Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


RTM sokong Pakatan Utara(UMNO) dan benci Taliban(PAS)

Assalammualaikum wbt,

Malam tadi (23/10/2001) RTM1 dengan jahat dan dajjalnya telah menyiarkan rencana mengenai Taliban yang dipetik dari CNN ( media propaganda Amerika ). Rencana ini telah ditayangkan melalui CNN/Astro tempoh hari. Dengan penuh mala fade ( niat jahat ) rencana itu mengambarkan apa yang sering digambarkan oleh media-media asing yang sememangnya memusuhi Islam yang sebenar ( Islam yang ikut Quran dan Hadis) serta hukum-hukumnya yang di anggap keras dan tidak bertamadun pada pandangan mereka. RTM yang menjadi suara UMNO telah mengambil kesempatan atas penayangannya untuk sama-sama memperlekeh dan menghina Islam yang di amalkan oleh Taliban yang kononnya keras dan membawa pendekatan yang sempit. Taliban juga digambarkan zalim dan ganas, membunuh sesuka hati.

Sememangnya puak-puak munafik (RTM/UMNO) ini akan berterusan sampai hari kiamat untuk mempersendakan apa yang disuruh dan dituntut dalam Islam. Mereka ini sememangnya benci pada Islam, namun kerana mereka masih lagi menggunakan nama Islam dan berselindung di atas nama Islam kita tidak boleh bertidak melampaui batas yang di benarkan.

Melihat kepada situasi yang semakin gawat di Afganistan sekarang kita mungkin terkeliru dengan berita-berita yang disiarkan oleh media-media barat serta media tempatan itu sendiri yang lebih barat dari barat iaitu RTM dan Utusan. Semenjak Amerika mula menyerang Afganistan pada minggu yang kedua, semacam ada satu arahan dari pihak atasan supaya menyekat atau mengurangkan berita-berita yang memihak kepada pihak Taliban sebaliknya berita-berita yang disampaikan cuba memihak kepada pihak Pakatan Utara atau yang lebih mesra mereka sebut ‘ Negara Islam Afganistan ’( mungkin kerana ia sinonim dengan ‘ Negara Islam Malaysia ’ yang di isytiharkan oleh Mahader baru-baru ini).

Apa yang jelas kelihatan RTM telah menukar corak pemberitaan dan melampaui batas-batas tatasusila atau prinsip yang diamalkan oleh sesebuah media yang bebas( kalau pun tidak 100%).Umum sudah mengetahui yang RTM adalah salah satu alat propaganda kerajaan yang paling berpengaruh dalam memesongkan minda rakyat bawahan supaya terus menyokong apa juga pendapat mereka(UMNO).

Dalam peperangan yang berlaku antara Afganistan( Islam) dengan Amerika( kuffar ) sekarang RTM telah memihak kepada pihak Pakatan Utara yang telah berkerjasama dengan Amerika dan Russia serta negara-negara kuffar yang lain. Mereka juga telah secara tidak langsung menyokong juga tindakan ganas dan kejam yang di lakukan oleh Amerika, walaupun lidah bercabang para pemimpin mereka (UMNO) berkata mereka hanya menyokong tindakan Amerika untuk menghapuskan ‘ Pengganas ’ tetapi tidak menyokong tindakan Amerika menyerang rakyat Afganistan yang tak berdosa katanya. Cisss!! Munafik sungguh mereka ini, tidak ada yang munafik melainkan munafik juga dulu kini dan mudah-mudahan tidak selamanya.

Hukum rimba mana yang Amerika pakai yang boleh kamu sokong mereka(Amerika) bertindak memerangi ‘pengganas’ tanpa mengemukakan bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka. ‘Pengganas’ yang mereka dakwa di sini adalah pada mereka yang benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya. Tindakan Amerika sememangnya sama dengan tindakan UMNO yang munggunakan alasan yang sama atas alasan untuk menghapuskan ‘pengganas’ tetapi sebenarnya ingin menghapuskan pejuang-pejuang Islam tidak boleh diterima dan patut di tolak sama sekali. Tindakkan kononnya menangkap ahli-ahli PAS yang mereka dakwa ahli KMM dibawah ISA tanpa mendakwa mereka di mahkamah adalah sama dengan tindakkan Amerika yang menuduh Mujahid Usamah bun Muhammad bin Laden dalam tragedi 11 September tanpa ada bukti yang kukuh. Mereka juga menyamakan Taliban dengan PAS ( alhamdullilah kalau apa yang baik yang bersamaan dengan Al-quran dan Hadis ).

Akhir sekali saya berharap kita semua berhati-hati dalam membaca berita-berita yang di sampaikan oleh media-media barat dan media yang pro kerajaan UMNO/BN. Di sina ada url laman web Taliban yang yang dapat saya cari ( berbahasa Inggeris dan Perancis):

http://stcom.net/afganistan/
http://almoujahideen.com

Berita lain ( arab):
http://www.aljazeera.net






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com