada didalam kawasan larangan serta berkempen didalam bilik mengundi serta memaksa pengundi memangkah BN.

h) Rasuah pilihanraya begitu ketara di pondok panas BN, dimana setiap pengundi yang membuat semakkan akan diberi wang sogokkan sekurang-kurangnya RM 10.00 dan ada yang mencapai ketahap RM 100.00 mengikut demand pengundi itu sendiri. Dan dalam kes rasuah pilihanraya ini lebih 400 kes telah dilaporkan kepada SPR berserta bukti ( @ wang dan slip saluran / foto semasa pemberian rasuah / foto saksi serta tempat kejadian ).

i) Para pegawai SPR dan POLIS secara nyata dan tegas menghalang para PACA (Polling Agent dan Counting Agent) Barisan Alternatif melaksanakan tugas mereka, kes ini bermula sejak awal pagi lagi, buku senarai pengundi adalah berbeza dari buku senarai pengundi yang diberikan kepada pihak BN, para PACA BA telah dihalang untuk mengawal PETI UNDI selepas tempat mengundi ditutup, para PACA BA diarah berada diluar kawasan mengundi dan dilarang sama sekali untuk melihat peti undi sehingga waktu pengiraan undi akan dibuat, dan dalam kes ini niat buruk pihak BN dengan kerjasama pihak SPR serta POLIS untuk menipu PETI UNDI amat ketara sekali, dan secara tidak lansung keputusan pilihanraya boleh ditentukan oleh BN, hasilnya segala keputusan dalam pilihanraya kali ini adalah standard serta sekata mengikut perancangan pihak BN….adalah mustahil keputusan setiap PETI UNDI itu akan sama-rata yakni tidak lebih dari 25% undi untuk pembangkang dan pihak BN akan meraih undi lebih dari 75% dari setiap PETI UNDI.

j) Pertandingan di Sarawak bukan sehaja dari sudut 2 dimensi tetapi 3 dimensi…mahluk halus yang bernama syaitan digunakan untuk membantu BN di Sarawak….dasar penakut dan tak bertelur….orang yang tidak sanggup berjuang di bumi yang nyata ini adalah manusia yang penakut dan bertopengkan syaitan. Biarlah kekuatan mereka bersandarkan syaitan dan ilmu ghaib…. Namun rakyat tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

3. Penipuan demi penipuan serta rasuah politik begitu ketara di Sarawak, Rakyat Sarawak sekali lagi ditpu dan dijajah oleh BN, sebagai negeri paling kaya di Malaysia, rakyat Sarawak sebenarnya merempat di negeri sendiri, tak sampai 10% rakyat Sarawak berada ditahap senang….kerana 3,000 juta ekar tanah adalah milik individu seramai 24 orang (kroni BN) seperti yang telah didedahkan oleh BA dalam pilihanraya kali ini. Syarikat-syarikat yang kaya-raya di Sarawak adalah milik Mahmod Holdings serta kroni Taib Mahmod sendiri, hanya Syarikat kecil-kecilan milik rakyat marhaen. Bintulu sebagai pengeluar GAS ASLI yang terbesar di DUNIA adalah milik mutlak PETRONAS serta kroni Mahathir, dan ini bukti kukuh bahawa kerajaan BN mengamalkan sistem memonopoli segala kekayaan di Sarawak hanya untuk para KRONI, begitu juga dengan hasil BALAK dan lain-lain hasil bumi di Sarawak.

4. Rakyat Sarawak kini tiada pilihan lain, melainkan melakukan REFORMASI TOTAL terhadap kerajaan yang memerintah di Sarawak. Selagi kerajaan BN dibenarkan menguasai Sarawak, 70% rakyatnya akan berada ditahap miskin dan golongan professional yang terdiri dari anak Sarawak yang telah mendapat pendidikan di Universiti akan dinafikan hak untuk kembali ke kampung halaman, dimana mereka ini disekat untuk berkhidmat dengan agensi kerajaan atau swasta di Sarawak agar para pekerja yang berpendidikan rendah sehaja yang bertugas dengan mereka, yang pastinya kerajaan BN memang berminat dan mengalakkan anak Sarawak supaya belajar sehingga peringkat menengah sehaja dan terus menjadi hamba abdi kepada kerajaan BN dan kroninya buat selama-lamanya.

Kini rakyat Sarawak terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk mengubah pemerintah, peluang yang ada pada 27hb.Sept.2001 yang lepas telah disia-siakan serta dilepaskan begitu sehaja. Kerana terpengaruh dengan pujuk rayu serta ugutan pihak BN, mereka rela mengadaikan maruah diri serta tanah air mereka dengan wang RM 10.00 atau RM 100.00, nasi telah menjadi bubur, tak usah di tangisi lagi, sesal dulu pendapatan…sesal kemudian meranalah jawapnya. Putra Jaya II akan dilaksanakan di Sarawak, 20,000 ekar tanah pri bumi Sarawak akan dirampas… mereka semua akan hidup merempat….anak-anak akan dinafikan hak mereka untuk belajar sehingga keperingkat tertinggi, biasiswa sudah tiada lagi, rakyat makin miskin….para kroni makin kaya-raya…itulah yang bakal dihadapi oleh rakyat Sarawak kini…..????? tepuklah dada….tanyalah selera….salahkah aku memangkah BA…….benarkah aku memangkah BN…..?????????

SILA SEBARKAN KEPADA PARA REFORMIS DAN PENDOKONG BA
“ JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN, JIKA TAKUT HADAPI RISIKO”

Rakyat Di Jajah UMCINO@BN (RDJU) – 4/10/2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com