Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


RTM yang Bengong!!

Assalammualaikum w.b.t. kepada seluruh muslimim & muslimat ( kecuali puak-puak munafikin UMNO/BN )

Sebagai seorang Islam saya rasa sungguh terhina dan sedih sekali apabila medengar ulasan berita mengenai JIHAD yang di sampaikan oleh Berita RTM1 malam tadi (14/10/2001).

Apa yang hendak saya perkatakan disini adalah mengenai kebodohan dan kebengongan pemberita yang menulis berita tersebut. Berita pada malam tadi mengulas tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Bin Nik Mat tentang sesiapa yang pergi berjihad di Afganistan sekarang jika mereka terkorban semasa mempertahankan umat Islam disana adalah dikira matii syahid. Pengulas berita pada awalnya menyebut tentang pendapat ulama’ dari seluruh dunia yang menyatakan apa yang berlaku dia Afganistan sekarang BUKAN JIHAD. Saya tiba-tiba tersentak, berita tersebut tidak pernah saya dengar sebelum ini, melainkan tentang perkara yang berlaku di WTC, ramai ulama’ yang mempertikaikan perkara tersebut sama ada boleh dikira termasuk dalam apa yang dibolehkan dalam Islam ataupun tidak, pada prinsipnya Islam menolak segala bentuk keganasan. Namun saya rasa perkara tersebut hanya layak ulama’-ulama’ yang amilin sahaja yang membincangkannya.

Bila sahaja saya mengikuti seterusnya lapuran tersebut, ternyata ulama’-ulama yang keluar memberi pendapat dikaca TV adalah HULAMAK UMNO dan Duta Pakatan Utara Afganistan( Negara Islam Afganistan, dakwa RTM dan TV3-Kalau Negara Islam, kenapa lawan orang Islam(Taliban)??? ). Mereka ini layakkah digelar ulama’?? lucu sekali bila memikirkannya. Nampak sungguh yang RTM ini sudah ketandusan bahan berita dan pemberita serta penulis skrip di RTM ini hanya ingin mereka-reka berita bodoh dan bukannya menulis berita yang sebenar.

Orang pertama yang muncul memberi pendapat adalah Duta Pakatan Utara di Malaysia. ( Duta bagi negeri yang hanya memerintah 10% bumi Afganistan ). Beliau mengulas tentang perkara yang di larang semasa berperang seperti membunuh wanita dan kanak-kanak dan sebagainya. ( Amerika bunuh wanita dan kanak-kanak di Afganistan tu macamana?). Duta Pakatan Utara yang berkerjasama dengan Amerika tu silalah jawab kalau betul anda di pihak yang benar.

Pendapat kedua, keluar pulak bekas mufti Wilayah merangkap imam mesjid Putrajaya, ( saja malas nak sebut nama individu–individu ni ). Beliau berkata Jihad tak boleh bunuh saudara sesama Islam, kalau bunuh dua-dua masuk neraka. Pokok perbincangan adalah apa yang di nyatakan oleh Tuan Guru tentang jihad mempertahankan Afganistan, bumi umat Islam. Adakah itu termasuk dalam kes Islam bunuh Islam? Amerika tu Islam ke? Pakatan utara ( Islam ) yang bersekutu dengan Amerika tu tak bunuh orang Islam ( Taliban ) ke? Bengong punya Imam!! Lepas tu dia mempersoalkan tentang tidak boleh dikatakan Jihad apabila melawan apa yang beliau dakwa Mujahideen ( Pakatan Utara ). Mana satu yang betul ni, kalau kerajaan UMNO/BN sokong Mujahideen ( Pakatan Utara ) kenapa dakwa dibawah ISA mereka yang di gelar bekas-bekas mujahideen yang berjuang di Afganistan?.

Dan seterusnya giliran Ulama’ debat olok-olok yang selalu mucul di kaca TV1 memberi ulasan, Memang betul-betul bodoh dan bengong betul puak-puak ni, Beliau memperjelaskan tentang pengisytiharan Jihad yang hanya boleh di isytiharkan oleh pemeritah. Wahai ulama’ UMNO yang bengong, bukankah pemeritah Afganistan sekarang ( Kerajaan Taliban ) yang di pimpin oleh Mullah Muhammad Omar sudah isytiharkan Jihad sejak awal-awal lagi andainya Amerika menyerang bumi Afganistan. Memang Tuan Guru bukan pemeritah Afganistan, namun beliau berkata bagi pihak umat Islam di Afganistan. Salah ke? Bukankah umat Islam itu bersaudara? Siapa lagi yang nak tolong orang Islam kalau bukan orang Islam itu sendiri. Dan tak kan nak tunggu pemerintah UMNO/BN iaitu Mahader yang akan isytiharkan jihad pulak? Sampai kiamat pun tak isytihar jihad...Kalau Mahader sekalipun yang isytiharkan orang UMNO takkan berani nak berjihad, sebab mereka ni semua cintakan dunia, mana berani nak mati.

Akhir sekali, mereka mengambil petikkan tulisan Awang Sulong di Akhbar Utusan yang memperli Tuan Guru dan ahli PAS sama ada jika mereka pergi ke Afganistan adakah mereka ingin berjuang dipihak Rabani atau Taliban. Ini lagi seko punya bengong! Yang Umat Islam nak lawan ialah Amerika, jadi sesiapa yang sokong atau berpakat dengan Amerika, kita tak boleh lawan le. Kalau UMNO pun sokong Amerika maka wajiblah kita berjihad untuk melawan UMNO/BN.

Takbir!! Allahhuakhbar!! (3x)

Kenyalangman@yahoo.com
15/10/2001, 7.00 a.m.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com